Perangai Buruk Lelaki Viral Kerana Jaga Kekasih Koma 8 Bulan Terbongkar


Perangai Buruk Lelaki Viral Kerana Jaga Kekasih Koma 8 Bulan Terbongkar


Ini merupakan satu kes viral yang berlaku di negara China.Tembelang seorang kekasih yang kononnya 'sempurna' akhirnya pecah.

Akhirnya, segala-galanya musnah apabila teman wanitanya itu tersedar dari koma dan mendedahan perkara sebenar.

Gadis itu telah mendedahkan nahawa teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan setelah dibelasah lelaki terbabit.

Si lelaki bernama Liu Fenghe, 25 tahun berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22 tahun, setelah gadis itu koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih".

Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.

Lin yang sedar dari koma pada Mei 2015 pada mulanya hanya berdiam diri kerana kekasihnya itu mengugutnya agar tidak memberitahu perkara sebenar.

Selama 10 bulan, Lin tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Akhirnya setelah tidak dapat menahan perasaan, baru baru ini akhirnya Lin mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta. Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.

Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus.

Sumber: Siakap keli

0 comments:

Post a Comment