Jangan Hina Anak Saya!..Hati Hitam!! - Yusof Haslam Mengamuk


“Jangan Hina Anak Saya !” - Yusof Haslam Mengamuk


Pengarah filem dan drama tersohor, Datuk Yusof Haslam memang terkenal dengan legasinya iaitu Syamsuk dan juga Shafiq.

Kedua-dua anaknya kini berjaya sebagai pengarah yang amat hebat, namun ada juga yang mengkritik anak-anaknya.

Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem Mansor Puteh sebagai berhati hitam kerana melabel karyanya dan juga karya anaknya sebagai bahan tong sampah.

Kata Yusof Haslam, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.

Ini komen Yusof Haslam:

"Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

"Hina saya tidak kisah... tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, rupa-rupanya masih ada 'spesis' macam ini dalam negara.


"Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,"


"Ia bukan perkara baru tetapi tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah.


"Saya pun bukanlah pernah minta dipuji,"


Terdahulu, Mansor menerusi statusnya di Facebook yang amatlah pedas.

Ini statusnya:


"Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).

"Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,"


Mansor memang pengkritik kontroversi dan sebelum ini dia juga pernah mengkritik filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee.

0 comments:

Post a Comment