Yusof Haslam Akui Singkir Kamal Adli, Elak Konflik Dengan Zizan


Yusof Haslam Akui Singkir Kamal Adli, Elak Konflik Dengan Zizan


Akhirnya penerbit filem Abang Long Fadil 2 iaitu Datuk Yusof Haslam telah tampil memberi kenyataan tentang satu gosip yang sedang hangat diperkatakan antara Kamal Adli dan Zizan Razak.

Yusof Haslam mengesahkan bahawa pelakon Kamal Adli digugurkan daripada senarai pelakon filem Abang Long Fadil 2 yang akan memulakan penggambaran pertengahan bulan depan.

Keputusan menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti selain mahu mengelak sebarang konflik ketika penggambaran kerana rasa kurang selesa yang dikatakan wujud di antara mereka.

Ini komen Yusof Haslam:

“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti”

“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” 

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment