(6 FOTO) Engku Emran Bawa Laudya Cynthia Bella Jalan-Jalan, Sambut Hari Raya Di Malaysia

(6 FOTO) Engku Emran Bawa Laudya Cynthia Bella Jalan-Jalan, Sambut Hari Raya Di Malaysia


Bekas suami Erra Fazira, Engku Emran mencuri perhatian orang ramai apabila membawa pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella berhari raya di Malaysia.

Melalui satu perkongsian oleh isteri Amy Search, Engku Emran telah datang beraya ke rumahnya dan membawa Laudya Cynthia Bella.

Ini tulis isteri Amy Search:

"Ini kisah semalam. Special guest . Terima Kasih kerana sudi datang beraya Laudya Cynthia Bella, Engku Emran. - Mee Bandung + Doyan

Gambar ini dimuatnaik semalam dan terus menajdi tumpuan ramai.

Ini gambarnya:







Sebelum ini, Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella pernah dilihat bersama di Indonesia bersama Nora Danish dan juga Nedim.

Kisah hubungan mereka mula dihidu para peminat apabila Laudya Cynthia Bella dilihat sering bermesra dengan Engku Emran di laman Instagram.

Spekulasi bertambah hangat dengan beberapa pos dari Laudya Cynthia Bella yang seperti menggelar Engku Emran sebagai "love".

Semoga hubungan mereka semakin mesra dan semoga berbahagia hendaknya.

0 comments:

Post a Comment