3 Gambar: Zizan Razak Cedera Ketika Penggambaran Filem Polis Evo 2


Ketika ini, filem sekuel Polis Evo sedang rancak menjalani penggambaran.

Pelakon utama filem Polis Evo 2 iaitu pelawak dan pengacara, Zizan Razak telah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran.

Perkara ini dikongsikan oleh Zizan Razak sendiri melalui laman media sosial Instagram miliknya.

Zizan Razak memuatnaik 3 keping foto yang menunjukkan beliau terbaring dan sedang menerima rawatan selepas tercedera.

Melihat gambar berkenaan, Zizan terbaring di atas sebuah tilam dengan raut wajah muka menahan sakit.

Terdapat beberapa krew sedang memberi rawatan kepada pelakon berkenaan.

Ini tulis Zizan Razak di Instagram:

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin."

Ini fotonya:



Keadaan Zizan Razak dikatakan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Zizan dalam keadaan baik dan okey.

Zizan meminta para peminatnya supaya mendoakannya cepat sembuh agar dia dapat kembali bekerja dan meneruskan penggambarab filem berkenaan.

Diimbas kembali, filem pertama Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Filem Polis Evo dibintangi oleh pelakon popular Shaheizy Sam, pelawak popular Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.

Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani lakonan Zizan Razak yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan dan tidak suka antara satu sama lain namun mereka terpaksa bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi penjenayah yang amat dikehendaki.

Filem aksi ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 dan mendapat sambutan luar biasa dengan dengan kutipan BOX OFFICE sebanyak RM 17.47 Juta.

Filem ini telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

Kejayaan filem ini membuatkan idea untuk meneruskan legasi filem ini dengan membuat sekuel kedua Polis Evo2.

Pelakon utama Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah dikekalkan. Beberapa pelakon dan watak baru telah ditambah.

Antara pelakon yang terlibat dalam Polis Evo 2 ialah Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen.

0 comments:

Post a Comment