Monday, January 16, 2017

Inilah Teguran Dari Nik Abduh Buat Aliff Syukri Terlajak Laris

Inilah Teguran Dari Nik Abduh Buat Aliff Syukri Terlajak Laris



Jutawan popular, Aliff Syukri terkenal dengan iklan produknya yang sering membuat ramai teringat-ingat.

Tagline yang digunakannya iaitu "Terlajak Laris" juga amat popular di Malaysia.

Namun iklan terkini dari syarikat Aliff Syukri telah mencuri tumpuan anak kepada arwah Nik Aziz iaitu Nik Abduh.

Nik Abduh telah tampil memberi teguran secara terbuka kepada Aliff Syukri dan juga syarikat yang lain.

Jom baca tergurannya:

Salam buat semua.

Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.

Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.

Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.

Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.


Diharap teguran ini diikuti dan diterima dengan baik. 


Tak Bertekak Pun, Mira Filzah Akhirnya Tampil Beri Komen

Tak Bertekak Pun, Mira Filzah Tampil Beri Komen


Pelakon cantik comel Mira Filzah tampil memberi penafian bahawa berlaku perselisihan faham dengan pelakon atau kru produksi drama Cik Serba Tahu yang sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Drama ini sepatutnya diterajui oleh Mira Filzah yang hangat dikatakan bakal berganding dengan Fattah Amin.

Namun awal-awal lagi, Fattah Amin mengatakan dia tidak terlibat dalam drama itu kerana akan berehat panjang.

Watak utama yang sepatutnya dipegang Mira Filzah dalam drama itu telah digantikan dengan pelakon lain iaitu Sariyanti.

Pelakon lelaki pula diterajui oleh Remy Ishak.

Menurut Mira, pada awalnya memang dia ditawarkan berlakon dalam drama itu tetapi penggambarannya ditunda.

Apabila ditunda, Mira Filzah pula sudah mempunyai kontrak berlakon drama lain.

Ini komennya:

"Apabila tarikh ditunda, saya pula sudah menerima tawaran drama lain menyebabkan tarikh penggambaran kedua-dua drama itu bertindih.

"Apabila saya tidak dapat memberikan komitmen pada drama Cik Serba Tahu, syarikat produksi tahu ia bukan salah saya"

"Saya rasa bersalah dan kasihan dengan peminat yang sudah membeli novel dan banyak yang sudah saya tandatangan pada novel tersebut. 

"Saya harap mereka faham yang saya tiada rezeki untuk berlakon dalam drama berkenaan," 

Mira berkata, jadual kerjanya untuk bulan ini dan Februari sudah penuh dan memang tidak ada ruang untuk dia terbabit dalam drama itu.

Mira Filzah kini sedang menjalani penggambaran telefilem Dosa Perempua
Sunday, January 15, 2017

Bila Nak Kahwin?? Ini Jawapan Nasha Aziz Yang Kini Berumur 45 Tahun

Bila Nak Kahwin, Ini Jawapan Nasha Aziz Yang Kini Berumur 45 tahun



Nasha Aziz seringkali disoal mengenai jodoh kerana umurnya kini sudah mencecah 45 tahun.

Dia tampil menjelaskan bahawa dia kini selesa hidup bersendirian.

Tetapi pelakon dan model popular ini mengakui dalam masa yang sama dia ada keluar temu janji bersama lelaki.

Katanya, sememangnya dia kerap ditanya oelh orang ramai bila ingin berkahwin.

Ini jawapannya: (BHarian)

“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel”

“Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita”

“Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,”


Nasha kini masih selesa dan bahagia walaupun hidup masih solo.

Sam-samalah kita mendoakan agar pelakon jelita ini akan bertemu jodoh nanti.

Kesiannya... Inilah Wajah Terkini Sharifah Sakinah Yang Semakin Teruk

Kesiannya... Inilah Wajah Terkini Sharifah Sakinah Yang Semakin Teruk


"Ianya buat  saya gila..." - itulah luahan dari Sharifah Sakinah tentang apa yang berlaku kepada wajahnya.

Kini wajah pelakon jelita ini sedang mengalami begitu banyak jerawat sejak dia mula hamil.

Sharifah Sakinah telah memuatnaik gambar terkininya di laman IG dan bertanya apa yang perlu dilakukan.

Ramai followernya memberi pendapat di ruang komen. Ada yang menyarankan beberapa produk untuk Sakinah cuba.

Ada juga yang mengatakan perkara berkenaan normal kerana perubahan hormon apabila mengandung.

Namun tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan mengatakan ianya akan hilang apabila selesai bersalin kelak.

Ini gambar terkini Sharifah Sakinah.





Tak Tahan Lagi, Fiza Elite Dedah Perangai Bekas Suaminya Adam AF, Tuntut Hutang Tertunggak

Tak Tahan Lagi, Fiza Elite Dedah Perangai Bekas Suaminya Adam AF, Tuntut Hutang Tertunggak



Fiza Elite telah tampil membuat satu kenyataan tentang beas suaminya Adam AF.

Pelakon dan penyanyi ini  terpaksa memohon agar bekas suaminya itu agar membuat pembayaran kad kredit yang tertunggak.

Dia juga menuntut bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui mereka.


Dikatakan nama Fiza hampir disenarai hitam kerana tunggakan dari Adam.

Ini penjelasan Fiza Elite:

"Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji"
 
"Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama. Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya 6 kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu,"

“Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej “alim” tetapi apa yang dilakukannya bertentangan”

“Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun,”


Itulah pendedahan Fiza tentang bekas suaminya, Adam AF.

Ini Jawapan Hazama Kenapa Pilih Kahwin "Senyap-Senyap" Dan Majlis Secara Ringkas

Ini Jawapan Hazama Kenapa Pilih Kahwin Senyap-Senyap Dan Secara Ringkas 


Penyanyi Hazama telah selamat bernikah dengan pemuzik hebat, Genervie.

Perkahwinan mereka berlangsung meriah walaupaun hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Sememangnya pernikahan mereka kurang mendapat liputan malah Instagram mereka juga tiada update seperti artis lain.

Sehingga kini, hanya sekeping gambar perniakhan sahaja yang dimuat naik oleh Hazama.

Ditanya mengapa buat majlis serba ringkas dan juga tanpa menghebohkan seperti artis lain, Hazama tampil memberi komen.

Ini komennya:

“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja. Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. 

"Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,”

Pelantun lagu Di Amaran Mama ini menjelaskan, beliau tidak mahu tertekan memikirkan soal berumahtangga kerana ingin fokus kepada Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung 22 Januari ini.
Saturday, January 14, 2017

Koleksi Gambar Sekitar Pernikahan Hazama Dan Genervie

Koleksi Gambar Sekitar Pernikahan Hazama Dan Genervie


Tahniah diucapakan kepada penyanyi popular Hazama yang telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya, Genervie Kam pagi ini.

Mereka berdua diijabkabulkan tepat jam 10.30 pagi tadi di sebuah villa di Gombak.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja.

Pasangan yang bercinta selama hampir 5 tahun sebelum bernikah.

Mereka berdua lebih selesa memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan melakukan perkara yang wajib sahaja tanpa mengadakan majlis yang besar.

Pengantin wanita, Genervie telah menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Tahniah buat Hazama dan juga Genervie.







Jangan Melampau Nak Paksa Chong Wei, Nicol David

Jangan Melampau Nak Paksa Chong Wei, Nicol David


Orang ramai diharapkan akan menghormati keputusan dua jaguh sukan negara yang bergelar legenda dalam sukan masing-masing.

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David kini dikatakan mungkin akan memutuskan untuk bersara dalam tempoh terdekat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata orang ramai harus menghirmati hak mereka untuk bersara.

Apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti setanding Lee Chong Wei dan Nicol David.


Ini komen KJ:

"Saya sendiri berbincang dengan mereka berkenaan masa depan mereka, dan saya sendiri memaklumkan bahawa segala institusi sukan yang ada di negara ini akan menyokong sehingga mereka rasa mereka hendak bersara," 

"Keputusan (bersara) itu hak mereka, jadi kalau Chong Wei rasa Kejohanan Dunia di Glasgow pada (Ogos) tahun ini adalah kejohanan terakhir, kita harus menghormati keputusan beliau,"

KJ berkata Nicol, 33, telah menyatakan kepadanya masih mahu beraksi sekurang-kurangnya lima tahun akan datang dan Chong Wei, 34, turut menyatakan hasrat untuk beraksi sekurang-kurangnya satu tahun lagi.

Sekiranya mereka berdua ingin bersara, biarlah. Jangan melampau nak paksanya terus berjuang, mereka dah cukup berjasa pada negara!!

"Bade Dah Sekolahkan Aku, Tak Boleh Check Phone & Wallet..Kesudahannya.." - Erma Fatima

"Bade Dah Sekolahkan Aku, Tak Boleh Check Handphone Dan Wallet..Kesudahannya.." - Erma Fatima



Melalui perkongsian di laman IG, Erma Fatima memuatnaik gambar satu laporan tentang isu check telefon suami.

Melalui laporan itu, haram bagi isteri check telefon suami tanpa pengetahuannya.

Ini pula caption Erma Fatima tentang hal ini:

Nasib baik Encik Bada dah sekolahkan aku dair mula-mula kahwin:
1. Tak boleh nak check handphone dia.
2. Tak boleh nak check wallet dia.
3. Tak boleh nak tanya pegi mana dan balik pukul berapa.

PENYUDAHNYA? Orang lain yg tolong check kan....sometime life is so funny. #checkmcmanapunlelakitetaplelaki Untuk suami2 #jgngunapasswordbirthdate


Perkongsian Erma Fatima ini mengundang banyak komen dari golongan wanita.

Ini antara komen-komen:


Friday, January 13, 2017

Gambar Terkini Mia Sara, Semakin Meningkat Remaja, Kini Dah Masuk Darjah 6

Gambar Terkini Mia Sara, Kini Dah Masuk Darjah 6


Pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara pernah mencetuskan fenomena satu masa dulu.

Mia dilihat pelakon yang berbakat besar dan namanya setanding pelakon popualr yang lain.

Memiliki wajah yang comel dan bakat yang hebat, ramai memuji Mia Sara.

Kini pelakon cilik ini sudah meningkat remaja dan telahpun masuk darjah 6.

Mia Sara juga telah menceburi bidang perniagaan apabila memilik tudung kanak-kanak jenamanya sendiri.

Mia juga telah  mengumumkan dia akan memakai tudung dan menutup aurat. Memang hebat Mia Sara ni.

Ini gambar terkini pelakon popular Mia Sara.











Ini Respon Balas Fasha Sandha Apabila Dikecam Baju Ketat Nampak Pusat, Perut Berlemak

Ini Respon Balas Fasha Sandha Apabila Dikecam Baju Ketat Nampak Pusat, Perut Berlemak


Pelakon Fasha Sandha kini popular menerusi drama bersiri Lara Aishah yang ditayangkan di Astro.

Setelah bercerai dengan Jejai, Fasha semakin aktif berlakon dan sememangnya lakonannya amat mantap.

Drama Lara Aishah membuktikan kehebatannya dalam bidang lakonan.

Dari segi peribadi, Fasha Sandha terus mejadi perhatian ramai.

Yang terbaru, satu perkongsiannya menjadi sebutan ramai. Ini apabila baju yang dipakainya terallu ketat sehingga menampakkan pusat dan juga perutnya.

Ini menyebabkan ada yang mengecamnya dan mengatakan tidak patut dia berpakaian begitu.

Ada juga yang menyarankannya agar memakai korset kerana perutnya kelihatan berlemak.

Akhirnya Fasha Sandha membalas komen-komen terbabit.

Dia mengatakan lebih selesa begitu dan tidak menipu dengan memakai korset.

