Memang Tak Sangka.. Itu Betul-Betul Komen Melampau! Satu Penghinaan Teruk Buat Alvin Chong



Pelakon yang sedang meningkat naik, Alvin Chong mula dikenali ramai menerusi watak Johan dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

Drama lakonan Fattah Amin dan Neelofa itu telah meletup-letup dan mendapat rating yang tinggi dan turut menaikkan nama Alvin Chong di kalangan para penonton.

Kini Alvin Chong telah menajdi pelakon utama dalam drama berjudul 'Awal Suka Saya Tak' lakonan bersama Emma Maembong. Lahi meletuplah nama Alvin Chong.

Namun baru-baru ini, Alvin Chong terguris dan kecewa dengan satu kejadian yang berlaku kepada nya.

Alvin Chong  terkilan apabila ada individu yang cuba menimbulkan isu berbaur perkauman terhadapnya di laman sosial.

Individu berkenaan mempertikai Alvin Chong melibatkan diri dalam industri hiburan Melayu dan mengatakan ianya satu yang buang masa.

Lelaki itu juga mengatakan walau Alvin Chong ampu macam mana pun, jangan harap dia akan mendapat anugerah.

Ini pendedahan dari Alvin Chong tentang isu ini:

"Saya agak kecewa dengan komen yang ditinggalkan individu tersebut. Justeru saya terpanggil untuk berkongsi kepada umum agar sikap sebegitu tidak dipraktikkan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Saya akui banyak menerima kata-kata berunsur perkauman sekalipun dari bangsa saya sendiri. Namun tidak semuanya begitu. Ada yang menyokong dan sangat positif. Pada saya, sebelum membuat sesuatu andaian, dekati mereka dulu.

"Lapan tahun saya terlibat dalam industri seni dan bergaul dengan masyarakat melayu banyak membetulkan persepsi saya selama ini. Jujur saya sangat selesa dan dilayan dengan cukup baik,"

Sebelum ini, Alvin Cong telah memuatnaik satu paparan skrin komen ditinggalkan peminat di laman Instagramnya yang disifatkan tidak harus berlaku sebagai individu yang menetap dalam negara yang sama.

Ini tulis individu berkenaan:

"I am no racist but tak ada orang Cina nak berlakon dalam industri Melayu dan asyik cakap bahasa Melayu, awak muda dan looking good banyak peluang boleh menceburi dalam luar negara, kenapa awak nak menceburi dalam industri kecil yang tak mungkin membawa kejayaan kepada karier awak.

"Awak mengampu macam mana pun awak tak mungkin akan dapat satu trofi daripada anugerah Melayu. Mereka tak akan recognized awak punya usaha like Oscars the best actor/ actress always be the american actor.

"It was simple to be understand. Now you just waste your time and talented!!" (sepeti anugerah aktor dan aktres terbaik Oskar yang sentiasa dimenangi pelakon Amerika. Ia contoh mudah untuk difahami. Awak membazirkan masa sedangkan anda berbakat),"

Ini pula respon balas Alvin Chong:

"Agak sedih dan terkilan apabila mengetahui masih ada segelintir individu di dalam negara anda sendiri yang cetek dalam pemikiran. Apa yang salah dengan saya sehingga dihukum sebegini oleh rakyat dalam negara sendiri?"



Ketika ini Alvin Chong antara aktor bukan Melayu yang mendapat tempat di industri seni tanah air.

Antara pelakon lain ialah Keith Foo, Hans Isaac, Elizabeth Tan, Mark Adam dan Daler Yusof.

0 comments:

Post a Comment