Buat Pertama Kali, Akhirnya Uqasha Senrose Buat Pendedahan Tentang Hubungan Dengan Hefny Sahad


Sebelum ini, pengacara Hefny Sahad telah membuat kenyataan bahawa Uqasha Senrose merupakan kekasih hatinya. tetapi memang tiada respon balas dari Uqasha tenatng hal ini.

Ramai yang amhu tahu, apa pula komen Uqasha Senrose tentang hubungannya dengan Hefny Sahad.

Akhirnya, pelakon popular berasal dari Kelantan ini membuka mulut tentang isu ini.

Uqasha Senrose akhirnya mengaku bahawa Hefny Sahad merupakan kekasih hatinya dan teman paling istimewa buat dirinya.

Malah Uqasha Senrose juga mengejutkan ramai dengan berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad.

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, setelah bercinta lebih setahun, dia sudah bersedia meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius.

Ini kenyataan dari Uqasha Senrose:

"Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

"Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini,"

Namun,  kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini akan memaklumkan tarikh sebenar majlis pertunangan mereka kelak, masih belum ditetapkan lagi.

Uqasha Senrose berkata demikian ketika ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pasangan ini hadir bersama di ASK 2017 itu.

Terdahulu, Hefny pernah  mengakui Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya dan pernah mendedahkan mereka sedang dalam perancangan ke fasa perhubungan lebih serius.

Ini komen Hefny sebelum ini:

"Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami,"

Semoga pasangan ini sentiasa bahagia. Memang secocok nampaknya melihat mereka berdua ini bersama. Ramai yang tak sabar melihat pasangan ini disatukan dengan ikatakan yang sah.


0 comments:

Post a Comment