Kasihan suamimu, sayangilah duit, Farahdhiya



Penyanyi yang kembali popular setelah menyertai Gegar Vaganza iaitu Farahdhiya telah menjadi tumpuan ekoran satu post nya di laman IG.

Farahdhiya dipuji kerana post ini yang mana memberi teguran dan peringatan buat kaum wanita.

Menerusi laman IG miliknya, Farahdhiya  telah share dan setuju dengan pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin tentang barang jenama yang menjadi kegilaan kaum wanita masa kini.

Bagi Farahdhiya, bukan jenama yang penting sesuatu barangan dan telah mengingatkan kaum wanita supaya kesian kan kepada suami dan sayangilah wang ringgit dalam erti kata lain, janganlah boros.

Ini komen penuh dari Farahdhiya  di ruangan caption:



"Came across this post. A general post for all especially women of course. I sooooo love this statement. Baca dan hadam ye wanita di luar sana. Bahagia itu bukan pada jenama.

"Kualiti diri seseorg tidak ada kene mengena dengan jenama yg kita pakai. Takkan pakai benda mahal baru nak rasa diri cantik?Kesianlah kalau macam tu.

"Setiap wanita dilahirkan cantik tanpa adanya sebarang jenama, at the end of the day yg membuatkan kita cantik adalah hati kita,niat kita dan bukan jenama. Dan yang paling penting kalau mampu sekalipon berpada pada la apabila berbelanja, kasihanilah suamimu, sayangilah duit, tak kisah la kalau duit sendiri sekalipon, kalau kita senang sekarang tak semestinya kita akan senang sampai bila.

"Dah banyak saya nampak dengan mata sendiri, ada yang sanggup berhutang sebab nak melaram punya pasal, ada jugak kawan-kawan yang dulu kaya raya, setiap minggu beli beberapa bag, bangga dengan bag dia, last-last tuhan nak tunjuk, terpaksa jual semua bag dia utk menampung kehidupan.

"Sebab tu saya pesan berpada-pada lah walaupon kita rasa kita kaya sekalipon, kan lebih baik kita simpan duit yang lebih tu kalau-kalau apa-apa terjadi dikemudian hari sekurang kurangnya adalah simpanan.

"Belajarlah untuk menjadi cerdik. Tuhan marah kalau kita angkuh, riak dan bongkak. Peringatan yang berguna untuk kita semua.

"Ini bukan sesi membawang ye, sekadar ingat mengingati. Selamat berpuasa dan Enjoy your Sunday

"p/s - Post saya takde kene mengena dengan politik ya, this is a general post, so please don’t turn it into something else or else I will have to delete your comment, thank you.


Itulah kara-kata dari Farahdhiya  tentang hal ini. Memang bagus Farahdhiya  ni.

Semoga cepat jumpa jodoh.

(VIDEO) JANGAN SEMBANG KOSONG! - Berteriak Mahu SPRM Siasat Tun Mahathir!


JMM atau nama penuhnya Jaringan Melayu Malaysia telah tampil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula 13 kes laporan rasuah yang dibuat ke atas Perdana Menteri Malaysua Ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Presiden JMM iaitu Datuk Azwanddin Hamzah telah tampil semalam dan berkata, antara laporan kes tersebut pernah dibuat oleh Datuk Seri  Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Azwanddin juga berkata, SPRM di bawah ketua pengarah yang baru perlu melakukan siasatan secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat.

Ini videonya:



"Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini.

"Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak"

Dalam video itu, Datuk Azwanddin dilihat telah berteriak kepada orang ramai tentang apa yang sedang buat yang mana mahu Tun Mahathir turut disiasat oleh SPRM.

Beliau mengatakan supaya "jangan sembang kosong" dan dan akan terus tekan untuk SPRM siasatlah Tun M.

JMM telah menyerahkan dokumen kes salah laku itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

dalam pada itu, dalam kenyataan yang diedarkan kepada pihak media, Azwanddin menyenaraikan sebanyak 13 perkara yang harus disiasat SPRM antaranya pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, skandal Perwaja Steel dan kekayaan luar biasa anak Mahathir.

Selain itu, PM Malaysia ke 7 itu dikatakan guna Danamodal untuk menutup kerugian syarikat kroni, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai Penasihat Petronas.

Skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad turut disenaraikan.

Datuk Azwanddin hadir ditemani bekas Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

"Dah banyak kali tegur tak faham bahasa" - Ude Bengang Dengan Perangai Intan Liana


Ini satu berita terbaru tentang hubungan Ude Wahid dengan bekas isterinya iaitu Intan Liana.

Nampaknya pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid berang dengan tindakan bekas isterinya itu

Gadis Dibunuh, Ditemui Dalam Keadaan Menyayat Hati Selepas Keluar Berjumpa "Seseorang"


Takziah buat keluarga gadis bernama Nur Alya Damia yang ditemui dalam keadaan menyayat hati disyaki mati dibunuh di Port Dickson.

Sherry Ibrahim Kena Rompak!


Ini kisah terkini tentang pelakon cantik jelita Sherry Ibrahim. Memang satu dugaan yang besar buat Sherry di bulan Ramadhan ini.

Nasib malang telah menimpa kepada pelakon Sherry Ibrahim ini kerana dalam masa seminggu lebih sahaja, pelakon ini telah dirompak dan kemudian barangan niaga pula dicuri.

Kesian pelakon cantik ni.



KOTAK HILANG!

Semalam, Sherry Ibrahim telah tampil membuat laporan polis apabila mengalami kerugian hampir RM35,000 setelah tiga kotak tudung jenamanya, Sherry Scarves hilang ketika dalam perjalanan ke Brunei.

Ketiga-tiga kotak yang hilang itu menganduing sekurang-kurangnya 312 helai tudung untuk dijual sempena Letop Lebaran 2018 yang berlangsung di Brunei.

Ini perkongsian Sherry Ibrahim:

"Baru dua minggu lepas 8 handphone dalam office kene curi... Hari ini another kes..

"Sedih dah Redha dengan ape yg berlaku hari ini. Petang tadi dapat call dan diberitahu 3 kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung SherryScarves HILANG dalam perjalanan!

"Dan yang kotak-kotak selebihnya semua dalam kedaan basah.  Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35K ( Jumlah scarves sebanyak 312 Helai ).

"It’s okay, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team SherryScarves. Tak semua yang sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal. Maybe itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang.

"Sedih memang sedih tapi apa-apa pun Sherry Scarves akan bawak stock yang cukup untuk orang-orang Brunei sempena event Letop Lebaran 2018 in few days time. 

"I tak nak sedih and down sebab first time nak ke Brunei dan perasaan excited lebih dari nak tiba-tiba sad.. Well I believe setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. 

Itulah luahan hati Sherry.

LAPORAN ROMAPAKAN PERTAMA

Minggu lalu, pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak dimasuki pencuri.

Ekoran kejadian itu sekitar 14 Mei lalu, 9 biji telefon bimbit yang menyimpan data pelanggannya telah dicuri.

"Pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah dimasuki pencuri dan 9 biji telefon bimbit telah dicuri.

"Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini.

"Rekod CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut.

"Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah-mudahan dapat ditangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.

"Dan suspek juga memang ada banyak kes-kes lain sebelum ini," 

Sherry juga berkongsi gambar perompak berkenaan. Semoga Sherry terus tabah dengan dugaan ini.

"Apa Itu Murka?"- Respon Shahidan Kassim Apabila Ditanya Tentang Raja Perlis Murka


Datuk Seri Shahidan Kassim bertanya kepada para wartawan apakah maksud murka apabila ditanya tentang isu mengatakan Raja Perlis telah murka.

"Saya redha dengan apa yang terjadi" - Luahan Anne Ngasri


Kini dah hampir dua minggu negara kita di terajui oleh pihak Pakatan Harapan setelah menewaskan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum 14 yang lalu.

Kini Tun Dr Mahathir telah diangkat menajdi Perdana Menteri yang ketujuh menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Antara penyokong kuat Barisan Nasional ialah Anne Ngasri yang mana pelakon ini telah berkahwin dengan YB Dato' Mohd Sumali bin Reduan,

Mohd Sumali merupakan orang kuat UMNO dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha pemuda UMNO.

Beliau juga merupakan pegawai khas Menteri Dalam Negeri.

Malah Anne Ngasri juga merupakan ahli Umno dan telah memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Apabila BN tewas, Anne dilihat redha dengan keputusan ini dan terus move on.



Jom baca luahan Anne Ngasri:

"Syukur Alhamdulilah saya redha dan mampu tersenyum dgn apa terjadi... moga perasaan ini akan terus kekal insyaallah. Amin.

"Doa agar dibulan baik ini Allah swt bantu tunjukkan kebenaran apa yg terjadi..kita teruslah berdoa untuk kebaikan bersama terutamanya untuk negara saya yang saya cintai amin allhumma amin. Insyaallah

Sebelum ini, Anne juga ada membuat luahan hati setelah BN tewas di PRU14.

Ini luahan pertama ketika pengumuman mengesahkan Barisan Nasional telah tewas pada 10 Mei yang lalu.

Jom baca:

"Syukur Alhamdulilah selesai semuanya dengan aman. Alhamdulillah saya terima keputusan yg dipilih oleh rakyat ini dengan baik. Bersyukurlah doa kalian telah dimakbulkan.. Sekurangnya pengalaman selama ini dapat dijadikan pengajaran dan teladan buat saya untuk bermuhasabah mengenai kekalahan kali ini. Insyaallah segala yang berlaku adalah yang baik dari Allah swt. Insyaallah.

"Demi cinta kepada negara Malaysia, saya menyeru kepada semua follower saya agar bersatu demi bangsa dan agama. Kepada yang sentiasa ada untuk BN terima kasih. Mohon maaf atas kekurangan yang ada. Saya percaya ada hikmahnya dari semua ini... saya doakan semoga Allah swt akan selalu melindungi negara kita dan semestinya mempermudahkan segala urusan org yang seagama dengan saya...amin insyaallah."

Itulah luahan hati Anne di atas kekalahan parti yang di sokong olehnya.

Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam - YM Che Puan Sarimah Ibrahim



Nama Sarimah ibrahim sudah tentu kalian kenal sebagai pengacara yang mempunyai percakapan yang amat petah dan menghiburkan.

Selain mengacara, Sarimah Ibrahim juga ada berlakon. Antara lakonannya adalah dalam filem Puteri Impian, Janji Diana dan juga Gerak Khas The Movie.

Kemudian, Sarimah juga boleh menyanyi dan mempunyai lagu hits berjudul Kini kau Tiada.

Lagu ini mempunyai dua versi iaitu dalam BM dan juga dalam Bahasa Inggeris yang berjudul, Now That You're Gone. Memang sedap lagu ni.

Dalam perkembangan terkininya, Sarimah atau nama setelah berkahwin YM Che Puan Sarimah Ibrahim telah tampil mendedahkan pengalaman sedihnya.

Dikatakan Sarimah telah mengalami kerugian mencecah RM40,000 kerana pernah ditipu pengilang tempatan.

Memetik laporan portal Gempak, kejadian berlaku tahun lepas ketika Sarimah sedang mencari pihak pengilang untuk menghasilkan jenama alat soleknya.

Ini pendedahan dari Sarimah:

"Saya sekadar percaya dan bila sampel dihantar oleh pengilang itu ke Singapura, saya dapati bahan digunakannya boleh memberi kesan bahaya kepada kulit.

"Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam kerana kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya bukan sekadar ditipu pengilang dan kerugian wang ringgit malah hampir putus asa untuk menghasilkan produk alat solek ketika itu"

Pun begitu, akhirnya masih ada sinar baharu buat bintang ini apabila rakannya memperkenalkan kepada pengilang yang betul dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Alhamdulillah setelah sekian lama mencari akhirnya saya dapat juga menghasilkan produk jenama alat solek sendiri.

"Saya tampil mendedahkan perkara ini agar orang ramai mengambil langkah berhati-hati jika mahu berurusan dengan pengilang produk,"

Itulah kisah pengajaran dari Sarimah Ibrahim. Sekarang ni memang banyak penipu. Kesian Sarimah.

Semoga jadikan pengajaran buat semua.


Gaya Kerajaan Pakatan Harapan Jejaskan Pasaran Kewangan


Datuk Seri Najib Razak sebagai bekas perdana menteri Malaysia berkata tindakan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan, mengumumkan hutang negara lebih tinggi dari angka rasmi telah mengejutkan pasaran kewangan.

Malah DS Najib telah mengingatkan menteri-menteri Pakatan Harapan bahawa kenyataan mereka sekarang memberi kesan berbeza, tak seperti sebelum ini.

