"Akhirnya Syaitan Menangis.." Komen Abby Abadi Kepada Fattah Amin Dan Fazura

 
Hari ini Fattah Amin dan Fazura akan pulang dari mengerjakan Umrah. Pasangan ini akan membuat satu sidang media untuk mengumumkan sesuatu yang masih belum diketahui.

Pengumuman ini dikaitkan dengan spekulasi hangat yang mengatakan mereka berdua kini telahpun bernikah dan sah bergelar suami isteri.

Pasangan ini dikatakan telah pun bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara private.

Mereka dikhabarkan telah bernikah sebelum terbang mengerjakan Umrah pada minggu lepas di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya.

Memang isu ini menjadi bahan bualan orang ramai sepanjang minggu ini.

Antara yang turut memberi komen tentang isu perkahwinan Fattah Amin dan Fazura ialah bekas penyanyi Elite, Abby Abadi.

Abby Abadi yang menggelar Fattah Amin sebagai adik tirinya di alam maya menyatakan rasa tumpang gembira di atas berita ini.

Ini komennya di laman Instagram:

ALHAMDULLILLAAH wasy-syukru lillaah
Akhirnya syaitanpun menangis.

Walaupun belum dengar dari mulut pengantin sendiri, tapi melihat gambar-gambar mereka di tanah suci Mekah, kita yakin, ALLAH sayang mereka.

Tumpang gembira keranaNYA. Walaupun Fattah Amin hanya adik tiri kita di alam maya ni, Fazura kita pun tak kenal sangat, tapi kita tahu mereka berasal dari keluarga yang baik-baik, anak yang baik, adik/abang yang baik & artis yang sangat baik pada peminatnya. Dan InshaALLAH akan jadi suami/isteri yg baik2 juga.

Doalah yang baik untuk mereka & kita semua. Semoga inilah jodoh terbaik utk mereka hingga ke akhir nyawa, hingga ke SyurgaNYA InshaALLAH

#SokongPerkaraBaik #AkakTiriJarakJauh #TakPernahJumpapun #TaknakJumpaMalu #TerusMelangkah #RezekiDariALLAH #HalalLebihBerkah #Fattahamin #Fazura #SayangAdik2AkakLILLAH #BiarkanMerekaYangDengkiItew

Itulah komen dari Abby Abadi. Ramai yang tak sabar untuk mengetahui isi kandungan press conference Fattah Amin dan Fazura pada hari ini.

Sumber: IG Abby Abadi

0 comments:

Post a Comment