TAHNIAH! Nora Danish Kini Sah Mengandung 3 Bulan

TAHNIAH! Nora Danish Kini Sah Mengandung 3 Bulan





Ini satu berita yang amat dinanti oleh orang ramai terutama peminat Nora Danish.

Pelakon jelita ini akhirnya membuat pengumuman dan telah mengesahkan sedang hamil tiga bulan selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri.

Pengesahan dibuat setelah Nora Danish membuat pemeriksaan doktor.

Setelah disahkan mengandung oleh doktor, orang yang paling gembira ialah suaminya, Nedim Nazri.

Ini pendedahannya:

“Saya gembira dengan berita ini... Suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

 “Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

 “Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,”

 “Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

 “Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,”

Berbicara tentang jantina anak yang dikandungnya, Nora Danish dan suami, tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.

Namun Nora berkata jika dikurniakan anak peempuan bagus juga. Ini memandangkan Nora dan Nedim telah mempunyai anak lelaki.

Ini komennya lagi:

“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga... Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami.

“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,”

Tahniah buat Nora Danish dan juga Nedim.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment