"Selawat Sebelum Buat Persembahan Nyanyian" - Suami Nasihat Marsha

"Selawat Sebelum Buat Persembahan Nyanyian" - Suami Beri Nasihat Kepada Marsha



Siapa yang tak kenal dengan Marsha Milan Londoh. Selebriti popular ini berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya Akademi Fantasia Megastar.

Marsha yang kini telahpun berkahwin, memberitahu, suaminya iaitu Mohamed Shaiful memberi sokongan yang penuh terhadap penyertaannya di pertandingan itu.

Dikatakan, suaminya itu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi agar Marsha meneruskan perjuangan di AF Megastar.

Shaiful turut memberi nasihat kepada Marsha dengan menyarankannya supaya berselawat sebelum membuat persembahan.

Ini komen Marsha:

"Suami saya umpama pakar psikologi dan dia yang akan menenangkan saya sebelum persembahan. Dia ingatkan saya sebelum naik pentas banyakkan berselawat dan jangan rasa tertekan.

"Tidak salah kalau saya katakan suami merupakan individu paling banyak membantu menenangkan saya sebelum membuat persembahan,"


"Saya selalu berpesan kepada diri saya untuk tidak terlalu memikirkan ia satu pertandingan. Saya hanya ingin membuat persembahan yang terbaik dan sentiasa bersedia andai tersingkir.

"Memandangkan saya pernah menyertai pertandingan nyanyian, jadi tekanan itu tidaklah terlalu berat,"


Marsha merupakan antara 12 peserta yang terpilih menyertai AF Megastar.

Penyanyi ini telah bernikah dengan Shaiful, yang meruapakan seorang ahli perniagaan pada 31 Disember 2015 di  Georgetown, Pulau Pinang.

Tentang rancangan AF kali ini, Marsha langusng tidak rasa tertekan kerana mempunyai telah pengalaman sebelum ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terbaik ini tidak mahu berasa tertekan sepanjang menyertai program realiti tersebut.

Marsha juga menyatakan kesemua peserta yang terpiliha hebat-hebat belaka.


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment