SAH!! Sajat Akhirnya Terima Tawaran Berlakon Dengan Fattah Amin


SAH!!  Sajat Terima Tawaran Berlakon Dengan Fattah Amin Drama Popular


Nama Sajat kini semakin popular di Malaysia. Hampir semua mengenali Sajat yag merupakan seorang usahawan berjaya.

Selain hebat dalam bidang perniagaan, sebenarnya Sajat juga mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan.

Sajat telah dilamar oleh  Michael Ang bagi melakonkan satu watak di dalam drama Coffee Prince dan telah digandingkan dengan Fattah Amin.

Ini komen Sajat:

“Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah.

“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,”

“Fattah seorang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran. Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan.

“Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,”

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.”

“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Fattah, Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,”


Sebenarnya Sajat sudah ada pengalaman berlakon dalam filem Ophilia pada tahun 2014 lalu dan turut bergiat aktif dalam pementasan teater.

Cofee Prince mengganding dua pelakon popular Fattah Amin dan juga Janna Nik arahan Michael Ang.

0 comments:

Post a Comment