Sunday, October 22, 2017

"Saya terkejut dengan tindakan Emma" - Zahirah Macwilson



Pelakon jelita, Zahirah Macwilson terkejut dan kesal dengan tindakan Emma Maembong.

Ini apabila Emma Maembong telah memetik nama  Zahirah Macwilson dalam temubual bagi menjawab status hubungan dengan kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan sedang bergolak.

Bagi Zahirah Macwilson, tindakan Emma Maembong itu seolah-olah mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta antara Emma dengan Kamal Adli.

Kata Zahirah Macwilson, memang tidak dinafikan ada ada pihak yang sengaja menjadi batu api bagi mengeruhkan lagi keadaan.

Ini penjelasan Zahirah Macwilson:

"€œMemang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalkan persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya?

"€œSaya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan sebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.

Zahirah Macwilson menjelaskan dia sudah ada kekasih, jadi tiada isu ingin bersma Kamal Adli.

"€œSaya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini,”

"œApabila membaca kenyataan Emma, saya berdiam diri lagi kerana terbabit dengan penggambaran drama di Johor Bharu. Saya tak nak mengganggu kerja. Saya tunggu masa sesuai.

"€œSaya malas nak bersuara jika ia hanya masalah remeh. Namun, apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan.


Zahirah Macwilson akui memang ada pihak yang jadi batu api.

"Bagi saya, perkara ini tidak kecoh jika tidak ada pihak yang bersikap batu api. Ia memburukkan lagi keadaan"

"Diakui di lokasi penggambaran semua orang rapat. Malah pengarah puji keserasian kami menjadi dalam drama ini.

Zahirah Macwilson juga mengatakan ingat Emma Maembong okey memandangkan dia ada muat naik video di laamn IG miliknya.

"€œEmma sendiri ada memuat naik klip drama ini dalam Instagramnya. Jadi, saya beranggapan dia okay.

"€œBagi saya, Emma patut percaya kekasihnya seperti mana saya lakukan. Lagipun isu ini ditimbulkan selepas sebulan saya terbabit dalam drama lain. Kalau Kamal dan Emma ada bergaduh sekali pun, itu urusan mereka. Kenapa saya perlu jadi mangsa?"

Itulah komen panjang lebar dari pelakon cantik Zahirah Macwilson. Zahirah Macwilson telah berganding dengan Kamal Adli sebagai pelakon utama dalam drama 'Duda Pilihan Dara'.

Dalam laporan Suria, Kamal Adli ada mengaku kesalahannya setelah dia kantoi dengan Emma Maembong melayan mesej dengan seorang pelakon wanita.

Saturday, October 21, 2017

"Memang Salah Saya.." - Rupanya Kamal Adli Kantoi Balas Mesej Perempuan Lain



Umum mengetahui hubungan pasangan popular Emma Maembong dan Kamal Adli ada sedikit msalah baru-baru ini.


Ada yang mendakwa hubungan mereka berdua dikatakan ibarat retak menanti belah sekarang ini semenjak Emma maembong memuatnaik status di Instagram miliknya yang seperti sedih, kecewa, dan menceritakan seperti dirinya ditipu.

Ramai follower dan peminat yang tertanya tanya kenapa tiba-tiba ada maaslah, sebelum ini hubungan pasangan ini macam okey sahaja.

Rupa-rupanya, melalui laporan dari SURIA, hubungan mereka dikatakan mula bermasalah apabila Kamal Adli dikatakan kantoi saling berbalas mesej dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

Kamal Adli sewaktu ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 berkata, dia telah cuba menyelesaikan masalahnya dengan Emma Maembong.

Pelakon kacak ini turut akui kesalahan dirinya namun perkara itu bukan seperti apa yang difikirkan oleh Emma ataupun kebanyakan pihak.

Ini komen Kamal Adli:

“Pusing-pusing balik memang salah Kamal walaupun perkara ini tidak berkait dengan isu curang. Sumpah demi Allah bukan isu curang. Semuanya salah faham”


“Saya menerima Emma sebagai Fatimah Rohani (nama sebenar Emma) bukannya Emma Maembong yang orang semua kenali. Saya sudah penat menghabiskan 14 tahun dengan alam percintaan (merujuk kepada hubungan terdahulu bersama bekas kekasih)”

Tambah Kamal Adli lagi, dia amat mencintai Emma Maembong kerana sudah bersamanya sewaktu dalam waktu susah dan juga senang.

Dalam usaha untuk memujuk Emma Maembong, Kamal Adli telah mencuba pelbagai macam cara sehinggakan dia sanggup terbang ke Sabah semata-mata mahu bertemu kekasih ahtinya itu untuk memujuknya.

Ini pendedahan Kamal:

“Kalau nak Kamal pujuk, Kamal akan pujuk cuma Kamal minta supaya janganlah Emma pergi dari hubungan ini”,

Baguslah Kamal Adli akui kesilapan apatah lagi sanggup buat macam macam untuk memenangi hati Emma Maembong semula.

Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Ramai peminat dah suka dengan hubungan mereka ini.

"Kenyataan Bodoh Ewal!" - Mona Syamimi Ada Bukti Ewal AF Yang Menganggunya



Ketika Shahir menjadi tumpuan dalam kontroversi denagn pramugari bernama Mona Syamimi, soerang lagi peserta AF Megastar iaitu Ewal turut mendedahkan bahawa dia pernah hampir diperangkap wanita ini.

Kenyataan Ewal AF itu membuatkan Mona Syamimi terkejut apatah lagi Ewal mendedahkan Mona Syamimi menggunakan modus operandi yang sama dengan Shahir iaitu mesej melalui Instagram dan mengaku peminat setia.

Ekoran pendedahan panas dari Ewal AF itu, Mona Syamimi sebelum ini berkata dia tidak ada hati langsung dengan Ewal, malah penyanyi itu bukan taste nya.

Selain itu Mona Syamimi ternyata berang dengan kenyataan Ewal itu dan menggelarkannya sebagai 'bodoh'.

Pramugari Firefly ini juga tidak teragak-agak untuk menunjukkan bukti Ewal pernah menganggunya sebelum ini.

Ini kenyataan terbaru Mona Syamimi: (HarianMetro)

"Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.

"Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahu kalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.

"Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggu saya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami,"

Dikatakan gangguan dari Ewal itu menjadi punca dia dan kekasih lamanya berpisah.

Sementara itu, melalui laman Ig, Mona Syamimi ada meluahkan rasa marah dengan seseorang yang mungkin Ewal.

Mona kecewa kerana kes ini dah hampir tamat tetapi isu baru pula yang muncul.

Ini luahan Mona Syamimi:


Friday, October 20, 2017

"Hubungan Mereka Renggang" - Mona Syamimi Dedah Hubungan Shahir Dengan Erra Fazira Tidak Rapat



Masih lagi dengan isu melibatkan Mona Syamimi dan juga Shahir AF.

Kali ini  tentang isu hubungan antara Shahir dan kekasihnya, Erra Fazira. Apabila isu ini menjadi viral, Shahir telah membuat kenyataan bahawa dia ingin menyunting Erra Fazira pada awal tahun depan.


Namun jika diimbas kembali, Mona Syamimi atau lebih mesra disapa Mimi pernah bercerita tentang hubungan antara Shahir dengan Erra Fazira.

Wartawan ada bertanya kepada Mona Syamimi sama ada dia tahu tentang hubungan Shahir dengan Erra Fazira.

Mona Syamimi memang tahu ada hubungan antara meraka berdua, namun dikatakan ianya tidak seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Dari komen Mona Syamimi, pramugari ini telah mendedahkan bahawa hubungan antara Shahir dan juga Erra Fazira tidaklah begitu baik dan mereka renggang.

Ini komen Mona Syamimi:

Wartawan: "Mimi tahu tidak hubungan antara Shahir dengan Erra Fazira, Shahir ada cerita tak?"

Mimi: "Pasal hubungan Shahir dengan Erra, saya ada tanya dia pasal tu, tapi buat masa sekarang ni hubungan dia dengan Erra 'not that close'. Hubungan mereka macam renggang, that's why dia macam try to kawan dengan I dulu."

Itulah pendedahan Mona Syamimi tentang hubungan antara Shahir dan Erra Fazira.


Mona Syamimi kini telahpun mempunyai kekasih baru iaitu seorang pemain bola sepak dan tidak mahu kontroversi yang melanda ini menggangu hubungan dengan kekasih barunya itu. Mona Syamimi berharap hubungan antara Shahir dan juga Erra Fazira, akan berjalan seperti biasa.

Sementara itu, Erra Fazira dalam perkembangan terkini, ada menghubungi Shahir semalam. Erra Fazira memberitahu, dia telah memujuk Shahir untuk meneruskan perjuangannya di dalam rancangan AF Megastar.

AF Megastar pentas akhir akan berlangsung pada hari Ahad ini menampilkan finalis seperti Idayu, Bob, Syamel, Marsha dan Shahir.

Erra Fazira Hubungi Shahir, Pujuknya Beraksi Di Final AF Megastar ..Baiknya Hati Erra Fazira



Isu antara Shahir dengan Mona Syamimi memang menjadi viral dan telah menjadi tajuk utama dalam media hiburan tanah air pada minggu ini.

Kontroversi melanda Shahir membuatkan penyanyi ini mahu tarik diri dari pentas final AF Megastar yang sepatutnya berlangsung Ahad ini. Kata Shahir, banyak dugaan dan sabotaj yang mahu menutup periuk nasi nya sebagai penyanyi.

Oleh kerana Shahir mahu menarik diri dari AF Megastar, kekasih hatinya Erra Fazira telah menghubunginya dan mahu dia meneruskan persembahan di pentas final.

Erra Fazira memujuk Shahir untuk beraksi di AF Megastar dan dengan tiada belah bahagi, menyokong penuh penyertaan Shahir.

Penyanyi dan pelakon hebat ini percaya ramai peminat Shahir mahu melihat juara Akademi Fantasia musim kelapan itu bersaing pada peringkat akhir AF Megastar dan amat rugi jika Shahir menarik diri.

Erra Fazira juga berharap Shahir dapat terus fokus pada pertandingan itu yang kian menghampiri kemuncaknya.

Kata Erra Fazira lagi, apa yang berlaku ada hikmah nya dan segala yang berlaku haris dijadikan pengajaran dan teladan.

Malah kontroversi yang berlaku ini merupakan asam garam kehidupan sebagai artis.


Ini kenyataan Erra Fazira:

"Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis.

"Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat,"

"Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu,"

"Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya,"

Semalam, menerusi laman Instagram, Shahir dilihat tertekan dan membuat pengumuman mahu menarik diri dari AF Megastar.

Ini setelah Mona Syamimi membuat kemunculan secara live di FB harian Metro mendedahkan bukti mesej whatsapp Shahir dan Mona Syamimi selain memberitahu hubungan sebenar mereka.


Kata Mona Syamimi, dia dan Shahir merupakan kawan dan sering keluar bersama.

"Ewal Bukan Taste Saya.." - Mona Syamimi Bidas Kenyataan Ewal AF



Sebelum ini , Ewal AF dalam satu kenyataan mendedahkan hampir diperangkap oleh Mona Syamimi.

Ewal AF telah mendedahkan bahawa Mona Syamimi menggunakan modus operandi yang sama untuk rapat dengan artis.


Wartawan mStar telah bertanya kepada pramugari Firefly ini tentang dakwaan penyanyi Ewal yang dia pernah didekati oleh Mona Syamimi.

Mona Syamimi menjelaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai hasrat untuk menggoda penyanyi itu.

Kata Mona Syamimi, dia telahpun mengenali Ewal dan Syamel sebelum mereka menyertai AF Megastar dan pernah keluar beramai-ramai.

Ini komen Mona Syamimi:

"Saya kenal ramai artis bukan Shahir, Ewal dan Syamel sahaja. Tapi hubungan itu hanya kawan sahaja.


"Saya tidak pernah pun cuba mengurat Ewal kerana dia bukan taste saya,"


Tambah Mona Syamimi lagi, selain Ewal, Shahir dan juga Syamel, dia turut berkawan baik dengan penyanyi Shiha Zikir dan penyampai radio Hot FM bernama El.


Thursday, October 19, 2017

"Saya Kenal Mona Syamimi" - Syamel AF Pula Buat Kenyataan



Selepas Ewal membuat kenyataan, kini seorang lagi peserta Akademi Fantasia Megastar iaitu Syamel turut terpalit sama.

Nama Syamel muncul dalam perbualan membabitkan Shahir AF dan Mona Syamimi seperti yang didedahkan wanita itu menerusi temu bual secara live bersama Harian Metro semalam.

Syamel yang merupakan finalis AF Megastar, memang akui mengenali Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih mesra dipanggil Mimi.



Mona Syamimi kini sedang hangat diperkatakan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir.

Apabila nama Syamel ada dilahat whatsapp antara Shahir dan  Mona Syamimi, ramai bertanya kepada penyanyi ini apa kaitannya dengan Mimi.

Ini penjelasan Syamel:

"Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

"Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya,"


Semalam, Mona Syamimi  ada mendedahkan mesej whatsapp yang dihantar Shahir kepadanya. Dikatakan Shahir ada memberi whatsapp seperti perkataan 'rindu' kepada Mona Syamim.

Selain itu, antara mesej whatsapp lain yang dihantar oleh Shahir kepada Mimi adalah dia akui kurang selesa apabila Mona Syamimi bercerita tentang lelaki lain di hadapannya.

Ketika inilah nama Syamel turut terjebak.

Ini pendedahan whatsapp Shahir AF kepada Mona Syamimi:

"Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain,”

Mona Syamimi  meluahkan rasa kesal apabila Shahir mendakwa dia hanyalah peminat atau penyokong dalam AF Megastar walhal bagi Mona Syamimi, mereka kerap keluar bersama berdua menonton wayang dan juga pergi dinner bersama.

Mona Syamimi mahu Shahir meminta maaf kepadanya kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Sementara itu, isu ini bertambah hangat apabila Ewal AF mendedahkan dihampir dijerat Mona Syamimi yang didakwanya sebagai mahukan perhatian.

Ewal menjelaskan Mona Syamimi ada cuba membuat perkara sama yang terjadi kepada Shahir kepada beberapa artis yang lain.

22 FOTO: Koleksi Gambar Mona Syamimi, Pramugari Jelita Yang Dikaitkan Dengan Shahir



Nama Mona Syamimi kini semakin dikenali ramai. Ini ekoran isu yang melibatkannya dengan penyanyi popular Shahir AF.

Mona Syamimi menjadi sebutan apabila fotonya bersama Shahir menjadi tular. Kemudian, pelbagai kenyataan balas yang dikeluarkan.

Ini sedikit rentetan isu kontroversi ini:
- Gambar Mona Syamimi dan Shahir viral di laman media.
- Shahir gelar Mona Syamimi sebagai peminat sahaja.
- Mona Syamimi nafi kenyataan Shahir
- Shahir umum mahu nikahi Erra Fazira awal tahun depan
- Mona Syamimi tampil secara live, dedah whatsapp Shahir luah rasa rindu
- Pramugari ini juga dedah kerap keluar bersama Shahir berdua
- Erra Fazira mahu Shahir bertanggungjawab, leraikan isu ini
- Shahir umum ada pihak mahu sabotaj, nak tarik diri dari final AF Megastar
- Mona Syamiminafi sabotaj, mahu Shahir minta maaf dan jangan menipu
- Astro beri kenyataan Shahir masih peserta akhir AF Megastar

Nah inilah antara kronologinya. Kini kisah ini telahpun menjadi buah mulut para peminat hiburan tanah air.

Ramai yang ingin tahu, siapakah wanita bernama Mona Syamimi ini?

Sebenarnya Mona Syamimi ini merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Malaysia. Jika dilihat dari baju uniform yang dipakainya dia merupakan pramugari Firefly

Mona Syamimi kini berumur 27 tahun dan lebih mesra dipanggil Mimi. Dalam kenyataan terkini, Mona Syamimimengakui dia kini sudah mempunyai kekasih baru yang merupakan pemain bola sepak.

Sememangnya Mona Syamimi merupakan seorang wanita yang jelita dan menawan.

Jom lihat beberapa keping gambar Mona Syamimi yang pihak BeritaMemey kongsikan buat semua:






















Amacam, cantikan Mona Syamimi. Semoga kedua dua pihak Shahir, dan Mona Syamimi kembali pulih. Mungkin semuanya salah faham sahaja. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.

Akhirnya, Erra Fazira Tampil Beri Kenyataan Yang Ditunggu Ramai



Shahir kini sedang dilanda isu dengan seorang pramugari bernama Mona Syamimi.

Turut terpalit di dalam kontrversi ini sudah tentu wanita yang kerap dikaitkan dengannya iaitu pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya kini Erra Fazira tampil memberi respon tentang isu hangat yang melanda Shahir.

Erra Fazira yang kini berumur 43 tahun berharap Shahir akan bertanggungjawab terhadap isu yang tercetus itu.

Pelakon filem Sembilu ini mahu Shahir berani dan tidak lagi berselindung untuk menyelesaikan isu yang berlaku.

Ini komen Erra Fazira:

"Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini.

"Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan,"


Walaupun minggu ini penuh dengan ranjau kontroversi, Erra Fazira berkata dia tetap mendoakan agar Shahir maju jaya dalam pentas akhir pertandingan AF Megastar yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.

Ini kata Erra Fazira:

"Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu,"

Ditanya tentang status hubungan mereka yang dikatakan akrab sejak tiga tahun lalu, Erra tidak mahu menjawabnya.

Tentang kenyataaan dan hasrat Shahir untuk berkahwin dengan Erra Fazira dan menjadikannya sebagai isteri awal tahun depan, Erra Fazira juga tidak mahu megulas dan enggan menyentuh hal terbabit lagi ketika ini.


Erra Fazira enggan mengulas panjang tentang perkara ini dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Ibu kepada Aleesya ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama popular Gerak Khas untuk musim baru.

Petang tadi Mona sekali lagi membuat kenyataan dengan menegaskan dia bukanlah peminat Shahir sebalik kawan yang sering keluar bersama.

Malahan Shahir juga dikatakan ada menghantar whatsapp 'rindu' kepada Mona Syamimi yang membuktikan dia bukan sekadar peminat.

(TERKINI) Pramugari, Mona Syamimi Dedah Bukti Mesej WhatsApp Shahir Luah Kata Rindu



Petang tadi, melalui temubual eksklusif bersama Harian Metro, Mona Syamimi, pramugari yang dikaitkan dengan Shahir tampil memberi kenyataan tentang hubungan mereka.

Mona Syamimi akui terasa hati apabila Shahir AF membuat kenyataan yang mendakwa dirinya sekadar peminat sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Pramugari ini juga turut mendedahkan beberapa mesej yang diterima beliau dari Shahir AF yang menunjukkan penyanyi itu mahu keluar bersama setiap hari selain sudah meluahkan kata rindu, love.

Mesej itu ditunjukkan  kepada orang ramai dengan nama "Shahir AF8" dan ianya bukanlah mesej baisa seperti artis dengan peminat.

Jom baca kenyataan penuh Mona Syamimi:

"Saya sebenarnya kawan kepada Shahir, bukan peminat atau penyokong.

"Sebagai kawan, saya keluar berdua dan ada beramai-ramai, tapi kalau peminat rasanya tak keluar berdua kot"

"Kenal melalui IG, dan bertukar nombor. Kami keluar dinner, tengok wayang. Kitorang pernah lepak dari malam sampai pagi berdua.

