Ia Amat Mengaibkan - Syatilla Melvin


Ia Amat Mengaibkan - Syatilla Melvin


isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin telah terpalit dengan satu perkara negatif apabila ada laman blog yang yang memuat naik kenyataan fitnah.

Kenyataan gosip palsu itu telah dengan mengaitkan dirinya, keluarga dan ibu mentuanya. Berita tersebut tersebar di laman sosial facebook.


Pautan di Facebook itu kononnya mengisahkan mengenai 10 perkara pelik ketika Shaheizy Sam tahu Syatilla mengandung.


Ini komen Syatilla:

“Bagi saya perkara itu bukan doa sebaliknya satu kenyataan berbaur fitnah. Dalam masa sama ia mengaibkan saya, keluarga dan ibu mentua. Ayat yang digunakan seolah-olah menggambarkan berita kehamilan saya itu mendatangkan masalah besar sedangkan saya belum lagi hamil,” 

“Saya tahu pihak berkenaan sekadar mahu mengaut untung daripada pengguna apabila ada yang menekan butang ‘klik’ untuk membaca isi kandungan cerita itu. Mereka hanya mahu menipu dan mengaut keuntungan,”

“Saya tahu bukan saya seorang saja yang kena perkara sebegini, tetapi ramai lagi. Mereka sengaja meletakkan tajuk dan kenyataan sebegitu supaya orang boleh membacanya. Cara sedemikian semata-mata nak mempergunakan artis”

“Jadi, saya perlu mempertahankan diri sendiri supaya tidak terus berlarutan sekali gus mengelakkan peminat tertipu,”

Bersabarlah wahai Syatilla Melvin.

Sumber: Hmetro

0 comments:

Post a Comment