Buat Pertama Kalinya, Ini Foto Baby Bump Nora Danish, 4 Bulan Mengandung



Pelakon popular Nora Danish telah berkahwin dengan kekasih hati Nedim Nazri. Kini pasangan ini sedang meniti fasa baru apabila Nora Danish telahpun disahkan sedang hamil.

Baru-baru ini, Nora Danish ada memuatnaik 2 gambar baru yang menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana, buat pertama kali nya, foto yang dimuatnaik oleh Nora Danish memperlihatkan baby bump nya.

Nora Danish memberitahu dia kini sedang hamil 4 bulan, dan baby bump mula kelihatan.

Jika sebelum ini tidak begitu jelas kelihatan baby bump, dalam satu gambar bersama rakan-rakan, ternyata para follower teruja apabila melihat baby bump Nora Danish itu.

Melalui gambar itu, Nora Danish memakai pakaian berwarna hijau dan ketika itu sedang makan malam sempena menyambut hari lahir salah seorang rakannya.

"Alahai cute nya baby bump"
"Baby bump dah nampak"

Itulah antara komen para follower di ruangan komen gambar tersebut.

Memang berseri-seri wajah Nora Danish setelah mengandung ini, ramai yang memujinya.

Ini fotonya:



Semoga segala urusan Nora Danish dan Nedim Nazri di sepanjang kehamilan pelakon ini dipermudahkan-Nya.

Untuk pengetahuan, setelah 3 tahun bercinta, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya telah disatukan pada bulan 3 tahun ini.

Pasangan ini bernikah di satu majlis yang simple di Glasshouse, Seputeh.

Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Jejai.

Nedim Nazri juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki dengan perkahwinan terdahulu bersama Nabila Khan.

0 comments:

Post a Comment