Fitnah Dan Hasad Dengki - Awie


Fitnah Dan Hasad Dengki - Awie


Awie menyifatkan penyebaran berita kononnya dia meninggal dunia pada Sabtu lalu sebagai perbuatan fitnah dan hasad dengki manusia terhadapnya.

Ini komen Awie:

"Jangan mudah terpedaya dengan berita berkenaan dan saya minta peminat mendoakan kesejahteraan saya semoga terlindung dari fitnah dan hasad dengki manusia," 

Awie yang berumur 48 tahun kini sedang berada berada di Phuket, Thailand bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2.

Beliau telah membuat rakaman video dan ia dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook dan Instagram miliknya pada malam Sabtu lalu.

Berita mengatakan vokalis kumpulan Wings itu meninggal dunia menjadi viral di laman sosial.

0 comments:

Post a Comment