Ini Respon Balas Zizan Apabila Hans Isaac Bengang Dengan Lawaknya

Ini Komen Balas Zizan Apabila Hans Isaac Bengang Dengan Lawaknya


Zizan Razak menjadi tumpuan setelah lawaknya tentang 'Datuk beli' menjadi viral dan bualan hangat ketika menjadi pengacara untuk anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29).

Kata pelawak ini, apa yang disampaikan pada malam berkenaan tidak mendapat sebarang teguran daripada pihak produksi.

Kata Zizan, penonton seharusnya tidak memperbesarkan hal remeh temeh.


Ini komen Zizan:

"Pada saya kalau penonton gelak dan terhibur itu sudah cukup dan pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis malam ini.

"Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam ini terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.

"Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun,"


"Kenapa nak ambil kira perkara negatif sedangkan kita banyak perkara positif yang boleh dibincangkan malam ini.

"Bagaimanapun, kritikan adalah sesuatu yang baik dan bermakna ramai yang menonton siaran langsung tersebut,"


Itulah respon Zizan tentang  pendapat segelintir penonton yang kurang senang dengan cara penyampaiannya mengacarakan majlis rasmi tersebut.

Zizan juga telah bergurau kasar sehingga menyinggung perasaan Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof berkaitan gelaran Datuk.

Sumber; mStar

0 comments:

Post a Comment