(Dah Nampak Baby Bump) Nora Danish Tampil Beri Komen Isu Kehamilannya

Isu Kehamilan, Nora Danish Tampil Beri Komen  



Nora Danish kini menjadi tumpuan ekoran ada dakwaan mengatakan dia kini sudah berisi, berbadan dua setelah bernikah dengan Nedim.

Spekulasi mula diperkatakan ramai apabila gambar Nora Danish ketika menghadiri majlis pernikahan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran yang kelihatan seperti sudah ada baby bump.

Nora telah ditanyakan hal ini oleh wartawan dari BH Online, namun dia masih belum bersedia mengulas kesahihan gosip mendakwa dirinya sedang hamil.

Ini jawapan dari Nora Danish:

"Bukan niat saya mahu mengelak atau sengaja mengunci mulut. Saya lebih selesa untuk tidak terburu-buru.

"Saya bukan lari atau mengelak, sebaliknya belum bersedia untuk mengulas. Saya akan berkongsi perkara ini kepada umum, tidak lama lagi,"


Ramai peminat sememangnya tak sabar dengan pengesahan kehamilan dari pelakon jelita ini.

Nampaknya kena tunggulah dahulu kerana Nora Danish masih belum bersedia untuk berkongsi berita ini.

Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan perkahwinan terdahulu dengan Jejai.

Nedik juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan wanita bernama Nabila Khan.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment