"Sila Tanya Kamal Adli Dan Zahirah McWilson" - Hubungan Emma Maembong Dan Kamal Adli Retak



Pelakon jelita Emma Maembong dan pelakon tampan Kamal Adli sedang meniti fasa percintaan.

Hubungan mereka amat disenangi pra peminat kedua-dua pelakon popular ini malah ada yang mahu melihat mereka berdua disatukan sebagai suami isteri.

Namun ada isu terbaru tentang pehubugan mereka berdua. Dikatakan hubungan mereka mempunyai masalah.

Melalui laporan Berita Harian, apabila diajukan tentang status hubungan Emma dengan Kamal, Emma hanya berdiam sahaja tidak mahu memberi jawapan.

Sebaliknya Emma Maembong  meminta persoalan tersebut diajukan pula kepada Kamal Adli dan Zahirah Macwilson. Apa kaitan dengan Zahira McWilson?

Emma Maembong kemudian berkeras tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang hubungannya bersama pelakon lelaki itu buat masa ini.


Ini komennya:

"Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah," 


Kenyataan ini dibuat oleh Emma Mamebong apabila diminta untuk mengulas mengenai gambar terbaru yang dimuat naik oleh Kamal Adli.

Menerusi perkongsian di laman IG, Kamal Adli memohon semua pihak terutama para peminat mereka berdua, mendoakan perkara yang baik saja tentang status hubungan Emma dan Kamal.

Caption yang dimuatnaik oleh Kamal Adli itu menimbulkan tanda-tanya berkaitan perhubungan mereka yang mula terjalin sejak kira-kira 3tahun lalu.

Sementara itu, di dalam jawapan Emma tadi, ada menyebut nama Zahirah McWilson. Apa kaitan dengan Zahira McWilson?

Apabila Emma Maembong memetik nama Zahirah ianya telah menambahkan lagi spekulasi yang melanda mereka.

Umum memang mengetahui, sebelum ini, Kamal Adli dan Zahirah McWilson telah berganding bahu sebagai pelakon utama drama 'Dua Pujaan Dara'.

Drama ini meletop di TV dan mendapat pujian para penonton.

Lakonan Kamal Adli dan Zahirah McWilson amat serasi bersama, malah ada beberapa adegan 'mesra' antara Kamal dan Zahirah.

Semoga hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong baik-baik sahaja.

0 comments:

Post a Comment