Thursday, November 30, 2017

(8 FOTO) Inilah Wajah Intan Liana, Isteri Pertama Ude, Madu Kepada Izreen Azminda

 
Pelakon jelita Izreen Azminda kini sah telah bernikah dengan seorang pemuzik bernama Ude pada bulan Ogos yang lalu.

Pengumuman ini dibuat oleh suami Izreen Azminda sendiri. Kata Ude, Izreen Azminda merupakan isteri keduanya.

Isteri pertama Ude bernama Intan Liana dan mereka telah berkahwin empat tahun yang lalu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak.

Semalam, isteri pertama Ude iaitu Intan telah ditemu ramah oleh wartawan Utusan secara live, dan Intan akui baru mengetahui perkahwinan Izreen dua minggu yang lalu.

Intan mengatakan, pada mulanya dua redha tidak dapat menerimanya namun akhirnya telah redha dengan ketentuanNya dan mula menerima Izreen Azminda.

Ini foto Intan Liana bersama Ude dan anak-anak:





Sebaik sahaja isteri pertama Ude di temu ramah dan kisah ini menajdi viral, Izreen Azminda telah tampil meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.

Kata Izreen Azminda perkara ni agak sensitif, ini komennya:

"Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

"Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat"

"Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya,"

Selepas itu, melalui laporan Harian Metro, suami Izreen Azminda telah tampil mengesahkan pernikahan mereka berdua pada Ogos lalu.

Ude juga berkata dia akan menerangkan segalanya pada satu majlis doa kesyukuran pada minggu depan.

Sumber: Harian Metro / Utusan / BHarian

"Tergamaknya kau! Naik menyampah aku, kau memang gedik!" - Teruk Izreen Azminda Kena Hentam


Semalam telah terungkai segalanya apabila suami Izreen Azminda iaitu Ude tampil mendedahkan bahawa dia mengahwini Izreen pada bulan Ogos yang lalu.

Ude merupakan seorang pemuzik dan ada yang mengatakan dia berkhidmat dalam rancangan realiti popular, Gegar Vaganza.

Izreen Azminda merupakan isteri kedua kepada Ude. Isteri pertama Ude bernama Intan Liana dan mereka mempunyai dua orang anak.

Ude menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri pertama masih lagi baik walaupun dia telah berkahwin dengan Izreen Azminda yang menjadi istei keduanya.

Setelah perkara ini diketahui orang ramai, nampaknya teruk juga Izreen Azminda dikritik.

Melalui laman Instagram miliknya, para followernya mula menulis komen yang negatif kepada Izreen Azminda kerana berkahwin sebagai isteri kedua dan perkara ini dirahsiakan.

Ramai yang bersimpati dengan Intan Liana kerana hanya baru mengetahui perkahwinan suaminya dengan Izreen dua minggu lalu walhal mereka berkahwin pada bulan Ogos yang lalu.

Memang agak panas komen yang diberikan oleh orang ramai yang dilihat kecewa dengan Izreen Azminda.

Jom baca antara komen yang dilemparkan di IG Izreen Azminda:

Sorry you are so gedik dan bila you rampas laki orang i know because  u start first! Mak Uda tu kawan baik pada mak i.. mak die cakap Uda tu memang baik pada isteri dan anak-anak nya tapi kau yang tiap-tiap hari tergedik-gedik. Lelaki satu hari dia tak layan tapi kalau berhari-hari kau tergedik menggoda die memanglah menjadi. You are so jahat! You perampas laki orang yang kahwin pun baru 4 tahun dan ada anak dua pula tu. Lepas ni rasakanlah ok. Rasanye family mentua kau pun takkan suka kau! Peminat pun dah benci! @nuraishamaya

Awak dulu penah jadi isteri..apa perasaan suami awak kahwin lain? Dulu exhusband punya GF pun awak mengamuk..konon nak rampas anak awaklah...awak rampas laki orang lagi teruk!!! Konon awak perempuan yang kuatlah jadi ibu tunggal jaga anak...Eh dugaan isteri pertama dimadukan lagi kena kuat awak tahu tak @nh_human

Bila fikir balik , tiba-tiba saja khawin? Mesti la sebelum ni dok berjumpa diam-diam sebab isteri pun baru tahu 2 minggu lepas. Mak sarat jaga anak, ayahnya boleh pergi khawin ? Dan kenapa kalut nak khawin ? Think ! @min.ahmad.aini

Tergamaknya ambil suami orang.. desperate tak laku sangat ke @izreen.azminda sampai sanggup jadi perampas? wife pertama tu ada anak kecik lagi.. @callalily91

Patut la perangai pun tergedik, sesuai la dengan perangai... Harap madu awak baik la yeee... Hari ni ko rampas kebahgiaan orang.. Ko ada anak kan.. Besok lusa jangan nangis kalau keturunan ko pula yang kena.. Akak cakap je jangan la sentap @mynameisogy

B*tch la ko...lepas ni kau buat ape pon tak laku... Macam Hanez dulu... Sondol kuat @cik_bet

Orang marah seabb kahwin senyap, tak jumpa first wife ke. Plus orang marah first wife tu kira bru bersalin la. Tak ada orang menidakkan takdir Allah, tapi kadang kita manusia ni buat sesuatu ikut suka kita, contoh macam main redah je masuk rumah orang tak kenal tuan rumah dulu ke pe. Akak suka x org buat cenggitu? @n.miraqila

Laki orang pun nak apa lah @yaniesabdin

Ni ke perampas tu...naik menyampah aku ..nak kawin pon sorok-sorok..pebendala..macam orang bujang dah pupus agaknya kat malaysia ni. @danial_1712

Baiknya isteri dia. Dia sendiri pun tak sangka. Bertahan demi anak. Dia kata dia trust husband dia 100% tapi nk buat camana dah jodoh. Sedihnya dia kata dia yg salah sebab tak pandai jaga. Allahuakhbar anak pun masih menyusu. Sayang mungkin ada tapi trust tu tak tau la bila hati dah terluka. Dah la jangan ganggu dia. Kesian anak-anak jugak tengah menyusu tadi nasib baik tak nangis. Sampaii hatii .. Kalau betul-betul sis nak kahwin dengan laki orang... Sis patut jumpa wife pertama. Satu lagi sis.. Sis sama je dengan ex husband sis dulu perempuan yang rampas semua sis dulu. Sebab dua-dua perangaiii???? @ciknoorsyafiqah

Tergamak kan..kau melukai, meragut dan menghancurkan hati seorang isteri yang juga seorang wanita sama seperti ENGKAU! takde hati perut @forza_suri_rafanda

Hanya yang low class merampas hak orang.. banyak lagi lelaki lain kenapa lah nak ambil laki orang jugak.. #boikot @mieymie_syamimie

Masa laki dulu main kayu tiga, pandai pulak mintak cerai hmmm takkan tak ingat betapa sakitnya hati masa kena game dulu, semoga Intan teruskan semangat @angellinie

Teruk jugak perangai kau ni ek @fvteynbryner

Semakin menyampah la dengan ko ni Izreen ni...kau tak fikir ke perasaan kak Intan tu..tak malu ke?? Kak intan dengan laki kau tu baru je 4 tahun kahwin.. Kau dah nak caras kebahagiaan rumahtangga orang lain.. Harap kau rase la kesakitan yang Kak Intan tu rase lepas ni.. @aesyah_azhar

Bulan 8 kahwin baru 2 minggu dapat tahu..kenapa nak berahsia.sebabnya kahwin laki orang @apiskamsi

Meragut kebahagian orang lain adalah wanita low class ya memang jodoh tapi dalam msa yang sama diri akan disumpahi seumur hidup..Izreen shame on u. @official_cikjoyah

Itulah komen-komen dari orang ramai yang mengkritik Izreen Azminda.

Memang ramai betul yang luah perasaan marah kat IG Izreen ni. Sehingga kini, Izreen masih belum neutup ruangan komen dan semakin banyak komen yang diberikan.

Sumber: IG Izreen Azminda

(Kenyataan Rasmi) Izreen Azminda Sah Bergelar Isteri Kedua Kepada Ude, Nikah 8 Ogos Lalu


Akhirnya teka teki yang melanda Izreen Azminda berkahir apabila pemuzik bernama Ude mendedahkan segalanya.

Pemuzik yang berkhidmat dalam program Gegar Vaganza iaitu  Mohd Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya, Ude akhirnya mengaku menikahi pelakon tersebut.

Sebelum ini, isteri pertama kepada Ude bernama Intan Liana tampil membuat satu temubual bersama Utusan yang membincangkan isu perkahwinan Ude dan juga Izreen Azminda.

Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Dalam pertemuan itu, Ude mengesahkan sudah bernikah dengan Izreen Azminda namun enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen Azminda.

Akhirnya ini kenyataan dari Ude:


"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,"

"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti"

Ude juga telah menafikan bahawa rumahtangganya yang dibina bersaa isteri pertama iaitu Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen Azminda.

"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

"Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,"

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,"

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen Azminda meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Kemudian isteri pertama Ude iaitu Intan mengesahkan Izreen Azminda merupakan pelakon yang dikaitkan dengan suaminya, Ude.

Sumber: Harian Metro

(VIDEO) "Saya terima Izreen Azminda sebagai madu" - Bakal madu Izreen Azminda beri kenyataan

 
Kini kecoh dengan berita bahawa Izreen Azminda akan berkahwin tidak lama lagi.

Bakal suaminya merupakan seorang pemuzik yang juga pemuzik bebas program Gegar Vaganza dikenali sebagai Uda.

Memang panas isu ini apabila Uda merupakan lelaki berstatus suami orang dan masih lagi berkahwin dan mempunyai anak.

Hari ini melalui laporan portal hiburan mStar dan Utusan, seorang wanita yang dikatakan isteri kepada Uda tampil memberi kenyataan.

Tembual eksklusif telah dibuat oleh portal Utusan.

Ini videonya:



Wanita bernama Intan ini memberitahu dia menerima kehadiran seorang pelakon terkenal yang dikatakan Izreen Azminda sebagai madunya.

Khabarnya, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan itu hanya mengetahui tentang hasrat suaminya untuk berkahwin dengan pelakon popular itu dua minggu lepas.

Intan ternyata redha dengan keputusan suaminya untuk berkahwin lagi satu.


Ini komen Intan:

"Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

"Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan"

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita petang tadi (Khamis).

Rumah tangga Intan dan Uda terbuna sejak empat tahun lalu dan pasangan ini dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

Ini kata Intan lagi:

"Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami"

Dari laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Sehingga kini, Izreen Azminda masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan tentang isu ini. Sama sama kita tunggu nanti.

Sumber: mStar / Utusan
Wednesday, November 29, 2017

"I'll always be there for you" - Luahan Eyana Kepada Anaknya..Sayu Membacanya..


Penyanyi Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya.

Sejak pengumuman penyakit yang dialaminya apabila tersingkir di Gegar Vaganza, ramai yang mula memberi komen dan kata kata semangat buat Elyana.

Sokongan moral merupakan antara yang paling penting untuk seseorang melawan penyakit kronik seperti kanser.

Penyakit ini mula didiagnos oleh Elyana sejak 7 tahun yang lalu iaitu selepas Elyana melahirkan anak sulungnya.

Anak sulungnya bernama Cinta Sumayyah, seorang yang amat comel.

Melayari beberapa foto Elyana bersama anaknya itu di laman media sosial Instagram, ada beberapa luahan hati yang ditulis oleh Elyana.

Ini antara luahan hati Elyana kepada anaknya itu:

"You're My heart, My soul, My treasure, My today, My tomorrow, My forever and My everything! #cintasumayyah

"To my daughter
If u need me,call me.I don't care if I'm sleeping,if I'm having my own problems or if I'm angry at u. If u need me and if u need to talk to me, I'll always be there for u,no matter how big or how small your problem is...I'll be there. #cintasumayyah

"A Daughter is just a little girl who grows up to be your best friend #cintasumayyah

"You'll be her first role model.Her first best friend.She'll be your forever love.

"My daughter is Super amazing and I'm the lucky one because I get to be her BUNDA..

Caption ini ditulis dari beberapa gambar Elyana bersama anaknya.

Sayu pula baca komen dan caption dari Elyana ini. Sudah tentu, ahli keluarga terutama anak menjadi nadi utama kekuatan Elyana untuk menempuh dugaan menghidap kanser tahap empat.

Semoga Elyana teruskan usaha untuk melawan penyakit barah limfoma tahap empat ini. Get well soon Elyana!

Sumber: IG Elyana

Masih Tak Pakai Tudung Walaupun Kena Kanser, Ini Respon Elyana


Setelah mengumumkan telah menghidap penyakit kanser, nama penyanyi Elyana kini menjadi tumpuan orang ramai.

Berita tentang penderitaan barah limfoma tahap empat yang dihidapi oleh Elyana sering menjadi topik bualan hangat orang ramai apatah lagi ianya sedang berada di tahap keempat.

Para peminat dan rakan artis memberi kata-kaat semangat kepada Elyana supaya kuat semangat dan mendoakannya cepat sembuh.

Namun ada orang di luar sana mempertikaikan Elyana.

Kata mereka, walaupun Elyana menghidap penyakit teruk seperti barah tahap empat, penyanyi ini langsung tidak bertaubat.

Ada mengktitiknya masih lagi tidak bertudung menutup aurat.

Ada juga mengecamnya masih menyanyi dan terkinja-kinja di atas pentas seolah tidak insaf walaupun menghidap kanser.

Sesetengah pihak tampil  lantang menegur penampilan dan sikap Elyana yang masih belum berubah itu. Komen ditulis di laman sosial seperti Facebook dan juga di laamn IG Elyana sendiri.

Setelah komen-komen negatif yang dilemparkan kepada Elyana ini menjadi viral, penyanyi ini tampil memberi respon.

Elyana telah menerima segala komen dan teguran itu dengan hati terbuka.

Ini respon balas Elyana:

"Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.

"Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

"Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,"

Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengecam penampilannya masih belum bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.

Ini komen Elyana:

"Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.

"Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.

"Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,"

Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Elyana sudah menghidap penyakit kanser ini sejak 7 tahun yang lalu.

Sumber: Astro Gempak

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak..." - Shuib


PUNCA SITI SARAH DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Pelawak popular dari kumpulan Sepahtu, Shuib telah meluahkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini.

Kata Shuib, isterinya  iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa.

Punca kejadian cemas ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah Siti Sarah menjadi rendah secara tiba-tiba.

Shuib Sepahtu berkata keadaan Siti Sarah pada waktu itu amat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi tadi apabila mendapat rawatan di hospital.

Ini kenyataan dari Shuib Sepahtu:

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,"

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi digelar hypotension. Ia sangat membimbangkan sehingga Siti Sarah terpaksa di bawa ke hospital menaiki ambulan. Shuib telah berkongsi video ketika isterinya menaiki ambulans dan memohon orang ramai mendoakannya.

Kemudiannya,  Shuib telah memuat naik gambar Siti Sarah ketika di zon merah kecemasan dengan memakai mask.

Sekali lagi, Shuib meminta para peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

SHUIB UNDUR DIRI DARI KONTI SEPAHTU SINAR FM

Hari ini sebenarnya merupakan hari terakhir Shuib bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit dan sedang mendapat rawatan di hospital.

Shuib telah menjelaskan bahawa keputusan untuk mengundurkan diri dari konti radio Sinar FM dibuat kerana atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Walaupun sudah tidak lagi bersama Sepahtu Sinar, Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen tersebut yang menampilkan Rahim dan juga Jep.


Ini komen Shuib:

"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,"

Setelah ketiadaan Shuib, segmen Sepahtu Sianr akan diterajui oleh Jep dan Rahim bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.


Sumber: mStar
Tuesday, November 28, 2017

"Waktu itu saat paling sukar, emosi Eyana terjejas" - Luahan Hati Suami Elyana


Umum mengetahui penyanyi bersuara merdu, Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma, barah kelenjar limfatik.

Elyana mengumumkan hal ini kepada umum ketika tersingkir di rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke empat baru-baru ini.

Ternyata ramai yang terkejut dengan pengumuman dari Elyana itu apatah lagi apabila didedahkan bahawa penyakit kansernya itu sudah berada di peringkat tahap 4.

Ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Elyana terus kuat melawan penyakit itu dan ramai yang mendoakan agar penyanyi ini kembali sembuh.

Antara yang terkesan dengan penyakit Elyana ini sudah tentulah suaminya yang bernama Khairul Anuar.

Dalam satu tembual dengan portal Astro Gempak, suami Elyana ini telah tampil memberi komen tentang penyakit isterinya itu.

Kata Khairul sejak 7 tahun lalu, dia sering memberi kata-kata semangat kepada isterinya.

Ini antara kata semangat yang diberikan iaitu mahu isterinya meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,"  - Itulah kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana untuk memujuk hati isteri tercinta.

Kata Khairul Anuar, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma sekitar tahun 2012.

Ini dedahnya lagi:

"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,"

Emosi Elyana dikatakan tidak stabil dan lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi utnuk membunuh sel kanser.

Khairul menceritakan, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut.

Tetapi apabila menjalani rawatan kemoterapi, derita Elyana pula yang tidak tertanggung, dikatakan Elyana tertekan dan berasa amat sakit.

Ini cerita Khairul Anuar lagi:

"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,"

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

Dari pihak Berita Memey, kami berharap Elyana terus bersemangat juang yang tinggi untuk melawan penyakit kanser. Teruskan usaha, doa dan tawakkal wahai Elyana, semoga cepat sembuh!

Sumber: Astro Gempak

Ini Punca Nad Zainal Dan Sharifah Sakinah Dah Tak Bertegur

 
Siapa yang menonton drama Girlfriend Aku Dari Neraka sudah pasti mengetahui bahawa pelakon utamanya adalah Sharifah Sakinah dan juga Nad Zainal.

Ternyata kedua-dua pelakon ini amat hebat beraksi di dalamdrama tersebut yang mendapat pujian para penonton.

Baru-baru ini, secara tiba-tiba, pelakon Nad Zainal mengaku sudah tidak lagi mahu bercakap dengan pelakon Sharifah Sakinah.

Apa kes sebenarnya yang berlaku?

Nad zainal atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin  memberitahu dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di lokasi penggambaran.

Ini kerana perangai kedua dua mereka yang gila gila terutama Sharifah Sakinah membuatkannya tidak fokus ketika di set.

Tapi janganlah risau, mereka baik baik sahaja, sebenarnya Nad Zainal dah 'berpakat' dengan gandingannya, Sharifah Sakinah untuk tidak bertegur sapa sepanjang menjayakan penggambaran cerekarama Fatonah Azali

Drama ini berkisar kisah hidup penghidap autisme, oleh itu ianya merupaka drama yang agak serius bukannya komedi.

Ini komen dari Nad Zainal:

"Bukan mudah mengubah mood daripada drama genre santai kepada karya yang sarat dengan air mata. Kebetulan, sekali lagi saya digandingkan bersama Sakinah untuk cerekarama ini.

"Sejak awal lagi, saya beritahu Sakinah yang saya tidak mahu bercakap dengannya sepanjang penggambaran cerekarama Fatonah Azali.

"Kami memberi komitmen penuh dan menghormati karakter masing-masing. Kalau nak bergurau, kami beralih ke set Girlfriend Aku Dari Neraka,"

Cerekarama Fatonah Azali yang memaparkan kisah penghidap autisme lakonan Nad Zainal, bakal ditayangkan di TV3, Sabtu ini sempena Maulidur Rasul.

Selain Nad Zainal, cerekarama itu turut menampilkan Sharifah Sakinah, Redza Rosli dan Raja Azura.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Nelly dalam drama rantaian Girlfriend Aku Dari Neraka, Nad Zainal tidak menyangka sama sekali wataknya itu mengundang pujian ramai dari para penonton.

Ini komennya lagi:

"Tidak sangka dalam banyak karakter berat membabitkan emosi yang dilakonkan, watak bimbo dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang meninggalkan impak mendalam.

"Namun, kalau boleh saya tidak mahu membawakan watak begitu lagi kerana karakter Nelly ada keunikannya tersendiri.

"Jika ada tawaran begitu, biarlah berbeza di mana karakter itu saya olah secara spontan hasil perbincangan bersama hero, Aiman Hakim Ridza dan Sakinah,"

Sumber:  Berita Harian

"Doakan Isteri Saya" - Shuib Sepahtu Sahkan Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital


Pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu telahpun berkahwin dengan penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin.

Pasangan ini memang selalu kelihatan romantik bersama dan agak popular di laman media sosial.

Setiap hari ada sahaja yang dimuatnaik oleh pasangan ini untuk dikongsikan kepada para peminat mereka berdua.

Shuib kini sibuk dengan kejayanya sebagai deejay radio di konto Sinar Fm bersama kumpulan Sepahtu.

Selain itu, Shuib juga akan tampil secara live dalam rancangan Sepahtu Reunion setiap hari Jumaat.

Yang terbaru, Shuib sibuk berniaga madu asli yang baru sahaja diusahakannya.

Awal pagi tadi, Shuib telah berkongsi kisah terkini yang melanda Siti Sarah. Shuib memuatnaik gambar Siti Sarah dikejarkan di hospital menaiki ambulans.

Siti Sarah kelihatan amat penat sekali sambil dirawat oleh kakitangan perubatan ketika di dalam ambulans.

Kemudian Shuib memuatnaik gambar terkini Siti Sarah yang sedang mendapatkan rawatan di zon merah di bahagian resuscitation kecemasan hospital.

Ini tulis Shuib:

"Doakan isteri saay sihat... Ibu kena kuat....didi ade ni teman ibu walau apa pun jadi... Love u Sayang Siti Sarah Raissuddin"

Ini fotonya:


Dari gambar, Siti Sarah telah memakasi nasal mask untuk mendapatkan oksigen ketika berada di zon merah.

Sehingga kini belum diketahui apa punca sebenar Siti Sarah masuk ke hospital, Shuib hanya menyatakan dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya supaya kembali pulih.

Diruangan komen, ramai peminat yang mendoakan agar Siti Sarah kuatkan semangat, kembali pulih dan cepat sembuh seperti sedia kala. Sama-sama lah kita doakan.

Semoga Siti Sarah kembali pulih!

Sumber: IG Shuib

(VIDEO) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura

 
Sebentar tadi, video yang dinantikan oleh para peminat pasangan popular Fazura dan Fattah Amin akhirnya kini menjelma jua.

Pasangan pengantin baru yang menjadi bualan ramai iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya berkongsi detik indah video sekitar majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam.

Fazura dan Fattah Amin berjkongsi video itu di laman Ig miliknya mereka hasil produksi dari Mid Quest Production.

Ini video nya:



Dalam tiga buah video yang dimuatnaik di Instagram, Fattah Amin dan Fazura kelihatan cantik sepadan dalam baju pengantin berwarna putih dalam majlis pernikahan tersebut.

Mereka kemudian bergambar di pelamin nikah berlatar belakangkan tema warna ungu, memang terserlah warnanya.

Majlis pernikahan tertutup ini telah diadakan dan berlangsung di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, Fazura dan Fattah Amin akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada jam 9.50 malam.

Majlis ini tertutup kerana hanya dihadiri oleh mereka yang dekat dengan pasangan ini sahaja iaiatu ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bercinta di set lokasi penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang mana kedua-dua memegang watak utama.

Kemudian pasangan ini bertunang dalam satu majlis tertutup sebelum mengerjakan Umrah. Selepas ini, pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada tahun depan.

Sumber: IG Fazura

AKHIRNYA Kenyataan Dari Fattah Amin Tentang Pernikahannya Dengan Fazura Semalam

 
Pelakon popular Fattah Amin akhirnya telah mengesahkan pernikahannya dengan pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin semalam.

Dalam kenyataan Fattah Amin, pelakon ini mengatakan pernikahannya dengan Fazura adalah mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Ini kenyataan Fattah Amin:

"Majlis pernikahan kami mengikut prosedur yang betul. Malah, saya terkejut kerana ada juga teman media yang gigih cuba mendapatkan kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengenai status pernikahan kami.

"Alhamdulillah, pihak JAWI mengeluarkan kenyataan sama. Kami berkahwin seperti orang lain juga. Semua sudah selesai dan tak perlu dipertikaikan lagi.

"Majlis itu sah dengan sekali lafaz dan Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya dinikahkan oleh abang Fazura sendiri dan turut berada pada majlis itu ialah wakil JAWI selain keluarga rapat kami"

Sementara itu, Fattah Amin sekali lagi menegaskan, sejak awal dia dan Fazura sudah memaklumkan majlis pernikahan berkenaan akan diadakan secara tertutup, seperti diumumkan pada sidang media yang diadakan pada 23 November lalu.

Ini komen Fattah Amin:

"Ketika sidang media itu pun saya sudah jelaskan, majlis nikah dibuat secara tertutup. Malah, kami juga memaklumkan sedang merancang dua majlis membabitkan rakan media serta keluarga rapat, selain untuk peminat, pada awal tahun depan"

Fattah Amin berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan hadiah Bintang Paling Popular.

Fattah Amin menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP, iaitu ganjaran selepas merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, Mei lalu.

Umpama hadiah perkahwinannya Fattah Amin menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000.

Menurut Fattah Amin, kereta itu  akan dihadiahkan kepada ibu bapanya yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

Ini komen Fattah tentang kemenangan Bintang Popular:

"Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik"

Tahniah buat Fattah Amin! Selamat pengantin baru!

Sumber: Berita Harian

"Saya tenung muka awak sampai tertidur" - Fathia Latiff kepada Remy Ishak, Kemudian Tiz Zaqyah Pula..



Pelakon yang sering mencuri perhatian dan menimbulkan kontroversi iaitu Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian orang ramai di media sosial Twitter petang semalam.

Memang banyak isu yang ditimbulkan oleh Fathia Latiff pada tahun ini. Fathia Latiff juga terkenal sebagai salah seorang artis yang amat aktif dalam penggunaan laman media sosial Twitter.

Kali ini, Fathia Latiff telah membalas kenyataan rakan artis iaitu pelakon kacak Remy Ishak dalam satu situasi sangat janggal (awkward).

Pada mulanya, Remy Ishak menulis satu tweet di akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama, apa yang akan dilakukannya.

Ini tweet Remy Ishak itu:

"Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan."

Tweet dari Remy Ishak itu di tulis sekitar pukul 9 pagi semalam dan mendapat pelbagai respon balas daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon tersebut.

Kemudian, melihat tweet tersebut, Fathia Latiff turut memberi respon balas kepada Remy Ishak.

Fathia Latiff tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.


Ini respon balas Fathia Latiff: "Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur,"

Reaksi gurauan dari Fathia Latiff itu dengan pantas mendapat retweet dan likes daripada pengguna twitter yang lain.

Lebih menarik, tweet Fathia Latiff itu mendapat respon daripada bekas kekasih Remy Ishak iaitu Tiz Zaqyah yang hanya menulis "Uish".


Ini fotonya:



Kemudiannya, ada yang mula mengingatkan kepada Fathia Latiff bahawa Remy Ishak itu adalah tunangan orang dan tweet Fathia itu agak janggal.

Ada juga peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk 'move on'.

"Tunang orang tu," tulis seorang pengguna Twitter.

Ketika ini, Remy Ishak dikatakan sedang bercuti di New Zealand.

Sumber: Astro Gempak
Monday, November 27, 2017

(VIDEO) Fattah Amin Dan Fazura Sebaik Sahaja Selepas Bernikah.. Sweetnya



Akhirnya segala teka teki dan spekulasi yang melanda pasangan popular Fattah Amin dan juga Fazura, berakhir semalam.

Pasangan popular ini akhirnya sah bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan sekitar jam 9.50 malam tadi dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan berlangsung secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kualan Lumpur yang hanya dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja.

Berita ini disahkan melalui laporan  oleh wartawan Berita Harian malam tadi. Sememangnya berita ini amat ditunggu ramai terutaam peminat setia Fattah Amin dan Fazura.

Pengantin perempuan, Fazura kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya yang juga rakan baiknya iaitu Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Rizman Ruzaini turut memuatnaik foto Fattah Amin dan Fazura setelah bernikah di laman IG miliknya yang terus menajdi viral.

Kemudian melalui satu perkongsian di laman Instagram, sebaik sahaja selesai diijab kabulkan, Fattah Amin dan Fazura telah membuat kejutan khas.

Kejutan khas ini dibuat untuk abang Fazura iaitu Ahmad Faiz yang menyambut hari kelahirannya.

Satu sambutan hari jadi yang mengejutkan (suprise bithday) dibuat untuk abang kandung Fazura.

Ini videonya:



Melalui video itu, Fattah Amin dan Fazura dilihat hadir bersama pekerja hotel yang membawa kek hari jadi kepada abang Fazura.

Mereka menyanyikan lagu 'Happy birthday' kepada abang Fazura itu.

Yang menariknya ialah kemesraan suami isteri yang ditunjukkan oleh Fattah Amin dan Fazura.

Fattah Amin telah meletakkan tangannya di atas bahu Fazura ketika menyanyikan lagu selamat hari jadi itu. Amat romantik sekali!

Semoga pasangan ini bahagia selalu. Tak sabar nak lihat gambar sekitar majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura ini nanti.

Selamat berbahagia Fattah dan Fazura!!

Sumber: Instagram Wan Zaz Rena


Pesanan Rozita Che Wan Kepada Fazura Setelah Berkahwin Lelaki Muda


Semalam pelakon filem popular Fazura telah bernikah dengan bintang popular, Fattah Amin.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Untuk pengetahuan, Fazura berumur 34 tahun manakala suaminya berumur 27 tahun.

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta telah memberi nasihat kepada  Fazura setelah pelakon tersebut berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Rozita Che Wan memberi pesan kepada Fazura supaya perlu redha dengan banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.

Antaranya adalah seperti pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal, dan itu merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami, Zain Saidin.

Ini komen Rozita Che Wan:

"Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.

"Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak redha dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,"

Rozita Che Wan telah berkahwin dengan Zain Saidin, yang mana jarak umur Zain jauh lebih muda daripadanya dengan perbezaan 11 tahun.

Kata Che Ta lagi,  melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain Saidin.


Ini komen Che Ta:

"Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.

"Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,"

Pasangan popular, Rozita Che Wan yang kini berumur 44 tahun suaminya, Zain Saidin yang berumur 33 tahun, telah berkahwin pada 11 Disember 2013.

Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.


Semalam, Fattah Amin dan Fazura sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar

Laporan Khas, Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah Sebentar Tadi.. TAHNIAH!



TAHNIAH kepada Fattah Amin dan Fazura, akhirnya sah bergelar suami isteri malam ini.

Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah Amin yang berumur 27 tahun dan Nur Fazura Shariffuddin yang berumur 34 tahun, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi.

Berita Harian Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu.

Fazura dikatakan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini, disolek oleh Sheila Mohamed dan Fattah Amin telah mengenakan baju Melayu ketika diijabkabulkan.

Kita tunggu sahaja pengesahan dari Fattah Amin dan Fazura nanti.

Pasti ramai tidak sabar untuk melihat video dan gambar dari majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang mula bercinta di lokasi penggambaran drama Hero Seorang Cinderella.

Tahniah diucapkan!

Secara tiba-tiba, hari ini dikatakan merupakan hari yang amat bersejarah buat pasangan popular Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah.

Pasangan yang amat popular dan saam cantik serta sama padan ini dikatakan berkahwin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ketika kecoh isu pertunangan antara Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lalu, timbul pula kontroversi baharu apabila pasangan berkenaan dipercayai melangsungkan akad nikah pada malam ini.

Berita ini dibawakan khas oleh portal mStar yang berada di loksi hotel berkenaan.

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara.

Wartawan dari portal hiburan mStar Online yang berada di hotel tersebut sejak 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.

Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di kawasan lobi hotel terkemuka berkenaan.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Tingkat 29 hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah Amin dan Fazura.

Hasil pemerhatian wartawan mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat 29 itu.

Namun, sehingga kini, tiada pihak yang dapat mengesahkan perkara ini.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah mengumukan telah bertunang dalam satu majlis yang disembunyikan dari pihak media.

Majlis pertunangan berlangsung di rumah nenek Fazura yang dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja.

Khamis lalu pasangan ini membuat sidang media untuk merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Namun merek juga menegaskan belum lagi bernikah dan hanya bertunang.

Mereka akui akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup atas perminataan ahli keluarga.

Sementara majlis resepsi pasanagn ini pula akan diadakan pada tahun hadapan dan semua pihak dijemput hadir ketika majlis resepsi nanti

Sumber: mStar / Bharian

Kisah Yang Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu - Pendedahan Syatilla Melvin



Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon yang amat hebat. Sesuai dengan popularitinya, Shaheizy Sam seringkali dapat memberikan penjiwaan watak yang amat berkesan kepada para penonton.

Setiap lakonannya, tak kira sebagai hero atau watak antagonis, selalunya dapat memberi kesan yang mendalam kepada para penonton.

Disebabkan kehebatan lakonannya dan juga bakatnya amat luar baisa, Shaheizy Sam amat popular sehingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popualr sebanyak 3 kali.

Yang terbaru, Shaheizy Sam telah membuat transformasi ke atas dirinya untuk filem terbaru.

Shaheizy Sam sanggup membuat perubahan bentuk badannya semata-mata untuk menjayakan watak dengan berkesan.

Baru-baru ini, pelakon Shaheizy Sam sanggup menurunkan berat badan sehingga menampakkan perubahan yang sungguh ketara di dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Bagi pelakon ini, apa yang dilakukannya itu adalah untuk menghayati watak Naufal yang dibawakannya di dalam filem tersebut.

Filem ini telah menerima reaksi positif dari para pengkritik filem Malaysia apatah lagi dengan lakonan mantap Shaheizy Sam.

Selain itu, tindakan Sam menurunkan berat badan secara drastik itu juga mengundang rasa bimbang terhadap peminat. Apa tidaknya, Shaheizy Sam telah kehilangan 10 kilogram hannya dalam masa sebulan.

Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, kadar penurunan 10 kilogram yang dilakukan Shaheizy Sam itu sebenarnya adalah dengan tunjuk ajar jurulatih profesional dan bukannya dilakukan tanpa sebarang rujukan.

Memang bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan sekiranya membuat diet ekstrim tanpa rujukan pakar.

Filem Pinjamkan Hatiku lakonan Shaheizy Sam, Ayda Jebat dan Farid Kamil yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.

Kemudiannya, Shaheizy Sam telah menaikkan semula berat badannya untuk filem Polis Evo 2. Shaheizy Sam telah tampil dengan bentuk badan yang sasa dan sado, memang habis berketul-ketul otot Shaheizy Sam.

Ini perbezaan gambar badannya:



Memang salute kepada Shaheiz Sam dengan pengorbanannya dan juga dengan commitment yang tinggi untuk menjayakan sesuatu watak.

Namun sebenarnya ramai tidak tahu tentang kesukaran dan kesusahan yang Shaheizy Sam lalui untuk membuat sebegitu.

Syatilla Melvin mengakui emosi suaminya Shaheizy Sam agak terganggu sepanjang mendapatkan bentuk badan yang diinginkan bagi menjayakan sesebuah filem.

Isteri Shaheizy Sam ini telah menceritakan bahawa Shaheizy Sam berusaha dengan amat keras untuk mendapatkan bentuk seperti yang dituntut dalam wataknya.

Syatilla ditemui pada majlis pratonton filem Pinjamkan Hatiku yang diadakan baru-baru ini, telah tampil mendedahkan usaha keras Shaheizy Sam.

Ini pendedahan Syatilla Melvin:

"Bukan mudah untuk dia dapatkan bentuk badan seperti itu. Emosi dia terganggu setiap kali dia diet untuk mendapatkan bentuk badan berotot seperti sekarang.

"Biasalah kalau perut kosong, dia hanya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengisi perut,"

Kata Syatilla Melvin lagi, sebagai seorang isteri, dia sudah memahami rutin diet yang dilakukan aktor berkenaan.

"Saya kenal dia sudah tujuh tahun dan faham dia marah macam mana. Dia tengok sahaja saya tahu dia marah atau tidak,"

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Syatilla berkata, dia kini memberi perhatian terhadap anak lelakinya Syeriv yang kini berusia 6 bulan.

Ini komen Syatilla Melvin:

"Buat masa ini saya menumpukan perhatian terhadap Syeriv yang sedang membesar. Kami juga tiada pembantu rumah jadi tidak boleh untuk keluar bekerja lagi.

"Namun, saya ada juga berlakon watak kecil dalam drama Kerana Syurga Bukan Percuma bagi melepaskan rindu,"

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari lalu di Pulau Pinang. Anak sulung mereka di beri nama Syeriv lahir pada 9 Mei 2017.

Sumber: mStar
Sunday, November 26, 2017

"Saya Marahkan Syura!" - Syura Kena Marah Dengan Hazami, Baca Pendedahan Hazami



Musim ke empat rancangan Gegar Vaganza memang banyak kejutan dan kisah hangat.

Semalam, pada minggu ke lima, Elyana telah tersingkir dan membuat pengumuman bahawa dia merupakan pesakit kanser lymphoma tahap empat.

Tahap empat merupakan tahap di mana, sel kansernya telah merebak ke semua bahagia aggota badan.

Hazami, salah seorang peserta Gegar Vaganza meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka sama sekali Elyana kini sedang berjuang dengan kanser kelenjar (lymphoma).

Apatah lagi, kesemua mereka sedang rancak bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza yang penuh stress dan tekanan.

Kata Hazami, dia terkilan apabila Elyana yang dianggap seperti adik kandungnya menyembunyikan penyakit yang dialaminya daripada pengetahuan semua termasuk dirinya.

Hazami juga akui marah dengan rakan artis, Syura yang telah mengetahui perkara berkenaan tetapi turut telah merahsiakannya dari pengetahui orang ramai.

Ini komen Hazami:

"Memang saya marah. Saya marahkan Syura dan tanya dia kenapa sorok kisah Elyana daripada saya dan semua peserta lain?

"Saya juga sedih sebab dia individu yang rapat dengan saya dan sembunyikan perkara penting sebegini daripada pengetahuan saya.

"Tetapi, saya percaya Elyana ada sebab sendiri untuk berbuat sedemikian. Saya kagum dengan semangat dia dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia,"

Bagaimanapun tambah penyanyi Sonata Musim Salju ini, dia ada perasan tentang perubahan Elyana sejak mula sertai Gegar Vaganza apabila sering kelihatan keletihan dan juga jarang makan.

Ini penjelasan Hazami:

"Saya selalu bertanya pada dia, kenapa nampak letih dan kenapa jarang makan?

"Tetapi, tahu-tahulah Elyana itu macam mana. Ada saja alasan dia dan banyak berdalih.

"Sampailah malam ini, dia mengejutkan semua orang dan saya sendiri,"

Pada konsert kelima GV4 malam tadi, Elyana telah tersingkir dan akhirnya menyentuh emosi orang ramai apabila mengumumkan dia merupakan salah seorang penghidap barah tahap empat dan menyeru pesakit barah agar terus berjuang sebagaimana dia lakukan kini.

Elyana telah didiagnos menghidap barah darah dan kelenjar itu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.

Sumber: Astro Gempak

(VIDEO) Tembual Penuh DS Vida Bersama Elyana, Buat Pendedahan Terperinci Penyakit Barah Yang Dihidapinya


Memang satu kejutan yang amat besar berlaku di konsert Gegar Vaganza musim ke empat pada minggu kelima ini.

Setelah para peserta berhempas pulas membuat persembahan dan memberi aksi yang terbaik, akhirnya penyanyi Elyana telah disingkirkan.

Kata ibu Hetty Koes Endang, ada nyanyian Elyana yang agak flat dan penghayatan penyanyi ini agak kurang ketika membuat persembahan.

Setelah diumumkan tersingkir, Elyana diberi peluang memberi sepatah dua kata dan penyanyi ini membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan.

Elyana membuat pengumuman iaitu beliau kini sebenarnya sedang bergelut melawan barah tahap 4 yang sedang di alaminya.

Ramai yang tak sangka dengan kata-kata Elyana itu dan dapat dilihat riak wajah para penonton di dewan dan juga para peserta lain yang tergamam kerana kerkejut.

Elyana kemudian mencuri tumpuan para wartawan untuk bertanya kisah kanser yang dialaminya apatah lagi dia sudah berada di tahap empat.

Penyanyi ini sudah tujuh tahun menghidap penyakit barah yang diberi nama barah lymphoma.

Lymphoma adalah merupakan kanser darah dari jenis lymphocyte yang tugasnya adalah untuk melawan penyakit.

Selalunya ia berada di kawasan lymph node atau nodus limpa yang terletak di leher, di kawasan ketiak di bahagian hati, bahagian groin dan kesemua saliran limfatik.

Ini pengumuman Elyana:

"Sudah tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Saya berasakan cukuplah selama ini saya mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan mereka.

"Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang,"

Elyana atau naam penuhnya Emeelya Elyana Emrizal berumur 30 tahun dan cukup popular dengan lagu Kalis Rindu, Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman dan banyak lagi.

Dia juga meruapkan pelakon dan pernah berlakon dalam drama yang agak popular iaitu Dunia Baru.

Tujuh tahun menyembunyikan hal ini, Elyana rasa dia perlu memberitahu umum memandangkan ramai yang membuat dakwaan dan menuduh dia sombong dan tidak lagi mahu menyanyi.

Ini komen Elyana: 

"Sebaik disahkan doktor saya menghidap kanser selepas melahirkan Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu saya menghilangkan diri bagi membolehkan menjalani rawatan.

"Waktu itu memang saya tidak melayani sebarang permintaan peminat dan menolak tawaran yang datang. Disebabkan itu ada pihak sudah beranggapan saya sombong dan sudah berhenti menyanyi. Sedangkan perkara itu tidak berlaku,"

"Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang di luar sana. Saya tidak mahu menipu lagi, terutama kepada peminat dan cukuplah selama ini saya diamkan sahaja.

"Sepanjang tempoh itu juga, saya cuba mencari jalan dan waktu terbaik bagaimana caranya untuk saya memberitahu peminat. Hari ini saya rasa seperti dah hampakan peminat sebab saya masuk GV 4 ini untuk mereka"

Jelas Elyana sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha untuk menjalani rawatan di dalam dan luar negara.

Ini jelas Elyana lagi:

"Bagaimanapun buat masa ini saya menghentikan rawatan di hospital buat sementara waktu dan mencuba rawatan alternatif,"

Kata Elyana apabila ditanya dari mana dia memperoleh kekuatan sepanjang tujuh tahun berhadapan dengan penyakit kanser, jelasnya ia datang daripada Allah SWT.

Akhirnya penyanyi ini meluahkan rasa lega apabila dapat berkongsi mengenai penyakit yang dideritai bersama keluarga, teman rapat dan para peminat.
Sementara itu, selepas tamat Gegar Vaganza dan telah tersingkir, Elyana telah ditemubual oleh penaja utama Gegar Vaganza iaitu DS Vida.

DS Vida telah bertanya Elyana tentang penyakit barah yang sedang dialaminya.

Melalui video itu, Elyana telah berkongsi beberapa perkara tentang penyakit kanser lymphoma yang dialaminya itu

Ini videonya:


Sementara itu, Elyana menjelaskan memang ada satu ketika dia sukar hendak tidur kerana bimbang sesuatu akan terjadi.

Malah ada satu ketyika, doktor mengatakan dia hanya ada masa setahun untuk terus hidup.

Ini komen Elyana:

"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,"

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,"

Semoga Elyana sentiasa kuat hadapi dugaan ini. Semoga cepat sembuh Elyana!

Sumber: Harian Metro/ Berita Harian

Pendedahan Mengejutkan Lan Kristal Tentang Kumpulan Kristal


18 Tahun kumpulan Kristal lalui susah dan senang bersama vokalis utama iaitu Lan.

Akhirnya secara rasminya, Lan membuat keputusan dan mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak berumur 14 tahun itu.

Pengumuman dibuat oleh Lan ketika ditemui selepas konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 minggu kelima semalam.

Lan membuat keputusan itu kerana terasa hati dengan tindakan anggota kumpulan itu yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.

Beberaap hari yang lalu, menerusi laman sosial Instagram kumpulan itu, Kristal telah mengeluarkan kenyataan untuk merehatkan Lan sebagai vokalis dan  turut mengumumkan bakal mencari vokalis baru Kristal.

Malah Rody Kristal mengeluarkan kenyataan bahawa Lan tidak berbincangn dengan Kristal untuk menyertai Gegar Vaganza dan menjadikan mereka sebagai tunggul.

Oleh itu, kini secara rasminya Lan telah keluar dari kumpulan Kristal dan menjadi penyanyi solo.

Ini pengumuman dari Lan:

"Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.

 "Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.

 "Dengan rasminya, depan semua orang...Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik

Ini pula pendedahan mengejutkan dari Lan tentang perkara sebenar yang mana sememangnya ada aggota lain yang membuat porjek solo tanpa berbincang dengan ali kumpulan lain.

"Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.

"Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.

"Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.

"Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya, tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang terakhir yang tahu.

"Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.

"Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya dipersalahkan dan dituduh 'tunggul'.

"Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek solo. Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi masih bersama Kristal.

"Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini,"

Walaupun dilanda kontroversi dan mempunyai isu, Kata Lan, dia langsung tidak berdendam dengan kumpulan yang menaikkan namanya itu.

"Buat peminat kami, teruskan menyokong mereka dan saya tidak pernah berdendam dengan mereka kerana saya sudah anggap mereka sebagai keluarga.

"Apabila perkara ini timbul, saya sangat terkilan dengan apa yang diperkatakan,"

Enggan memanjangkan lagi isu terbabit selepas ini, Lan berkata, apa yang disuarakannya adalah muktamad.

Mengakui akan meneruskan projek solonya selepas ini, Lan memutuskan untuk membawa jenamanya sendiri.

"Sebenarnya saya ada perancangan sempena 20 tahun Kristal, tetapi apabila kemelut ini terjadi, semua apa yang saya rancangkan sudah berakhir.

"Selepas ini saya akan memfokuskan kepada kerjaya seni saya secara solo," 

Lan juga berharap para peminat terus memberi sokongan yang padu terhadap kumpulan Kristal walaupun beliau kini tidak lagi bersama mereka.

Ini saranan dari Lan kepada peminat Kristal:

"Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal"

Semoga Lan dan juga kumpulan Kristal terus sukses dengan haluan masing-masing.

Sumber: Astro Gempak / BHarian

Fathia Latiff Kena Profesional, Hormati Orang Lain - Ashraf Khalid, Anak Tiri Siti Nurhaliza



Sejak kebelakangan ini, nama pelakon cantik Fathia Latiff sering terpalit dengan beberapa kisah yang agak sensasi.

Antara isu panas melibatkan Fathia sejak dua tiga bulan ini ialah isu datang lewat ke set penggambaran Sepahtu Reunion, masalah isu disiplin sehingga disingkirkan oleh piohak produksi, kontroversi video Bigo dan juga beberapa tweet yang ditulis olhe Fathia Latiff. 

Ternyata kontroversi telah menyelubungi bakatnya, apabila ramai mengenali Fathia kerana kisah panasnya, bukannya dari karyanya.

Namun, Fathia Latiff sememangnya seorang yang berbakat besar, malah dia bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan tetapi juga dalam bidang nyanyian.

Menerusi satu video yang dikongsi, Fathia Latif telah menyanyi dengan amat baik seperti seorang penyanyi profesional.

Fathia Latiff telah membawakan lagu cover nyanyian Dupa Lipa berjudul New Rules.

Memang ramai yang memuji nyanyiannya itu, sedap suaranya.

Namun ada satu komen yang paling mendapat perhatian. Ianya ditulis oleh anak tiri Siti Nurhaliza iaitu Ashraf Datuk Khalid.

Ashraf Khalid mengakui bakat dan kualiti nyanyian Fathia Latiff namun dia menasihati Fathia Latiff supaya lebih profesional dan menghormati orang lain jika ingin bakatnya dihargai orang ramai.

Ini tulisnya:

Wow. Didn't expect her voice to be so good. However, she has to start to take care of herself properly, behave & start respecting other people, & their job. In other word, she has to behave professionally, then only her talent will be valuable. She definitely has good talent in both acting, & i recently discover, singing!

Komen Ahsraf Khalid ini dipersetujui oleh orang ramai. Memang ramai yang menyukai suara merdu Fathia ini. Sekiranya Fathia Latiff lebih profesional dan mempunyai disiplin yang tinggi tanpa sebarang kontroversi, sudah tentu bakatnya akan dipandang tinggi oleh orang ramai.

Sumber: YouTube Patrick Anahoda
Saturday, November 25, 2017

Zul Ariffin Marah, Halau Anaknya, Ini Respon Zarina Zainuddin Yang Meluahkan Perasaan

 
Baru-baru ini agak kecoh apabila anak kepada Zarina Zainuddin dikatakan telah dihalau oleh pelakon yang sedang mengecap populariti iaitu Zul Ariffin.

Melalui laporan Oh Bulan, satu video telah tersebar menunjukkan anak Zarina yang menghidap autisme menyatakan dihalau Zul Ariffin dan tidak mahu melihat mukanya lagi.

Apabila isu ini menajdi viral, pelakon Zarina Zainuddin memberi respon dengan meluahkan perasaannya melalui laman Instagram.

Kata Zarina Zainuddin, sebenarnya kes ini merupakan kes lama dan telah menjadi viral semula secara tiba-tiba.

Pelakon ini juga menambah, dia sudah meminta maaf kepada Zul Ariffin dengan apa yang anaknya lakukan sehingga membuat Zul marah dan menghalaunya.

Malah Zarina Zainuddin menyatakan anaknya itu adalah lurus bendul.

Jom baca luahan Zarina:

Tadi saya post pasal kes lama kes dah bertahun berlalu saya pun dah minta maaf pada pihak sana..jangan keruh kan keadaan

Kita perlu ada rasa tanggungjawab atas apa yang kita post betulkan niat kita tujuan untuk meredakan suasana atau untuk melaga lagakan sesama sendiri ..kalau niat saya nak melaga lagakan dah lama saya post cerita tapi itu aib orang ..kalau kita buka aib orang disana nanti Allah buka aib kita..

Anak saya lurus bendul tak tahu apa apa hanyalah seorang peminat yang tetap meminati seseorang walau orang cakap apa sekalipun dia tetap minat.. Untuk diluar sana bawa bertenang ..benda kecik benda dah lama saya pun dah taknak ingat dah … Harap maaf jika terkasar bahasa

Saya pun bukan artis popular hanya pelakun suam suam kuku yang melakunkan watak mak mak ni jer dan selalu nama kena reject dengan stesyen tv .. Kenyataannya zaman saya dah berlalu bagi peluang pada mereka yang popular dan berbakat besar dalam industri..

Harap maaf terlanjur bicara hidup kita ada pasang surutnya .. Jangan mudah stress dengan benda kecik ni buat serabut otak jer fikir masalah orang..masalah saya pun banyak … Saya tetap tenang hadapi

InsyaAllah semuga dipermudahkan dan Allah panjangkan rezeki saya dalam industri.. Saya masih minat berlakun cuma kena pilih pilih watak yang lain dari yang lain… Terima kasih sudi melayan kerenah anak2 saya terima dia seadanya.. Maafkan saya.dan keluarga saya

Mereka cuma nak membela nasib anak saya.. Tapi saya rasa tak perlu panjang panjangkan cerita pun dah basi tutup buku.. Kita buka hari baru untuk lembaran yang baru

Life must go on..Come on ..move it.. Takdir Allah itu indah Dah jom tido ..lama saya baca komen komen tadi takut hati jadi hitam..

Buat Zul Arifin maafkan anak akak yang tak tahu apa apa ..siapa bersalah akak tetap minta maaf.

Itulah penjelasan dari Zarina Zainuddin tentang isu anaknya dihalau oleh Zul Ariffin.

Kejadian ini dah lama dan diharap tiada lagi pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: IG Zarina Zainuddin
Friday, November 24, 2017

(VIDEO) Sekitar Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura


Akhirnya, video pertunangan Fattah Amin dan Fazura telah dikongsi! Ini sememangnya satu momen yang dinanti ramai terutama peminat Fattah Amin dan juga Fazura.

Umum mengetahui, pasangan ini telahpun akui bertunang pada 13 November yang lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan ini sahaja.

Tempat pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Fazura iaitu rumah neneknya di Petaling Jaya, Selangor.

Semalam, pasangan popular ini telah membuat satu tindakan yang cukup berani dengan berkongsi video detik paling bersejarah dalam hidupnya.

Bintang Popular Tahun 2016, Fattah Amin dan juga pelakon filem popular Fazura telah berkongsi video majlis pertunangan mereka berdua.

Jom tonton videonya:


Baru sahaja dimuat naik, video yang berdurasi selama 3 minit  ini lantas menjadi viral sekelip mata dan mendapat tontonan yang banyak sekali.

Ramai orang ramai dan follower mereka memberi respon positif terhadap majlis pertunangan ini.

Fazura yang kelihatan cukup anggun dengan persalinan rona merah jambu. Fazura nampak berseri-seri sangat! Fattah Amin juga kelihatan kacak dan ceria sekali.

Video ini  dihasilkan oleh Black Pepper Production dan telah mendapat lebih kurang 160ribu jumlah tontonan dalam masa beberapa jam, dan hampir 500 ribu tontonan dalam masa 6 jam. Memang hebat penangan pasangan sweet ini.

Tahniah buat pasangan ini, semoga segala perancangan pernikahan berjalan lancar dan sempurna.

Mereka dijangka bernikah tidak lama lagi, dan majlis resepsi akan berlangusng pada tahun hadapan.

Sumber: IG Fattah AMin / IG Fazura

"Mulanya mereka ego! Saya berjaya rapatkan hubungan Fattah dan Fazura," - Pendedahan Uqasha Senrose



Pelakon cantik Uqasha Senrose rupanya merupakan individu yang telah bertanggungjawab merapatkan hubungan antara Fazura dan juga Fattah Amin sehinggalah mereka mula bercinta dan kini telahpun bertunang.

Perkara ni didedahkan sendiri oleh Uqasha Senrose yang menceritakan kisah ketika penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu.

Ternyata Uqasha Senrose gembira usahanya merapatkan Fattah Amin dan Nur Fazura berhasil sehingga  berjaya memutikkan bibit cinta antara pelakon popular itu.

Kata Uqasha Senrose atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Senrose, pada awal penggambaran drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Fattah Amin dan Nur Fazura agak ego dan banyak membuat hal sendiri.



Melihat akan hal itu, Uqasha Senrose berusaha mendekatkan mereka berdua dengan usik usik dan mereka berdua mula rapat.

Namun, Uqasha tidak menyangka Fattah Amin dan Fazura akhirnya saling jatuh cinta dan menjadlin hubungan yang serius.

Jom baca pendedahan dari Uqasha Senrose tentang hal ini:

"Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

"Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,"

Semalam, Fazura dan Fattah Amin yang baru sahaj tiba dari Mekah telah membuat sidang mendia tergempar dan mengesahkan mereka mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

Walaubagaimanapun, mereka berdua menegaskan bahawa mereka berdua belum lagi bernikah.

Apabila mendengar berita tersebut, Uqasha Senrose amat gembira kerana mereka berdua mengambil kata sepakat untuk hidup bersama.

Bagi Uqasha Senrose, dari pandangan matanya, Fattah Amin dan Fazura merupakan satu pasangan yang amat secocok serta sangat romantik.


Malah kata Uqasha Senrose, dia menganggap Fazura seperti kakaknya sendiri.

Ini komen Uqasha:

"Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama.

"Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat,"

Itulah kata-kata dan pendedahan dari Uqasha Senrose tentang berita pertunangan antara pelakon utama drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan juga Fazura.

Sumber: Berita Harian

Akhirnya.. Uqasha Senrose Bersuara Tentang Gambar Edit Nak Nampak Kurus


Pelakon Uqasha Senrose memang sering terlibat dengan isu isu hangat. Ada sahaja kisah panas tentang dirinya.

Sejak akhir-akhir ini, Uqasha Senrose menjadi sebutan ekoran percintaan dengan pengacara Muzik-Muzik iaitu Hefny Sahad.

Pasangan ini akhirnya akui sedang bercinta setelah mengenal hati budi selama setahun dan kini sedang serius bersama.

Kemudiannya, Uqasha Senrose menjadi sebutan kerana bentuk badannya yang dikatakan sudah 'berisi' dan sehingga ada menggelarnya dengan panggilan yang tidak elok di laman media sosial.

Yang terbaru, ekoran teruk dikritik kerana sudah berisi, beberapa hari lepas, ada kisah yang tersebar dan menajdi viral apabila Uqasha dikatakan telah menyunting atau mengedit salah satu gambar di laman Instagram miliknya hanya untuk kelihatan lebih ramping.

Yang menjadi bahan bualan ialah cara Uqasha Senrose edit gambar itu amat jelas kerana pintu dilatar belakangnya kelihatan bengkok.

Memang teruk Uqasha Senrose kecam lagi. Namun ada juga yang mula menyalahkan orang ramai kerana mengecam bentuk bdannya sehingga Uqasha terpaksa mengambil keputusan untuk edit gambar supaya tidak kelihatan berisi.

Akhirnya pelakon jelita ini telah tampil bagi memberi jawapan terhadap segala cemuhan yang diterima.

Akhirnya Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, mengakui bahawa dia memang ada mengedit gambar berkenaan untuk kelihatan ramping.

Uqasha Senrose berbuat sedemikian kerana dirinya sering dilabel 'gemuk' dan 'berisi' oleh segelintir netizen.

Ini komen Uqasha Senrose tentang hal ini:

"Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping.

"Kalau nak diikutkan, gambar sebelum dengan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan nak kurus macam tiang dinding pun

Kemudian ada individu yang menyunting semula gambar berkenaan dengan menunjukkan gambar sebenar Uqasha Senrose.

Ini foto sebelum dan selepas yang menjadi viral:



Ujarnya, dia tidak ambil pusing dan sudah masak dengan perangai netizen terutama haters yang suka sangat mencari kesalahan selebriti dan tidak ambil kisah berhubung perkara berkenaan.

Ini jelas Uqasha lagi:

"Yang buat before dan after tu pun gigih. Macam tiada kerja lain. Apa pun, saya okay sahaja sebab haters gonna hate always. Ada sahaja kesalahan yang akan dicari

Walaupun sering dilanda kontroversi, sebenarnya rezeki Uqasha Senrose kini mencurah-curah.

Uqasha dikatakan sedang sibuk dengan penggambaran telefilem bertajuk Pulangkan Kasihnya selepas tamat penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Ini komennya:

"Selepas selesai jalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 bersama Dato’ Awie, kini saya sedang sibuk di set drama Pulangkan Kasihnya. Akan datang, Insya-Allah selepas ini saya akan terlibat dalam sebuah filem seram pula,"

Sumber: Media Hiburan / MynewsHub

"Lebih menyedihkan, kami pula bergaduh suami-isteri," - Luahan Jue Aziz

 
Pelakon Jue Aziz telah tampil membuat pendedahan terkini tentang dirinya.

Yang seingat BeritaMemey, kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV adalah menerusi drama cerekarama di TV3 berjudul  Dosa Terlindung pada awal November lalu bergandingan bersama Zamarul Hisham, best cerita tu.

Selain itu, Jue Aziz pernah muncul dalam drama sedih ketika hari raya yang lalu, lakonan bersama Wan Maimunah dalam drama Air Zam Zam Untuk Emak.

Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan dan wajahnya memang sudah jarang kelihatan di kaca televisyen, Jue Aziz masih lagi aktif sebagai duta produk.

Antaranya Jue Aziz telah dilantik menjadi duta kepada satu produk kecantikkan pada hujung tahun lalu.

Namun baru-baru ini Jue Aziz telah meluahkan rasa terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan itu telah ditamatkan secara serta merta tanpa sebab munasabah.

Jue Aziz yang kini berumur 34 tahun, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan dia dan suami pernah bergaduh.

Baca pendedahan dari Jue Aziz tentang hal ini:

"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,"

Menurut Jue, yang membuatkannya lebih rasa tidak berpuas hati adalah apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.

Ditanya adakah Jue sudah serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu akui ada berasa sedikit terganggu dengan kejadian itu.

Ini komennya:

"Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,"

Semoga Jue Aziz tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga kerjaya Jue Aziz sebagai pelakon kembali bersinar seperti dulu kala. Bakat Jue Aziz memang hebat dan mempunyai ramai peminat tersendiri.

Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari negara seberang Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.

Sumber: BeritaHarian
Thursday, November 23, 2017

"Dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami..." Syatilla Melvin



Pelakon popular Syatilla Melvin kini sedang sibuk menjaga anaknya bernama Syeriv.

Sedang sibuk menjaga anak pertama, Syatilla memberikan sepenuh kebebasan untuk suaminya, Shaheizy Sam berkarya.

Ketika ini memang banyak isu cinta lokasi, dan Sytailla Melvin tampil mengulas isu pelakon yang terjebak dengan cinta lokasi bersama rakan gandingan, sehingga ada kala timbulnya kontroversi apabila ia turut membabitkan mereka yang sudah berkeluarga.

Syatilla mengingatkan suaminya, Shaheizy Sam perlu mengingati status diri sebagai suami dan bapa ketika berlakon dalam sesuatu drama atau filem.

Namun, Syatilla akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi kepada suami dan dan kalau boleh tidak mahu mengganggu dan mencampuri kerjaya suaminya itu.

Ini komen Syatilla Melvin:

"Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam.

"Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati. Begitupun, ia bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu daripada saya.

"Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga peristiwa yang berlaku di lokasi penggambaran dan sebagainya, namun lebih berkisar mengenai dirinya saja.

"Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting,"

Syatilla Melvin berkata demikina ketika turun dan hadir di  majlis tayangan filem terbaru lakonan Shaheizy Sam dan Ayda Jebat, Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku akan mula menemui penonton mulai 30 November ini dan akan menampilkan bintang hebat seperti Shaheiz Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda.

Filem Pinjamkan Hatiku ini diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya pula, Syatilla Melvin akui mula rindu untuk kembali aktif berlakon.

Namun ketika ini, Syatilla akui mengorbankan seketika minatnya demi anak mereka, Syeriv Samheizy, yang kini berusia enam bulan.

Ini jelasnya:

"Anak masih kecil lagi, malah saya juga tidak percaya orang luar untuk menjaganya. Tunggulah sehingga dia besar sedikit, barulah saya akan menerima tawaran bersesuaian,"

Beliau dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

"Suami Saya Yang Tak Bagi" - Pendedahan Anzalna


Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan suaminya tidak pernah campur tangan dalam urusan penampilan dan penjagaan kecantikannya.

Namun begitu ada satu perkara yang suaminya, Hanif Zaki telah larang Anzalna daripada buat.

Kata Anzalna, dia mendedahkan bahawa suaminya itu tidak membenarkannya untuk memotong rambut pendek.

Kali terakhir Anzalna berambut pendek adalah semasa zaman Anzalna masih belajar dan menuntut di kolej.



Ini pendedahan Anzalna:

"Suami saya tak bagi potong rambut. Saya pernah potong juga tapi sekadar buang hujung rambut yang rosak.

"Kali terakhir saya berambut pendek ketika belajar di kolej dan itu kali terakhir. Tapi tidaklah terlalu pendek"

Menyentuh tentang anak, Anzalna berkata dia dan suami langsung tidak berasa tertekan walaupun emmang amat ramai yang sering bertanyakan perkara tersebut.

Kedua-dua belah keluarga mereka juga menggalakkan untuk menghabiskan masa berdua terlebih dahulu.


Ini komen Anzalna:

"Saya baru sahaja kahwin dan kedua-dua belah keluarga ada cakap ini adalah waktu untuk berseronok dulu.

"Nak melancong, pergilah. Sebenarnya keluarga yang banyak mendorong pergi bercuti selagi belum ada anak.

"Tapi bila ada anak nanti pun boleh pergi lagi cuma waktu ini untuk kami berdua bersama"

Untuk pengetahuan ramai, pasangan Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific selepas berkenalan lebih 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Anzalna baru melancarkan produk penjagaan wajah Bye Bye Zits berkolaborasi dengan produser Global Station Sdn Bhd, Adila dan Alia Ramly.


Sebelum ini, Anzalna juga ada mengeluarkan produk penjagaan rambutnya sendiri.

Semoga Anzalna terus sukses dalam bidang lakonan dan juga prniagaan.

"Tak Beretika, Tak Hormat Keluarga Kami!" Fazura Berang Dengan Wartawan Dedah Foto Rumah Neneknya



Petang tadi telah berlangsung press conference Fazura dan juga Fattah Amin yang menerangkan perkara sebenar yang berlaku.

Sidang media ini sememangnya dinantikan oleh orang ramai terutama para peminat setia Fazura dan juga Fattah Amin.

Akhirnya spekulasi terjawab dan sahlah bahawa Fattah Amin dan juga Fazura kini telahpun bertunang pada 13 November yang lalu di rumah nenek Fazura.

Namun ketika membuat sidang media itu, Fazura dilihat berang dan tidak suka dengan sikap sesetengah wartawan yang tiada etika ketika membuat liputan.

Fazura menyelar tindakan akhbar yang memuatnaik gambar foto rumah keluarganya untuk tatapan orang ramai sekaligus memulakan spekulasi hubungannya dengan Fattah Amin.

Bagi Fazura ini satu tindakan tidak bagus, tidak beretika dan tidak menghormati keluarganya.

Ini luahan hati Fazura tentang hal ini.

"First of all saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan media. The past two weeks has been very colorful eh..

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang memilih untuk tunggu sehingga tarikh ini 23hb November untuk sidang media ini. Tetapi saya juga ingin luahkan rasa sedikit kesal dengan segelintir anda yang agak terlebih ketika membuat laporan..

"Pergi ke rumah sesebuah keluarga, ambil gambar dan publish gambar itu untuk satu negara lihat, saya rasa adalah tidak beretika dan menceroboh privasi dan tidak hormat kepada keluarga kami dan human rights.

"Kita masih berada di Malaysia, bukan di negara luar, dan saya percaya kita masih ada adab, budaya dan rasa hormat antara satu sama lain.

"Saya juga kesal dengan berita tidak benar dan pelbagai spekulasi yang anda tulis hampir setiap hari seterusnya mengelirukan peminat kami, seterusnya menimbulkan pelbagai fitnah sewaktu kami beribadat di Tanah Suci.

"Ingin saya ingatkan bahawa keluarga saya berhak untuk memilih privasi dan berhak dihormati, bukan dicerobohi dan dipermainkan oleh segelintir pihak yang mahu menjadi sumber berita utama

Itulah komen panjang lebar dari Fazura tentang isu ini. Fazura kemudian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media yang tidak membuat spekulasi dan bersabar menunggu tarikh 23 November untuk sidang media ini.

Bagi Fazura, para media yang menghormati mereka adalah sahabat mereka dan amat menghargainya.

Imbas sekali sidang media petang tadi, Fattah Amin telah mengesahkan mereka berdua telahpun bertunang pada 13 November.

Fattah Amin menegaskan bahawa mereka belum lagi bernikah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak pada 14 November lalu kononnya ada majlis pernikahan seperti yang menjadi viral.

Ini penjelasan Fattah apa yang berlaku pada malam 14 November itu:

"Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah. 

"Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai"

Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Namun masih tiada tarikh yang tepat telah dipilih oleh pasangan ini.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.

Fattah Amin dan Fazura telah terbang ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi 15 November lalu.

Untuk pengetahuan, hubungan cinta Fattah Amin dan Fazura mula timbul semenjak pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada penghujung Mei lalu.

Sejak cinta lokasi itulah, akhirnya kini Fattah Amin dan Fazura telahpun bertunang. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Tak sabar nak tunggu mereka bernikah dan seterusnya mengadakan weding if the year!
 
Teks ditulis oleh "Berita Memey"