Ibu Neelofa Dedah Bagaimana Boleh Letak Nama "Neelofa" Kepada Anaknya

Ibu Neelofa Dedah Bagaimana Boleh Letak Nama "Neelofa" Kepada Anaknya



Noor Kartini, ibu kepada Neelofa telah membuka rahsia, dan mendedahkan asal usul nama Neelofa.

Kata ibu  Neelofa ini, sebenarnya nama itu diambil dari seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

Gadis Paskitan tersebut bernama Neelofa dan mempunyai wajah yang amat cantik.

Ini komen Kartini:

"Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

"Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers dan tudung bawal putih.

"Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

"Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,"


Ditanay tentang wanita bernama Neelofa itu, Kartini memberitahu  dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama dan terakhir buat mereka berdua.
 
Tentang Lancome pula, Neelofa dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa Lancome.

Lebih mengagumkan, Neelofa juga sebenarnya duta sulung berhijab Lancome.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment