19 Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Marsha Milan Londoh


19 Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Marsha Milan Londoh


Sebentar tadi, Marsha Milan Londoh telah selamat diijabkabulkan dengan Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismail.

Marsha sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan hanya dengan sekali lafaz sahaja dalam satu majlis yang diadakan di Pulau Pinang.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari nanti

Ini video nikah:



#InstaArtis : Tahniah @marshamilan yang selamat bergelar isteri kepada @sepol_ali dengan sekali lafaz sebentar tadi.Kredit video @dafiismailsabri
Posted by ERA fm on Thursday, December 31, 2015


Ini komen Marsha:

"Saya bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan saya Mohamed Shaiful Nizam setelah melihat keikhlasan dan kejujuran beliau sepanjang perkenalan kami.  Sifatnya yang sentiasa mengambil berat dan hormat dengan ahli keluarga saya amat menambat hati.  

"Beliau juga sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya seni dan mahu saya lebih maju dalam bidang ini.  Di atas sikap yang ditunjukkan ini menguatkan gerak hati saya untuk menerima lamarannya," 

Rakan-rakan artis yang dilihat turut hadir seperti Elfira Loy, Michael Ang, Rich, Velvet, Dafi, Adira, Sharifah Sakinah dan Adeline Tsen.

Tahniah sekali lagi diucapkan.




















1 comments: