Adibah Noor Terpaksa Pinjam Duit Rakan

Adibah Noor Terpaksa Pinjam Duit Rakan


Penyanyi Adibah Noor mendedahakan dia telah mengalami kerugian ketika menganjurkan konsert Adibah Noor Into The 3rd Decade yang berlangsung pada 21 dan 22 Oktober lalu.

Selain Adibah, turut sama menjayakan konsert terbabit ialah Misha Omar, Nassier Wahab, Dina Nadzir dan Sam Innuendo.

Konsert Adibah itu telah diadakan di KL Pac dan mengalami kerugian berikutan kegagalan dalam penjualan tiket.

Ini komennya:

"Saya menggunakan duit sendiri tanpa sebarang penaja untuk konsert itu.

"Dari segi perjalanan konsert saya sangat berpuas hati dan semua pihak yang terbabit menjayakan konsert ini memberikan kerjasama baik.

"Cuma sambutan dan penjualan tiket agak perlahan. Memang tak pulang modal langsung. Duit yang dikeluarkan lebih banyak berbanding untung,”

Dalam pada itu, Adibah turut mengakui dia terpaksa meminjam wang daripada beberapa rakannya untuk dijadikan modal dalam menjayakan konsert itu.

Bagaimanapun, Adibah tidak berputus asa untuk mengadakan konsert sama pada masa akan datang.

Ini tambahnya lagi:

“Mengikut perancangan asal, konsert itu akan diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

"Kalau boleh di dua lokasi itu saya nak mencari tempat yang berskala kecil saja. Saya tak nak lagi di tempat yang besar sebab bimbang terjadi masalah sama.

"Apa yang berlaku sebelum ini sedikit pun tidak mematahkan semangat saya walaupun perlu menanggung rugi. Ini kerana permintaan untuk menjayakan konsert sedemikian masih ada cuma perlu bekerja keras untuk mencari penaja,"

Sumber: HarianMetro

0 comments:

Post a Comment