Ahli parlimen Pekan ini turut berkata, pengumuman bahawa nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 65 peratus dan hutang negara lebih RM1 trilion tanpa memberikan perincian menyebabkan pasaran kewangan terjejas.

Selain itu, katanya lagi, perkara ini juga akan membuatkan rasa cemas agensi penarafan kredit dan keyakinan pelabur terhadap Bank Negara.

Sebagai contoh, kata Datuk Seri Najib, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 40.78 mata (2.21 peratus), sedangkan Bursa Saham Indonesia naik 0.71 peratus.

"Sudah pasti kejatuhan itu menjejaskan dana-dana kira seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perbadanan Nasional Berhad, selain merendah kadar dividen untuk anggotanya tahun ini" katanya.

Ini komen DS Najib lagi:

"Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi terbabit, yang ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mengikut piawaian antarabangsa.

"Berdasarkan daripada kenyataan yang membimbangkan dan mengelirukan ini, Indeks Bursa Malaysia mengalami kejatuhan paling banyak di antara semua pasaran saham di seluruh dunia, mengakibatkan berpuluh bilion ringgit dalam nilai pasaran hilang dalam tempoh satu hari.

"Indeks Bursa negara kita turun 40.78 mata hari ini atau 2.21 peratus, sedangkan Indeks Bursa Indonesia meningkat kepada 0.71 peratus.

"Sebuah portal berita perniagaan The EdgeMarkets berkata, kejatuhan mendadak dalam pasaran saham negara disumbangkan oleh kebimbangan terhadap hutang awam," 

"Begitu juga, apabila ada kenyataan dikeluarkan bahawa kita tidak perlu bimbang mengenai agensi penarafan kredit negara yang diturunkan (sedangkan) ia akan mengakibatkan menggusarkan keyakinan terhadap institusi kita," 

"Walaupun anda (kerajaan Pakatan Harapan) mungkin mahu memfitnah dan menyalahkan saya untuk memberikan persepsi mengenai kedudukan kewangan yang sangat teruk, untuk membenarkan mengapa anda tidak dapat menunaikan janji manifesto anda, dan memotong perkhidmatan awam secara besar-besaran, anda harus ingat bahawa negara dan rakyat mesti didahulukan.

"Anda juga boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB atau memberitahu separuh cerita mengenainya untuk menyalahkan saya, tetapi masa untuk bermain politik sudah berlalu.

"Kata-kata yang dituturkan ketika berkuasa menyebabkan kerugian sebenar kepada negara dan rakyat, seperti yang terbukti hari ini menerusi kejatuhan pasaran saham. Ia bukan mengenai undi lagi," 

Kata bekas perdana menteri ini, perkara ini boleh membuatkan nilai Ringgit menjadi semakin lemah.

Sumber: BH / MalaysiaKini


Mawi Menyanyi Dengan Datin Seri Rosmah, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku


Penyanyi Mawi telah tampil memberi kenyataan ekoran lagu duetnya dengan isteri kepada bekas perdana menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansur.

Mawi yang merupakan juara AF3 ternyata terkejut apabila sebuah klip video mempamerkan lagu duet nyanyiannya bersama Datin Seri Rosmah dihasilkan pada 2005 tiba-tiba menjadi viral selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berakhir.

Ini lagunya:



Namun kini Mawi menjelaskan perkara sebenar tentang lagu terbabit.

JANGAN POLITIKKAN

"Saya faham negara ini baru menyaksikan berakhirnya PRU14, justeru apa saja aktiviti berkaitan artis yang membabitkan seseorang berpangkat suatu ketika dulu akan diteliti mereka termasuk lagu ini.

"Saya berharap walaupun lagu berkenaan menjadi viral dalam talian, ia tidak akan dipolitikkan atau pun disalah ertikan.

"Saya tidak ada masalah jika lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita wajar lihat ia dalam persepektif sederhana"

Mawi sebenarnya telah diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu bersama Datin Seri Rosmah selepas diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Dari laporan The News Straight Times, Mawi berkata bidang nyanyian adalah sumber pendapatannya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mawi juga menafikan dia mempunyai kepentingan peribadi dalam mana-mana parti politik seperti didakwa segelintir pihak.

LAGU UNTUK BENCANA ALAM

"Lagi pula, saya sebagai penyanyi dan punca pendapatan dalam bidang ini. Menerusi lagu ini, kali pertama saya bekerjasama dengan orang kenamaan selepas habis AF3"

"Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa lagu berkenaan dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Ia juga dijadikan sebagai tema kempen."

"Ini adalah sesuatu yang bagus, tetapi ada pihak yang telah mempolitikkan lagu itu dan pada masa sama menggunakan perkataan yang tidak wajar."

"Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu lupa kebaikan dilakukan oleh orang lain"

Lagu Lara Jiwa nyanyian Mawi dan Datin Seri Rosmah Mansor itu dicipta oleh Pak Ngah manakala lirik digubah oleh Siso.

ENGLISH COMMENT

"I understand that the country has just wrapped up its 14th General Election (GE14). So whatever that involves artistes with former authority figures will be brought up and scrutinised by Netizens, including this song.

"I really have no problem with the tune going viral online as long as it is not politicised or misunderstood. It would be great that no bad news comes from this and I think that we all should look at it from a moderate perspective.

"After all, I am just a singer and this industry is where I make my living"

"Maybe not many actually know that the song was recorded in conjunction with the formation of Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (Kedah natural disaster association fund). It was used as the theme song for the campaign"

"It was for a good thing. But some people have twisted it around and politicised the matter, which I don’t think is right. And they have, at the same time, used words that they shouldn’t have. I would like to say that we shouldn’t ever forget the good things that people have done for us"

Sumber: NST


Baik kau diam! - Umie Aida Berang Johan Asaari Suruh Serbu Rumah Tun Mahathir


Pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida telah tampil memebri respon balas setelah pelakon Johan Asaari ada menulsi untuk check rumah Tun Mahathir untuk cari duit.

Johan menulis berkenaan setelah melihat apa yang berlaku terhadap bekas perdana meneteri, Datuk Seri Najib Razak dan bersimpati terhadapnya.

Kemudian Umie Aida telah menegur tindakan pelakon Johan As'ari yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui laman media sosial, Umie Aida berkata lebih baik aktor filem Juvana itu diam dari berkata-kata.

Ini tulis Umie Aida: "Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!"

Tweet berbaur sindiran dari Johan Asaari memang mengundang rasa kurang senang dari para netizen yang terus menghentamnya.

Johan turut dikecam apabila dikatakan segaja mencetuskan kontroversi untuk mencari publisiti murahan kerana sudah 'sendu'.

Khabarnya Johan sudah memohon maaf kepada Tun M dan orang ramai kerana kenyataannya itu.

Ini videonya:



"Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan.

"Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,"

Untuk pengetahuan, Johan Asaari merupakan anak kepada ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As'ari Ibrahim.

Datuk Asaari merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Johan dikatakan sememangnya memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional.

Sumber: mStar


Faye Kusairi Jawab Dakwaan Panas Elly Mazlein


Baru-baru ini agak kecoh apabila suami kepada Faye Kusairi iaitu Azmi Hatta dikatakan ingin memenjarakan bekas isterinya, Elly Mazlein.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Elly Mazlein yang menyatakan perakra berkenaan menerusi satu video di laman IG miliknya.

Video itu terus menajdi viral dan tatapan orang ramai kerana terkejut dengan perkara berkenaan.

Azmi Hatta dilihat tidak membuat respon balas dan hanya berdiam diri sahaja.

Namun di laman IG milik Faye Kusairi, pelakon ini telah tampil memberi respon setelah di asak oleh para followernya yang tertanya tanya tentang isu ini.



Beberapa followwer ada bertanya soalan dan faye dengan tenang menjawabnya satu persatu.

Jom baca:

SOALAN: "Kenapa suami akak nak penjarakan Elly Mazlein, tanya jer

FAYE: "Meh saya jawab. setahu sayalah, kes yang difailkan bukan pasal nak penjarakan dia. Kes yang difailkan atas kesalahan dia langgar perintah mahkamah. Fakta kena betul. Minta dia tunjuk bukti kata suami saya nak penjarakan dia. Hal mahkamah jangan diputar belitkan. Takde siapa nak pisahkan dia dengan anak atau penjarakan dia. Mintalah dia tunjukkan bukti kalau betul lah suami saya nak penjarakan dia. Jangan marah lah kan.. sebab saya menjawab soalan jerrr... huhuuu

SOALAN: "Faye Kusairi apa yang dia langgar perintah mahkamah? Dengar dia dituduh jadi mama yang tak bertanggungjawab pada Sefhia..aikk?? Pelik di situ sebab bukan memang dia ke yang jaga Sefhia selama ni.. tanye je jangan marah yer..


FAYE: "Pelikkan? Sebab tu saya cakap.. kalau betul, tunjukkanlah bukti. Pihak kami tak pernah nak berkongsi sebab tak suka nak lagakan orang atau jadikan hal peribadi buah mulut orang. So.. minta bukti. Saya pasti dokumen yang difilekan ada pada dia. Kalau dia lantang bercerita, minta dia tunjukkan. Korang pun suka statements dia kan? Minta lah dari dia. Jangan marah.. saya menjawab jerrr

SOALAN: "Kenape Azmi tak bayar nafkah anak? Betui ka atau diputar belit cerita gak nih.

FAYE : "Suami saya ada 4 anak termasuk anak saya. 2 anak dari perkahwinan sebelum Elly. 1 ketika dengan Elly dan 1 dengan saya. Nafkah anak hendaklah diberi sama rata. Hati anak-anak perlu dijaga. I put every child a priority sebab itu a part of my responsibility as his wife. Bukti-bukti pembayaran dah dimasuk ke dalam file peguam untuk dibicarakan. Jadi, biarlah peguam dan hakim yang handle. Ini hal keluarga kami. Rasanya tak ada keperluan utk org ramai tahu atau kitorg perlu pampang every each payment made.

itulah jawapan dari pihak faye Kusari menjawab persoalan netizen.

Presiden Mongolia Harap Tun Mahathir Tegakkan Keadilan, Siasat Semula Kes Altantuya


Presiden Mongolia iaitu Khaltmaagiin Battulga berharap agar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat kembali kes pembunuhan Shariibuu Altantuya yang berlaku pada Oktober 2006.

Sehingga kini, kes ini masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Presiden Mongolia ini telah memberi satu perutusan khas bagi mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir di atas pelantikan beliau menerajui negara ini.

Beliau sempat berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidak senangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.

Ini katanya:

"Saya amat berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi perhatian khusus bagi menegakkan keadilan, melaksanakan apa jua keputusan mahkamah, serta menyelesaikan tuntutan sivil oleh keluarga mendiang dengan adil dan saksama.

"Ini bagi menyemarakkan dan mengembalikan suasana mesra dari segi hubungan bilateral antara Malaysia dan Mongolia"

Pada awal perutusan itu, Battulga berkata Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun telah membangun dengan pesat, dan reputasinya di peringkat serantau dan antarabangsa telah diperkukuhkan dengan hebat.

"Adalah satu penghormatan untuk mengimbas kembali lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Mongolia pada tahun 1997, di mana ia telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan hubungan bilateral dan peningkatkan kerjasama antara dua negara.

"Saya amat yakin Yang Amat Berhormat dapat menghulurkan bantuan dalam mengembali dan mengaktifkan hubungan mesra yang telah berlangsung secara tradisi antara Mongolia dan Malaysia, dan juga meningkatkan hubungan antara rakyat,"


Ini ucapan penuhnya dalam English:

"As the President of Mongolia, I pay special attention to the grave crime committed in Malaysia on 18 October 2006 – the murder of Ms. Shariibuu Altantuya, a Mongolian national and a mother of 2 children.

"It has created an unfavorable atmosphere in the bilateral relations between our two countries and, especially between the people."

"Therefore, I sincerely hope that Your Excellency Prime Minister will pay attention in bringing justice, implementing court decision and settling the civil suit of the family of the victim in a fair manner to invigorate the atmosphere in the bilateral relations between our two countries."

"It is a pleasure to recall Your Excellency’s visit to Mongolia in 1997, which has greatly contributed to the development of bilateral relations and cooperation between our two countries.

"I am confident that Your Excellency will extend valuable support in restoring and activating the traditionally friendly relations between Mongolia and Malaysia as well as strengthening the people-to-people ties," 

Itulah harapan dari ucapan dari Presiden Mongolia tentang kes Altantuya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak menolak kemungkinan akan melihat semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Namun begitu, beliau menegaskan perbincangan perlu dilakukan dengan pegawainya sebelum mengambil langkah seterusnya.

Kes ini sudah tentu menjadi tumpuan ramai.