15 FOTO: Sekitar Majlis Pernikahan Datuk Jalaludin Hassan Dan Rapidah.. Cantik Isterinya !!


Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah buat pelakon  Datuk Jalaluddin Hassan.

Datuk Jalaludin Hassan  telah selamat bergelar suami yang sah kepada wanita pilihan hatinya yang bernama Rapidah Abdul Ghani.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada pagi tadi.

Majlis perniakahan antara pelakon Datuk Jalaludin Hassan dan isteri Rapidah Abd. Ghani berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussein Onn yang terletak di Cheras.

Dengan penuh ketenangan, keyakinan dan hanya dengan sekali lafaz, tepat jam 10:55 pagi Datuk Jalaludin Hassan akhrnya sah bergelar suami kepada Datin Rapidah Abd Ghani.

Dikataakn, mas kawin yang diberi berjumlah RM 300 manakal hantaran pula, bagi pihak lelaki mereka memberi 5 dulang dan berbalas 7 dulang dari pihak pengantin perempuan.

Datuk Jalaluddin dan isterinya telah meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan baik dan berharap semua mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

Ini komennya:

"Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat,".

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah pelakon Ashraf Muslim, Arash Mohamad, Den Wahab dan penggiat teater, Lokman Ghani.

Abang kepada Datin Rapidah, iaitu En Lokman Abd Ghani telah menyempurnakan majlis ijab kabul ini.

Dalam pada itu, telah menjadi viral apabila Datuk Jalaludin Hassan mahu memberi hantaran kerusi urut daripada Jalaluddin kepada isterinya itu.

Ini kenyataan dari Datuk Jalaludin Hassan tentang hantaran kerusi urut:

"Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran"

"Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat"

Bercerita tentang isterinya itu, untuk pengetahuan anda, Datuk Jalaluddin mengenali Rapidah  dari laman Facebook.

Rapidah seorang ibu tunggal berumur 44 tahun. Walaupun berumur 44 tahun, memang jelas kelihatan kecantikkan Rapidah dan begitu manis sekali orangnya.

Majlis pernikahan pada kali ini juga diadakan secara sederhana tetapi amat meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat.

Mari kita layan beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Datuk Jalaludin Hassan dan Rapidah.















Sumber: IG Nailah, IG HLIVE, Rotikaya, Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment