Fasha Sandha, Jejai Dilihat Di Mahkamah.. Dikatakan Bakal Rujuk, Ini Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku

Fasha Sandha, Jejai Dilihat Tiba Di Mahkamah.. Dikatakan Bakal Rujuk, Ini Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku


Pelakon popular Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra disapa Jejai menajdi tumpuan pihak media hari ini.

Kedua-dua mereka dilihat telah menulis caption yang memberi hint seperti akan bersatu semula.

Ramai yang ingin tahu perkara sebenar, adakah benar mereka berdua akan bersatu dan rujuk semula.

Kedua-dua mereka dilihat berada di mahkamah hari ini.

Pasangan in telah  memilih jalan untuk berdamai setelah berjaya menyelesaikan dua kes melibatkan mereka secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah.

Fasha Sandha dikatakan bersetuju untuk menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal Ashram atau Jejai bagi menghalangnya daripada menggangunya pada Mac lalu.

Jejai pula telah menarik balik kes komital berkaitan lantikan pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor.

Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.



Jejasi dan Fasha memberitahu penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.

Ini kenyataan mereka:

“Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak.


“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,”


Ketika ditanya sama ada perkembangan terbaharu itu membawa maksud mereka akan kembali bersama sebagai suami-isteri, Jejai dan Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Namun ramai peminat berdoa agar mereka berdua bersatu kembali.

Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment