Ini Permintaan Mengejutkan Dato Red Kepada Datin Red

Ini Permintaan Mengejutkan Dato Red Kepada Datin Red


Nama keluarga ini sering menjadi bahan bualan orang ramai. Dato Red semakin dikenali setelah bernikah dengan Adira.

Pelbagai kisah dan kontroversi yang melanda Dato Red yang mempunyai dua orang isteri iaitu isteri pertama, Datin Red dan isteri kedua, penyanyi popular Adira.

Yang terbaru ialah kontroversi bersama pelakon Ruhainies dan juga berita tentang kehamilan isteri kedua, Adira.

Setelah Adira hamil ramai yang tertanya-tanya apakah respon dari Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Syarifah Norshafila.

Walaupun mengakui hubungan sebagai madu tidak semesra mana, Dati Red mendoakan kelancaran proses kehamilan Adira dan menasihatinya agar menjaga makanan dan tidak tertekan.

Namun Dati Red juga mengatakan suaminya ada membuat satu permintaan yang mengejutkan iaitu dia mahu Datin Red juga hamil.

Ini komen madu Adira ini:

“Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama” 

 “Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung,”

Sumber: UTUSAN

0 comments:

Post a Comment