Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin

Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin


Pelakon jelita Fazura terkejut apabila menerima 500 kuntuman bunga mawar berwarna merah jambu dan putih pada hari kelahirannya yang ke-34.

Ternyata fazura terkejut dengan pemberian itu apatah lagi ianya diberi oleh pelakon kacak Fattah Amin.

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.

Ini pendedahan Fazura:

"Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin.


"Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.


"Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW),"


Kejutan itu dibuat oleh peminat dan juga wakil Fattah Amin. Aktor itu tidak hadir kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Imbas kembali, semasa birthday  Fattah Amin, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah, ketika itu Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

 Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment