"Saya Kenal Mona Syamimi" - Syamel AF Pula Buat Kenyataan



Selepas Ewal membuat kenyataan, kini seorang lagi peserta Akademi Fantasia Megastar iaitu Syamel turut terpalit sama.

Nama Syamel muncul dalam perbualan membabitkan Shahir AF dan Mona Syamimi seperti yang didedahkan wanita itu menerusi temu bual secara live bersama Harian Metro semalam.

Syamel yang merupakan finalis AF Megastar, memang akui mengenali Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih mesra dipanggil Mimi.



Mona Syamimi kini sedang hangat diperkatakan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir.

Apabila nama Syamel ada dilahat whatsapp antara Shahir dan  Mona Syamimi, ramai bertanya kepada penyanyi ini apa kaitannya dengan Mimi.

Ini penjelasan Syamel:

"Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

"Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya,"


Semalam, Mona Syamimi  ada mendedahkan mesej whatsapp yang dihantar Shahir kepadanya. Dikatakan Shahir ada memberi whatsapp seperti perkataan 'rindu' kepada Mona Syamim.

Selain itu, antara mesej whatsapp lain yang dihantar oleh Shahir kepada Mimi adalah dia akui kurang selesa apabila Mona Syamimi bercerita tentang lelaki lain di hadapannya.

Ketika inilah nama Syamel turut terjebak.

Ini pendedahan whatsapp Shahir AF kepada Mona Syamimi:

"Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain,”

Mona Syamimi  meluahkan rasa kesal apabila Shahir mendakwa dia hanyalah peminat atau penyokong dalam AF Megastar walhal bagi Mona Syamimi, mereka kerap keluar bersama berdua menonton wayang dan juga pergi dinner bersama.

Mona Syamimi mahu Shahir meminta maaf kepadanya kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Sementara itu, isu ini bertambah hangat apabila Ewal AF mendedahkan dihampir dijerat Mona Syamimi yang didakwanya sebagai mahukan perhatian.

Ewal menjelaskan Mona Syamimi ada cuba membuat perkara sama yang terjadi kepada Shahir kepada beberapa artis yang lain.

0 comments:

Post a Comment