Baju Kahwin Anzalna: "Rupa-Rupanya Perkara Ini Serius"


Baju Kahwin Anzalna: "Rupa-Rupanya Perkara Ini Serius"


Kisah gaun pengantin Anzalna Nasir kini masih belum lagi reda.Dikatakan keunikan baju kahwin Anzalna dari Cosry itu kini mendapat perhatian seluruh dunia.

Anzalna Nasir mendedahkan ramai yang menghubungi Cosry untuk menempah baju pengantin yang sama untuk majlis perkahwinan mereka.

Ini pendedahan Anzalna:

“Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry. Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan”

“Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius”

“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 terhadap baju tersebut”

“Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal,” 

Terbaiklah baju kahwin Anzalna ni. Tahniah pihak Cosry. Tak sia-sia taja Anzalna.

0 comments:

Post a Comment