Pak Cu Raja Lawak Kongsi Saat Terakhir Bersama Yus Jambu


Pak Cu Raja Lawak Kongsi Saat Terakhir Bersama Yus Jambu





Program Final Raja Band di Dataran Merdeka malam tadi merupakan pentas akhir pelawak popular Allahyarham Yussry Edoo ayng popular dengan nama mesranya Pak Yus Jambu.

Yus Jambu  membuat persembahan di pentas itu sebelum dia disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan jantung kira-kira 12 tengah malam tadi.

Yus Jambu bersama kumpulan muziknya yang terdiri dari pelawak-pelawak tampil sebagai artis jemputan dan menyampaikan tiga buah lagu.

Berdasarkan kenyataan dari pemain dramnya, Pak Cu yang juga anggota kumpulan XN3 (No Entry) dalam program Maharaja Lawak pada 2011, ketika membuat persembahan, Yus yang menjadi vokalis kumpulan itu agak agresif dan bertenaga.

Ini komen Pak Cu:

“Dia melompat-lompat dan ada sekali dia duduk di atas ‘bass drum’ di depan saya. Sebaik persembahan selesai, Pak Yus hilang dan kemudian kami dapati dia sudah berada dalam kereta.

“€œKetika itu dia duduk bersandar tanpa berbaju. Dia kelihatan penat tetapi tetap bersembang dengan kami seperti biasa," 

Pak Cu berkata, Yus mengajaknya menaiki kereta bersama untuk pulang. Turut berada di dalam kereta berkenaan ialah dua bekas peserta Maharaja Lawak iaitu Jon (kumpulan Ekzos) dan Mie (kumpulan Shake).

“Ketika tiba di Jalan Kuching, dia tiba-tiba meminta pendingin hawa ditutup dan membuka tingkap kereta. Dia juga tiba-tiba tidak sedarkan diri. Kami cuba kejutkannya tetapi perutnya sudah keras. Kami yang panik akhirnya membuat keputusan membawanya ke Hospital Selayang,” 

“Kira-kira setengah jam kemudian doktor memaklumkan Yus sudah meninggal dunia,” 

Pak Cu berkata, ketika di hospital doktor memaklumkan degupan jantungnya sudah berhenti. Difahamkan, Yus menghidap kencing manis dan darah tinggi selain turut mengalami masalah jantung.

Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis awal pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam dekat Bintong, selepas solat Zohor, hari ini.

0 comments:

Post a Comment