Penyanyi Alyah Dirompak Semalam


Penyanyi Alyah Dirompak Semalam


Penyanyi popular Alyah mengesahkan dirinya telah dirompak semalam. Siteri kepada Ramli MS ini ketika itu sedang berada di kampung halamannya.

Rumah ibu Alyah dipecah masuk menyebabkan penyanyi ini kehilangan beg tangan berisi barangan berharga miliknya.

Pencuri telah melarikan sejumlah wang tunai, dokumen peribadi dan kunci kenderaan Mitsubishi ASX Mivec yang terdapat di dalam beg tersebut. Turut lesap dua unit telefon pintar jenis iPhone dan Samsung.

Ibu Alyah iaitu Raja Norsiah Raja Ali mula menyedari rumahnya telah diceroboh selepas mendapati pintu hadapan terbuka dan seunit telefon bimbit milik Alyah yang diletakkan berdekatan dengan televisyen hilang.

Alyah juga berkongsi pengalamannya itu di laman sosial instagram.


0 comments:

Post a Comment