(VIDEO) Pembaca TV3 Menangis Secara LIVE Ketika Baca Berita Pelajar Tahfiz Terkorban

(VIDEO) Pembaca TV3 Menangis Secara LIVE Ketika Baca Berita Pelajar Tahfiz Terkorban



Satu tragedi kebakaran yang mengejutkan ramai telah berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kuala Lumpur.

Insiden ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Ramai yang bersedih hati setelah anak-anak kecil yang sedang belajar di pusat tahfiz itu menjadi mangsa kebakaran.

Rentetan kejadian ini, seperti biasa pembaca berita akan melaporkan kes di siaran televisyen.


Ternyata ketika membaca berita insiden ini, pembaca Buletin Utama TV3, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah tidak dapat menahan kesedihan.

Mereka berdua dilihat amat sugul dan jelas suara mereka yang sebak ketika membacakan berita tentang surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut kepada ibunya.

Ini video pembaca berita tersebut menangis (Tonton Sini)

Kisah pelajar yang terkorban menulis surat kepada ibu bapanya menjadi viral dan menyentuh hati banyak pihak.

~Baca kisah pelajar itu (DI SINI)

Kejadian ini kini sedang disiasat untuk mengenalpasti puncanya.

0 comments:

Post a Comment