Putera Johor, Tunku Jalil Disahkan Mangkat

Tunku Jalil Disahkan Mangkat


Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan johor, Sultan Ibrahim disahkan meninggal dunia (mangkat) sebentar tadi. Berita disampaikan oleh ibu saudaranya iaitu Tunku Azizah.


Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Adik kepada TMJ ini merupakan penghidap kanser hati peringkat 4.

Jenazah dikebumikan esok selepas Zohor di makam diRaja Mahmoodiah. Salam takziah buat keluarga diRaja Johor kerana kehilangan anakanda diusia muda. Info terima dari Tunku Puan Pahang dan DT.

Ini kenyataan dari Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan ibu saudara Tunku Jalil:

Inna Lillahi Wa Inna IlaihiRraji'un Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat Keatas Roh Anak Saudara Saya , Tengku Abdul Jalil Yang Baru Mangkat Kembali Ke Rahmatullah AlFatihah

Salam takziah diucapkan kepada keluarga DiRaja Johor .




0 comments:

Post a Comment