"Tak Tunang, Nikah Terus Dengan Kamal Adli" - Emma Maembong

"Tak Tunang, Nikah Terus Dengan Kamal Adli" - Emma Maembong



Emma Maembong mengatakan dia mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu bertunang.

Bagi Emma, dia lebih mengutamakan hal yang wajib iaitu ikatan pernikahan.

Ini komen pelakon jelita ini:

"Kalau saya kahwin rasanya tak perlu majlis pertunangan, lebih baik terus bernikah dan mempercepatkan urusan.

"Cumanya, buat masa ini tiada apa yang nak dikongsi mengenai hubungan saya dengan Kamal Adli, bila tiba waktunya saya akan umumkan nanti,"


"Buat masa ini kami mahu beri tumpuan kepada kerjaya dan mencapai impian masa depan terlebih dahulu.

"Saya pula mahu tumpu pada perniagaan, kalau semua dah benar-benar stabil barulah kami merancang ke arah perkahwinan,"


Emma dan Kamal tidak mahu meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang.

Baginya lebih baik dia tidak menghebohkan perkara yang belum pasti.

Sebelum ini Kamal Adli ada meluahkan perasaan apabila dituduh belum sedia menikahi Emma Maembong. (BACA SINI).

Semoga hubungan pasangan sama cantik dan secocok ini cepat bernikah.

Memang ramai peminat tak sabar melihat hubungan mereka berdua ini di jinjang pelamin.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment