(15 FOTO) Digelar Gemuk, Baju Buruk, Solekan Teruk, Penampilan Uqasha Senrose Dikecam Di ASK2017



Pada malam semalam telah berlangsung Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Acara ASK 2017 berlangsung dengan meriah sekali. Majlis ini bertambah gamat apabila diacarakan oleh tiga artis popular, Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk Balas.

Seperti biasa apabila tiba acara dan majlis anugerah, gaya serta penampilan selebriti sudah tentu menjadi tumpuan orang ramai.

Antara yang menjadi buah mulut orang ramai semalam ialah penampilan Uqasha Senrose.

Pelakon Uqasha Senrose telah tampil di Anugerah Skrin 2017dengan memakai busana berwarna merah jingga.



Namun penampilan Uqasha Senrose telah dikritik oleh para netizen di laman sosial.

Di laman IG miliknya, Uqasha Senrose dikatakan dilihat semakin gemuk dan chubby. Ada yang berseloroh mengatakan beratnya dah bertambah, maklumlah sedang bahagia bercinta dengan Hefny Sahad.

Selain itu, pakaian Uqasha Senrose juga dikemac dan ada yang melabel sebagai langsir rumah.

Malah solekan yang dikenakan ke atas Uqasha Senrose juga turut dikritik sehingga menampakkan Uqasha lebih tua dari umur nya.

Malah ada juga tidak gemar melihat pemerah pipi di muka Uqasha Senorse yang dikatakan keterlaluan.









0 comments:

Post a Comment