Kenyataan Rasmi Shahir AF Tentang Foto Bersama Pramugari Tersebar



Pada hari ini, industri hiburan Malaysia dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar foto seorang wanita jelita bersama penyanyi popular Shahir AF.

Gambar dari Facebook milik Mona Syamimi Mohd Samsudin menunjukkan kemesraan mereka apabila pasangan ini seolah-olahsebagai pasangan kekasih.

Ini ditambah dengan gambar picture profile Mona yang menggunakan foto bersama Shahir.

Ramai yang tertanya-tanya apa hubungan Shahir Zawawi dengan wanta berkenaan dan apa pula status hubungan dengan Erra Fazira.

Malah dikatakan hubungan antara Erra dan Shahir masih utuh apabila Erra Fazira ada beberapa kali menghantar Shahir ke pertandingan AF Megastar yang sedang berlangsung.

Segalanya masih samar ketika ini, dan ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan ini.

Akhirnya, dengan gentleman, Shahir tampil memberi kenyataan tentang isu ini.

Shahir menjelaskan dia sebenarnya tiada langsung sebarang hubungan istimewa dengan wanita di dalam foto itu.

Dikatakan, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu hanyalah peminat setia yang sering menyokongnya sepanjang program AF Megastar.

Ini penjelasan Shahir AF:

"Saya tiada hubungan istimewa dengan wanita terbabit, saya mengenali dia sejak sebulan lalu dan mengaku dia sering memberi sokongan sepanjang program AF Megastar berlangsung.

"Tapi tidaklah sampai dia jadi kekasih atau ada hubungan lain,"


"Kami baru kenal dan kalau keluar beramai-ramai, tapi tidak tahu mengapa dia ambil gambar seolah-olah kami berdua sahaja.

"Tentang kapsyen love itu juga saya tidak tahu, kena tanya dialah mengapa tulis begitu pula," 


"Sudahlah tertekan dengan persiapan lagu baharu untuk final ini, timbul pula isu-usu remeh begini menjadikan fikiran saya serabut sedikit,"

Shahir diminta mengulas tentang foto-foto yang menjadi viral di laman sosial bersama seorang wanita bernama Mona

Terkejut dengan penyebaran gambar itu, Shahir akui tidak mengetahui apa tujuan wanita berkenaan memuat naik gambar dan status yang boleh mencetuskan spekulasi.

Ternyata, Shahir akui sedikit tertekan dengan isu berkenaan ketika dia sibuk dengan persiapan akhir AF Megastar pada Ahad ini.

Shahir kini semakin menjadi sebutan semula setelah berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Akademi Fantasia Mega Star yang akan diadakan pada Ahad ini.


Antara peserta akhir yang lain ialah Idayu, Bob, Syamel dan Marsha.

0 comments:

Post a Comment