"Jika lelaki tidak mahu bekerja, tinggalkanlah..!! - Nasihat Siti Sarah



Melalui ruangan Instagram miliknya, penyanyi Siti Sarah telah menulis satu caption yang khas buat wanita dan isteri di luar sana.

Penyanyi yang juga isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu ini memberi nasihat yang dikatakan amat berguna kepada para isteri.

Memang ada isteri yang buta mata hanya mencintai lelaki walaupun tidak menunaikan tanggungjawab, ada juga sikap isteri yang suka memperlekehkan suami dan tidak menyokong suami.

Ada juga isteri yang sering berprasangka kepada suami yang sedang berusaha keras mencari rezeki, dan ada juga suami yang langsung tidak mencari kerja.

Nah, ini nasihat Siti Sarah kepada wanita dan isteri di luar sana, sila baca:

Jika seseorang lelaki itu tidak bekerja,marahlah..!!
Jika ia tidak mendapat pekerjaan,bantulah..!!
Jika ia tidak mahu bekerja,tinggalkanlah..!!
Jika seorang lelaki memiliki pekerjaan, dukunglah..!!
Jika ia lelah kerana kerja, manjakanlah..!!
Jika ia berhasil di dalam bekerja, nikamatilah..!!
Jika seorang lelaki sedang bekerja, percayalah..!!
Jika ia sedang bersusah payah di dalam pekerjaannya, doakanlah..!!
Jika ia gagal, semangatilah!!
Jika seorang lelaki itu pekerja keras, dan ia adalah lelakimu, bersyukurlah..!!
 @shuibsepahtu I love you so much




Amacam padu betul caption Siti Sarah ni. yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sepadan. Semoga kaum wanita di luar sana ambillah sedikit penulisan Siti Sarah ini. Memang penuh bermakna.

Apapun, Siti Sarah kini kelihatan amat gorgeous dengan penampilan terbarunya, cantik jelita!

0 comments:

Post a Comment