Jom baca komen-komennya:

Ini Komen Mia Ahmad Tentang Suaminya Yang Lebih Muda

Ini Komen Mia Ahmad Tentang Suaminya Yang Lebih Muda



Mia Ahmad selamat menikahi pemain bola JDT, Izham Tarmizi.

Untuk pengetahuan, Izham 3 tahun lebih muda darinya.

Ini komen Mia Ahmad tentang hal ini: (sumber: BHarian)

Lebih Muda, Tapi Dia Serius


"Kesungguhan dan keberanian dia (suami) memang memikat hati saya selepas sering gagal dalam hubungan sebelum ini. 

"Pendirian saya terhadap lelaki dan cinta berubah dengan kesungguhannya.

"Selama mengenalinya kira kira setahun lalu, bukan saya bersikap jual mahal, tetapi lebih kepada berwaspada. 

"Saya tidak pasti sama ada Izham mahu serius atau sebaliknya. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Apatah lagi usia saya pun bukan makin menurun.

"Kalau betul-betul dia ingin serius dengan saya, sampai ke tahap mana? Dia lebih muda daripada saya. Dalam hal ini, saya sangat realistik.

"Saya tidak mahu hubungan yang tidak membawa ke mana-mana dan membuang masa. Ternyata jodoh kami kuat dan saya harap ia akan menjadi yang pertama serta terakhir dalam hidup ini,"

Akan Menetap Di Johor


Selepas berkahwin, Mia akan menetap di Johor Bahru mengikut suaminya yang merupakan pemain bola sepak JDT.

Ini komen Mia:

"Memang dari awal lagi saya dan Izham sudah berbincang mengenai perkara ini. Apabila kami berkahwin, saya perlu mengikutnya menetap di Johor Bahru.

"Tidak timbul isu saya dipaksa atau terpaksa. Lagipun, sebagai pasangan yang baru berkahwin, lebih baik saya mengikut suami.

"Namun begitu, bukanlah bermakna saya tinggalkan dunia seni. Kerjaya saya di bidang ini pun baharu masuk tahun kedua.

"Saya akan berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur jika ada keperluan berbuat begitu. Cuma pada peringkat awal perkahwinan kami, saya kena fokus pada rumah tangga yang baharu dibina. Dia pun memahami," 

Semoga Mia dan Izham berbahagia.
Thursday, January 12, 2017

Ini Gambar Keadaan "Comot" Dan "Tak Terurus" Yusry KRU Yang Teruk Dikritik Orang Ramai

Ini Gambar Keadaan Tak Terurus Yusry KRU Yang Teruk Dikritik Orang Ramai


Pasangan selebriti popular Yusry KRU dan Lisa Surihani sememangnya amat secocok bersama.

Selepas dikurniakan anak pertama bernama Yahaira Leanne, kini mereka sedang menantikan anak kedua.

Lisa Surihani sedang hamil, dan kandungan sudah mencecah 6 bulan.

Melalui laman sosial milik Yusry, dia telah memuatnak gambar terkininya bersama Lisa Surihani.

Yusry di gambar tersebut dilihat berserabut dan seperti terlalu penat.
 
Ramai yang memberi komen mengkritik keadaan tidak terurus Yusry itu.

Ada juga yang menasihati Yusry agar menjaga penampilannya.

Ini antara komen dari orang ramai:







(26 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dengan Izham Tarmizi, Penjaga Gol JDT

(26 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dengan Izham Tarmizi, Penjaga Gol JDT


Pagi tadi telah berlangsung majlis pernikahan pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan iaitu Mia Ahmad.

Mia Ahmad telah bernikah dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi.

Dengan sekali lafaz, mereka berdia selamat disatukan kira kira jam 10 lebih pagi tadi di Perak.

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran lebih dari 200 orang yang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Menerusi laman IG mereka berdua, beberapa keping gambar "live update majlis" telah dimuatnaik khas buat para peminat.

Ini koleksi gambar sekitar majlis perniakahan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi.

Jom layan: