Kamal Adli Sedia Kahwini Emma Maembong


Kamal Adli Sedia Kahwini Emma Maembong


Pelakon Kamal Adli memberitahu dia bersedia untuk berkahwin dengan teman wanitanya, Emma Maembong tetapi harus mendapat 'lampu hijau' daripada keluarga.


Pelakon ini akui sudah bersedia untuk berkahwin kerana tidak mahu bercinta terlalu lama. Namun Kamal Adli tidak mahu terburu-buru.

Ini komennya:


"Saya tidak boleh ulas panjang mengenai soal kahwin kerana paling penting adalah 'lampu hijau' daripada pihak-pihak sepatutnya kerana saya perlu hormati perkara itu.

"Apa-apa pun setakat ini hubungan kami macam biasa selain fokus kepada kerjaya dan selebihnya kita serahkan kepada Allah,"

"Saya tidak tertekan walaupun tidak mahu bercinta terlalu lama tambahan pula Emma masih muda,"

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment