Lelaki Dedah KISAH SEBENAR Selamatkan Budak Malang Ditinggal Ibu Sendirian Di Rumah

Lelaki Dedah Pengalaman Selamatkan Budak Malang Ditinggal Ibu Sendirian Di Rumah



Berita penemuan kanak-kanak terbiar ditinggalkan oleh ibu sendiri berseorang di dalam rumah menjadi bualan ramai semalam.

Kisah berkenaan mendapat simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak 3 tahun itu.

Ibu kejam itu meninggalkan anaknya berseorangan kelaparan sebelum kelibatnya kanak-kanak itu disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.

Ini kongsi salah seorang yang menyelamatkan bayi berkenaan iaitu Ketua Kampung Kg Parit Buluh bernama Mohd Dom yang berumur 57 tahun.

Beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

Ini kenyataannya:

"Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar,”

"Bilik dalam keadaan yang kotor, budak tu dalam keadaan yang kotor"

"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. 

"Minum air milo dan roti, semuanya habis"

"Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan oleh ambulan"

"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah,"

Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.

Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.

Mangsa kini akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.

Berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

0 comments:

Post a Comment