"Apabila keluar sudah tentu orang perasan itu Shahirm tapi tidak ada yangh menegur.Kalau keluar berdua, dia yang akan ambil saya kat rumah"

"First time keluar sebagai kawan, dan kerap kali keluar berdua dan dia ada meluahkan perasaan dia, dan mula slow-slow kenal each other.

"Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media. Tidak mungkin dia (Shahir AF) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?"

"Ramai kata saya sekadar mahu mencari publisiti murahan tetapi jika perkara ini diakui sendiri oleh pihak sana mungkin ianya tidak berlarutan begini,”

"Dia memberi harapan kepada kita, mungkin beri harapan, selama I keluar dengan dia, I hanya fokus kepada dia sahaja, tak keluar dengan orang lain tapi tak sangka bila jadi macam ni, I jadi peminat saje.

"Sekali lagi saya nak cakap, pasal statement Shahir bahawa saya hanya peminat itu tak betul, takkan peminat keluar hari-hari, luah rasa rindu

"Saya rasa seperti dimainkan dan dimalukan, saya anggap dia sebagai kawan, dia anggap saya sebagai peminat. Takkan dia luah rasa rindu kepada peminat

"Buat masa sekarang saya tak nak bercakap dengan Shahir kerana terasa hati dengan statement peminat itu dan Shahir ada cuba hubungi saya dan ada ganggu rakan saya

"Don’t be fake la Shahir, just beritahu perkara yang betul dan jangan cerita perkara lain, jangan tipu, jangan sampai bukti lain yang keluar. Bukan saya mahu mengugut"

"Sekarang ni Shahir yang menjatuhkan I, bukan I yang jatuhkan Shahir.

Mona Syamimi kemudian cuba menelefon dan menghubungi Shahir secara live namun panggilan itu tidak dijawab.

Pramugari ini juga akui gosip yang melanda ini mengganggu kehidupan dan pekerjaannya malah terasa hati apabila ada yang kata dia gila glamor.

Itulah pendedahan terbaru dari Mona Syamimi tentang isu hubungan dengan Shahir.

Sebelum ini Shahir  AF ada membuat kenyataan akan berkahwin dengan pelakon popular Erra Fazira pada awal tahun depan.

Shahir kini sedang sibuk dengan persiapan untuk konsert akhir Akademi Fantasia

Wednesday, October 18, 2017

4 FOTO: Inilah Wajah Mira Filzah Tanpa Solekan, Comelnya..



Pelakon comel, Mira Filzah kini telah mengukuhkan statusnya sebagai seorang selebriti popular dan berpengaruh di Malaysia.

Mira Filzah semakin mendapat tempat di kalangan para penonton dan mula mempunyai ramai peminat setia.

Bukan setakat berlakon sahaja, Mira Filzah juga telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan mempunyai jenama tudung sendiri.

Di laman media sosial, Mira Filzah kini sudah mempunyai 2.3 juta pengikut. Setiap foto dan gambar yang dimuatnaik pasti mendapat like dan juga komen yang amat banyak.

Biasalah apabila bergelar artis wanita, sudah tentu sinonim dengan make-up. Tak sah kalau perempuan mengambil gambar jika tidak bersolek terlebih dulu, termasuklah Mira Filzah.

Namun ramai yang tidak pernah melihat wajah Mira Filzah tanpa solekan atau tanpa make-up.

Sebenarnya sebelum ini, Mira Filzah ada beberapa kali berkongsi gambarnya tanpa solekan.

Ada beberapa foto Mira Filzah yang pihak BeritaMemey akan kongsikan khas buat peminat Mira Filzah.

Ini gambarnya, jom layan:



Memang natural beauty Mira Filzah ni. Walau tanpa sebarang solekan pun Mira Filzah dah memang cantik jelita. Bertambah ayu lagi.

Mira Filzah yang merupakan gadis dari Ipoh, mula menjadi bualan ramai setelah berlakon dalam drama Cinta Si Wedding Planner lakonan mantap bersama Adi Putra.

Selain drama bersiri, Mira Filzah juga banyak berlakon dalam telefilem seperti Din Sardin, Bella, Duit Kahwin dan Jula Juli Bintang Cinta

Pengumuman Khas: Shahir AF Umum Perkahwinan Dengan Erra Fazira



Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi kini terpalit dengan isu seorang pramugari bernama Mona Syamimi.

Kisah bermula apabila gambar mereka berdua tersebar di laman media sosial. Shahir kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka adalah atas dasar artis dan peminat sahaja.

Kemudian, Mona Syamimi menafikan dakwaan itu dengan mengatakan dia bukannya peminat Shahir malah telah berkenalan melalui laamn IG.

Akhirnya satu pengumuman telah dibuat oleh Shahir setelah isu ini menajdi semakin hangat.

Shahir akhirnya mengesahakn bakal menyunting kekasih hati, Erra Fazira, sebagai isteri selewat-lewatnya awal tahun depan, 2018.

Penyanyi ini menegaskan bahawa hanya Erra  Fazira sahaja yang kini bertakhta di hatinya, tiada wanita lain.

Ini pengumuman khas dari Shahir Zawawi tentang ingin berkahwin dengan Erra Fazira:

"Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

"Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

"Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami,"

Apabila ditanya tentang kenyataan balas dari pihak Mona Syamimi yang mengatakan mereka seperti bercinta dan bukannya peminat Shahir, penyanyi ini memberitahu Mona akan membuat kenyataan terbaru.

Shahir berkata dia menunggu kenyataan daripada Mona Syamimi bagi membersihkan namanya kerana pramugari ini telah menggambarkan dirinya cuba berlaku curang dan mempermainkan perasaan Erra Fazira.


Ini penjelasan Shahir:

"Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

"Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat,"

Itulah kenyataan terbaru dari Shahir tentan isu ini. Akhirnya ada juga mengakuan dari Shahir tentang hubungannya dengan Erra Fazira.

Semoga hasrat dan perancangan Shahir Zawawi untuk berkahwin dengan Erra fazira berjalan dengan lancar.

Shahir Zawawi kini sibuk melakukan persediaan menghadapi pentas final Akademi Fantasia Mega Star yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Tuesday, October 17, 2017

Usia Kandungan 17 Minggu, Nora Danish Belanja Gambar Baby Bump, Buat Ramai Terpesona



Memang ramai artis yang hamil pada tahun ini. Antara yang sedang hamil ialah pelakon popular Nora Danish.

Kini usia kandungan Nora Danish telah memasuki 4 bulan atau lebih tepat lagi 17 minggu.

Dilaman Instagram miliknya yang mempunyai 4.9 juta follower, Nora Dnaish telah berkongsi gambar terkininya.

Nora Danish telah memperlihatkan baby bump kandungannya itu khas buat tatapan peminat.

Ini fotonya:



Melalui ruangan komen, ramai para follower yang teruja dan terpesona dengan gambar itu.

Ramai yang memuji pelakon drama Puteri ini amat comel dan cantik! Ada juga yang mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Nora Danish di atas kandung ini.

Ada follower mengatakan Nora Danish berseri seri dan mungkin akan dapat baby girl.

Ini antara komen para follower:

"Pretty mother..Nora Danish
"Comel baby bump Nora
"Congrats Nora on your new addition to your family.
"Tahniah Nora Danish!
"Comelnya perut..
"Macam baby girl je, Nora nampak berseri seri..
"Syukur, semoga ibu dan anak senantiasa sihat...

Pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bernikah dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac tahun ini.

Antara yang menarik ketika majlis pernikahan adalah kehadiran Jejai di majlis bekas isterinya itu. ternyata ianya dipuji ramai.

Sebelum ini Nora Danish  pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.

Nedim juga mempunyai seorang anak dengan perkahwinan terdahulu. 

Nora Danish amat popular menerusi taglibe "Kita enjoy" dalam drama bersiri Puteri arahan Aziz M Osman.

Drama komedi ini telah menaikkan nama Nora Danish.