Isteri Tak Pakai Tudung, Ini Penjelasan 'Haji' Nabil

Isteri Tak Pakai Tudung, Ini Penjelasan 'Haji' Nabil



Nabil Ahmad akui setelah menunaikan ibadah haji, gelaran Haji yang disandangnya turut memberi tempias kepada isterinya, Zira

Zira yang tidak lagi memakai tudung menutup aurat sering dipersoalkan oleh orang ramai walaupun kini Nabil telah bergelar 'Haji'.

Nabil juga mendedahkan, banyak kali orang ramai memintanya supaya menasihati isterinya supaya menutup aurat.
Ini penjelasan Nabil:

"Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. 

"Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira. 

"Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. 

"Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa. 

"Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. 

"Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia,"

"Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar. 

"Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam,"

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment