"Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama" - Vida


"Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama" - Vida


Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida masih bertegas dengan pendiriannya tentang warna jersi pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan jersi warna merah jambu yang dihasilkan pengeluar barangan sukan gergasi dunia, Nike yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan bola sepak Kelantan, Vida tetap menolaknya.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau tidak mahu pasukan yang ditajanya itu terikat dengan mana-mana pengeluar barangan sukan lain.

Ini komennya:


"Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak."


"Saya akan terus berjuang bagi memastikan jersi utama The Red Warriors (TRW) berwana pink. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama," 

"Saya dah bayar RM4 juta untuk Airtime Management Programming (AMP), jadi tak adil bagi saya jika ada pihak yang dapat promosi percuma disebabkan hanya taja jersi TRW," 

Difahamkan TRW masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Nike yang merupakan penaja peralatan dan jersi rasmi skuad tersebut sejak 2014.

Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan beliau seorang yang 'demanding', Vida berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk melakukan penjenamaan semula kepada TRW.

"Saya tak naklah di peringkat asas sudah ada masalah, nanti hasilnya hanya sia-sia. Oleh itu, apabila saya buat keputusan untuk taja TRW, saya akan berusaha all out. Saya mahu TRW dikenali disebabkan identitinya yang tersendiri," 

Dato Vida sebelum ini tidak bersetuju setelah Kelantan membuat keputusan mengekalkan warna merah sebagai jersi utama dan pink sebagai jersi ketiga.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment