"Gurauan Bahaya Tu Norman Hakim" - Follower Tegur Lawak Norman Hakim

"Gurauan Bahaya Tu Norman Hakim" - Follower Tegur Lawak Norman Hakim


Semalam Norman Hakim telah menghadiri rancangan realiti ilmiah Da'i.

Norman Hakim merupakan antara selebriti yang menjadi juri awam.

Untuk pengetahuan semua, dalam rancangan Da'i, peserta diadili dengan markah 10% dari juru juri awam yang terdiri daripada Norman Hakim dan isteri memey Suhaiza.

Juri awam jemputan lain ialah pelakon Amar Asyraf, Dato Hj Mohd Zakaria ( Penasihat Pernibatan Jabatan Solusi), Ustaz Haji Ehsan Bin Hosni ( Imam Besar Majid Tuanku Mizan, Putrajaya), Ustaz Mohd Naim Bin Aziz, Datin Maziah, Erra Fazira, Liza Kool FM dan Fara Fauzana.

Di laman media sosial milik Norman, dia telah memuatnaik gambar bersama Erra Fazira, Fara Fauzana dan juga isterinya Memey Suhaiza.

Yang menjadi tumpuan ialah caption yang ditulis oleh Norman Hakim, ini tulisnya:

"Madu 3 eh....Eh? salah!!...Haha"






Caption dan gambar itu terus menjadi perhatian ramai kerana gurauan Norman Hakim untuk berpoligami dan berkahwin tiga.

Antara komen dari para follower ialah:

"Niat dah ada tu..tinggal nak laksanakan saja"
"hahaha apa salahnya..."
"Sekali terkabul kata kata itu.."
"Heppp..bahaya gurauan tu Norman Hakim"

Ternyata ini hanyalah gurauan semata-mata

0 comments:

Post a Comment