Bukan Hanya Ejek-Mengejek, Timbalan Pengetua Dedahkan Sebab Lain Punca Bunuh!

Bukan Hanya Ejek-Mengejek, Timbalan Pengetua Dedahkan Sebab Lain Punca Bunuh!


Selain ejek-mengejek yang menjadi punca pembunuhan 23 nyawa dalam kebakaran tahfiz, timbalan pengetua hari ini mendedahkan satu lagi kisah yang menjadi dorongan lain pembunuhan.

Ini pendedahan dari Timbalan Pengetua:

“Dari awal tahun lagi, budak-budak di kawasan taman di sini mula berselisih faham dengan pelajar Tahfiz Darul Ittifaqiyah, kerana berebut bermain di gelanggang futsal berdekatan pusat tahfiz ini,” 

Pendedahan dibuat oleh Mohammad Azhari Mahmod, Timbalan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mohammad Azhari berkata, sejak awal tahun ini pelajar kerap mengadu tidak puas bermain futsal di gelanggang yang hanya ada sebuah sahaja di kawasan rekreasi milik DBKL.

Menurutnya, pelajar tahfiz berkenaan dibawa keluar untuk beriadah di kawasan rekreasi berdekatan setiap petang Isnin dan Rabu.

Katanya, bagaimanapun dia menasihati pelajarnya supaya mengalah dan bermain di padang di kawasan rekreasi yang sama.


Ini komennya lagi:

“Daripada kejadian berebut gelanggang futsal saya dah tahu budak-budak di kawasan ini selisih faham dengan pelajar.

“Bukan itu sahaja, Ramadan lalu terdapat sekumpulan individu yang beberapa kali membaling mercun ke dalam kawasan pusat tahfiz berkenaan sebelum menunaikan solat Isyak,”


Menurutnya, dia ada menegur pelajar-pelajar supaya jangan bermain mercun namun pelajar tahfiz menafikan mereka yang bermain mercun itu sebaliknya ada sekumpulan individu lain yang membaling ke dalam kawasan tahfiz dari luar.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, dia meluahkan rasa syukur kerana pihak berkuasa berjaya mengenal pasti punca kejadian sekaligus menjelaskan kejadian kebakaran bukan berpunca daripada kecuaian pihak pentadbiran.

Ini komen Timbalan Pengetua itu lagi:

“Dulu tiada perkara sebegini berlaku, tetapi zaman sekarang ramai generasi muda melakukan perkara yang tidak masuk akal,”

“Saya bersyukur. Allah zahirkan perkara yang hak. Banyak pihak yang membuat andaian bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pentadbiran pusat tahfiz,”


Khamis lalu, 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.

Susulan daripada kejadian itu, tujuh remaja ditahan dipercayai merancang kebakaran itu dan enam daripadanya positif bahan terlarang ketika ditahan.

Dikatakan mereka berselisih faham dengan pelajar tahfiz sekaligus membuatkan dendam yang membara.

Sumber: Metro/Sinar

0 comments:

Post a Comment