Ini Komen Paling "Win" Kepada Cindy Ng Setelah Dia Tak Mengaku Salah.. Setepek Kena

Ini Komen Paling "Win" Kepada Cindy Ng Setelah Dia Tak Mengaku Salah 



Seorang wanita telah memberi komen yang dikatakan paling 'win' kepada Cindy Ng, gadis yang membawa kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Komen ini diberikan setelah Cindy Ng tidak mengaku salah menggunakan bahan terlarang.

Jom baca komen dari wanita ini kepada Cindy Ng.


Ternyata orang ramai yang masih 'marah' dengan kejadian ini bersetuju dengan komen wanita ini.

Tindakan gadis itu memandu bertentangan, melawan arus amat tidak bertanggungjawab dan menjadi punca kemalangan maut.

Sehingga kini hampir 2 ribu share telah diterima mengenai komen ini di laman facebook "Kaki Pos"



......................................

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid telah menjelaskan bahawa, remaja yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh.

Dakwaan itu tidak dapat dilakukan kerana tindakan remaja itu tiada niat untuk membunuh.

Ini juga disahkan oleh peguam bernama Zabetha.

Ini komennya:

“Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Bagi kes ini lebih sesuai di bawah Seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan dibaca bersama dengan Seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Tetapi untuk mendakwa dia dengan kesalahan membunuh memang tidak tepat dan tidak memenuhi elemen kesalahan bunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.


“Saya faham, kadang-kadang netizen tak faham undang-undang. Kalau tak menepati elemen dan didakwa di mahkamah, tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman.”


Kes masih lagi dalam siasatan.



0 comments:

Post a Comment