Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia


Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia


Datuk Adnan Abu Hassan telah disahkan meninggal dunia tengah malam tadi pada usia 57 tahun.

Sebelum ini Adnan Abu Hassan dilaporkan kritikal di Hospital Selayang, di sini kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Sebelum ini, arwahAdnan Abu Hassan pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan juga Liza Hanim.

Malah namanya juga turut dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

0 comments:

Post a Comment