"Aiman Tino Satu Pencemaran, Penghinaan Bagi Muzik Hip Hop" - Damian VE


Nama Aiman Tino kini amat dikenali ramai dan lagunya seperti Ku Rela Dibenci, Permata Cinta dan Ku Hanya Sayang Padamu menjadi siulan para remaja.

Namun baru-baru ini Aiman Tino dikritik oleh penyanyi dan komposer Damian VE.

Melalui statusnya di laman sosial Facebook Ahad lalu, Damian dari kumpulan VE telah mengkritik dan mengecam nyanyian Aiman Tino bersama kakaknya, Fara Hezel untuk lagu Terasa Cinta.

Dalam lagu itu, Aiman Tino telah menyanyi bahagian rap.

Damian yang mendengar menulis komen sinis kepada Aiman Tino dalam percubaannya menjadi penyanyi rapper dalam lagu itu.

Ini tulis Damian:

"Habislah rapper-rapper Malaysia ... Malique, Joe dengan Altimet tak boleh cari makan dah ini macam... RIP Hiphop Malaya. Innalillah..

"Tunggu nak dengar Aiman buat lagu Death Metal pulak lepas ni.

"Pencemaran dan satu penghinaan bagi Industri Muzik Hiphop. Sorry, kalau perform depan gua memang gua Booooo kuat2. #yo

"Dengan rasminya, saya telah meWICETkan Hiphop. - Aino Timan - #yo

Itulah komen-komen yang agak pedas dari Damian Mikhail tentang percubaan Aiman Tino itu.

Damian menyifatkan tindakan Aiman satu pencemaran dan penghinaan bagi industri muzik hiphop. Katanya, kalau Aiman menyanyi di depannya, dia akan 'boo'.

Aiman Tino ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro tidak kisah dengan kecaman yang dilontarkan kepadanya.

Ini respon Aiman Tino:

"Saya pendatang baru, hanya mahu mencuba. Sepatutnya sebagai orang lama, Damian ada cara lebih baik untuk mengkritik.

"Kalau cara saya tidak sesuai, boleh sahaja hubungi pengurus atau saya sendiri.

"Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap, asas itu memang ada. Saya juga pernah menjayakan persembahan 'underground' menyanyikan lagu rap sebelum ini,"

Selain itu, Aiman Tino menganggap tindakan Damian mengkritiknya secara terbuka di laman Facebook itu sebagai tidak profesional.

Perbuatan Damian VE it akan menggalakkan lagi kecaman orang ramai terhadapnya di laman sosial.

Katanya, dia bukan mahu monopoli semua genre lagu kerana masing-masing ada peminat tersendiri.

Ini komen Aiman Tino lagi:

"Saya harap mereka yang suka mengecam melihat isu ini dari sudut lebih positif.

"Mungkin ada peminat generasi saya tidak pernah mendengar genre muzik dimaksudkan sebelum ini.

"Tidak mustahil penyanyi baru seperti saya boleh membuka pintu kepada peminat untuk lebih mengenali muzik rap yang pernah popular suatu ketika dulu"

Itulah respon balas Aiman Tino terhadap kritikan dari Damian VE.

Damian merupakan antara ahli kumpulan VE atau nama penuhnya Versus Of Euphonious, satu kumpualn yang amat popular seiring kumpulan Ruffedge.

Antara lagu popular kumpulan VE ialah Party Like This, Pop Ye Ye, Ikhlas Tapi Jauh, Ayu, dan Khayalan bersama kumpulan Reffuedge.

Sumber: Harian Metro / FB Damian Mikhail

0 comments:

Post a Comment