Balas Dendam, Sesen Pun Jimmy Tak Pernah Beri Nafkah Anak! – Bekas Ibu Mentua

Balas Dendam, Sesen Pun Jimmy Tak Pernah Beri Nafkah Anak! – Bekas Ibu Mentua 


Datin Monirah Kassim yang merupakan bekas ibu mentua Jimmy Shanley menyatakan tindakan bekas menantunya itu iaitu Jimmy menfailkan perintah komital ke atas anaknya, Nursuhaila Eliani Suhaimi sehingga menyebabkan beliau dikenakan penjara selama tiga hari adalah bertujuan untuk membalas dendam.

Datin Moniraj juga mengatakan Jimmy seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi nafkah kepada anaknya walaupun sesen.

Ini komen Datin Monirah:

“Saya nak ucap tahniah kepada Jimmy kerana menjadi seorang ‘bapa kura-kura’ dengan membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri,” katanya kepada portal My News Hub.

 Jimmy dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010, namun sah bercerai pada Oktober 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Zahrah Rania.

Sumber: MynewsHub

0 comments:

Post a Comment