KAFA Akhirnya Setuju Dengan Syarat Datuk Seri Vida


KAFA Akhirnya Setuju Dengan Syarat Datuk Seri Vida


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dilapor bersetuju dengan dua syarat yang ditetapkan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida.


Pada Jumaat, Dr Vida menetapkan dua syarat sebelum bersedia menjadi pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.


Menurut Dr Vida, persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Sabtu.

Ini komen Datuk Seri Vida:

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan (Kafa) bersetuju dengan dua syarat itu,"

Difahamkan Annuar kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, Dr Vida tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perjanjian tajaan itu.

"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat (rasmi) persetujuan (terima tajaan) daripada Kafa," 

Difahamkan Kafa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu pada Ahad.

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan penyokong The Red Warrior mengenai syarat tersebut, Dr Vida bagaimanapun enggan cepat melatah.

"Saya sudah lali (dikritik)... dari dulu lagi dah kena macam ni. Saya tak terguris hati," 

Namun, beliau berkata syarat yang ditetapkannya itu adalah bertujuan untuk mengubah wajah pasukan Kelantan agar nampak lebih 'segar' dan mencetuskan fenomena baharu dalam industri sukan di negara ini.

"Sebenarnya walaupun saya perempuan tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad ini. Saya punyai cita-cita besar untuk menyemarakkan bola sepak di Kelantan. Saya mahu lakukan perubahan dari peringkat akar umbi,"

Ditanya mengenai gambar stadium dan jersi skuad The Red Warrior berwarna merah jambu yang menjadi viral di laman media sosial, Dr Vida berkata warna tersebut sebenarnya menggambarkan keceriaan, lebih sportif dan menjadi trend masa kini.

"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu," 

Namun, syarat yang ditetapkan tersebut mendapat kritikan dikalangan penyokong pasukan itu yang menyifatkan ia sebagai tidak sesuai dengan imej garang Kelantan.

0 comments:

Post a Comment