(FOTO) Isu Berkasih Dengan Dato Red, Pelakon "N" Ini Tampil Beri Kenyataan..Nak Tahu Siapa? Jom Baca

Pelakon Ini Tampil Beri Kenyataan Apabila Didakwa Kekasih Dato Red


Sebelum ini Dato Red pernah memberi kenyataan ada bercinta dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon baru.

Antara hint yang diberikan ialah namanya bermula dengan "N" , berasal dari Sabah dan merupakan bekas peserta realiti hiburan.

~Baca pendedahan dari Dato Red (DISINI)

Apabila dilihat dari hint yang diberi, rata rata mengatakan ianya seperti Nonny yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.

Apabila nama dikaitkan dengan Dato Red, Nonny AF telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Ini kenyataan dari Nonny:

"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengan Datuk Red.


"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,"

"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu.


"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,"

"Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.


"Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.


"Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,"

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.


"Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta,"


Nonny mengaku gosip tersebut telah membuatkan dia dan teman lelakinya bergaduh.

Kata Nonny lagi, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment